[edited]
Dia datang lagi!
Nur, Yasmin dan Ain sudah tersengih kepada Nashran yang segak dengan Ray Ban hitam itu. Santai sahaja bersandar pada kaunter bayaran.
"Encik buat apa kat sini?" Dia yang tinggi lampai buat aku terpaksa mendongak saat memandang wajahnya.
Ray Ban ditariknya dari wajah dan dilipatnya. Menyerlahkan mata hitam pekatnya yang memandang tepat ke mataku.
"Kenapa? Bukan kedai buku ni untuk orang awam ke?"
Nashran tersenyum padaku. Senyum mengusik!
"Oh... Encik datang nak beli bukulah ya? Err, silakanlah pilih. Genre apa yang encik cari?" Aku sudah melepaskan nafas lega.
Bukan main lagi Nur datang menyerangku di belakang tadi, menarik-narik lenganku sambil menyatakan ada lelaki kacak yang sedang mencariku.
Ah, Nur! Dia cari bukulah, sengal!
"My little sis, dia suka baca novel...yang you know...sweet-sweet dan romantic. Boleh Cik Lina tunjukkan pada saya, which one yang patut dibeli? Yelah, saya tak pandai sangat bab-bab macam ni..."
"Eh, boleh encik! No hal... Hehe, saya pun hantu novel jugak..." aku tersengih kepadanya.
Terus aku bawa Nashran ke bahagian novel. Tiga rak yang tersusun cantik itu, semuanya ada novel. Aku perasan Nashran menggelengkan kepalanya melihatkan betapa banyaknya novel yang dihasilkan oleh orang kita.
"Saya prefer novel from Penulisan2u atau Karyaseni sebab kedua-dua syarikat ni agak pro dalam mengeluarkan novel. Penulis dia pun banyak yang terkenal."
Aku berjalan ke depan, mencari-cari novel yang sesuai untuk dicadangkan kepada Nashran.
"I love you." Langkahku mati, serentak dengan degupan jantungku!
"Apa dia encik?" Aku palingkan badanku perlahan-lahan kepadanya yang berdiri di belakangku.
"Stupid."
Nashran dengan muka tak bersalahnya, menunjukkan aku buku tebal hasil karya Melur Jelita itu.
"I Love You, Stupid! Novel ni macam best je..." Nashran sudah mula membalikkan buku itu, membaca sinopsis di belakangnya dengan tekun.
Ugh, Jazlina, apa yang kau fikir tadi?! Mataku pejamkan dengan bibir yang diketap bila Nashran tak melihat memikirkan betapa bodohnya aku kerana perasan bahawa Nashran sedang mengatakan 'I love you' itu kepadaku!
"Okey, saya beli yang ni." Mataku buka kembali.
"Erm, encik nak beli tak sequel dia? My Precious Iris ni, sambungan untuk I Love You, Stupid! tu."
"Wow! Ada sequel? Even this one pun dah tebal gila."
"Well, true love never end. Dan setiap true love, diiringi dengan trouble of life." Aku senyum. Entah dari mana aku petik ayat gula ini, aku tibai aje!
"Okay then, saya beli dua-dua. My sis would really love this true love story."
Aku mengangguk lalu meminta novel itu dari tangannya. Aku ambil juga novel My Precious Iris yang masih elok di atas rak laluku bawa ke kaunter. Nashran mengekor dari belakang.
"So...boleh awak bagi nombor telefon awak, Cik Lina?" Tangan yang lincah membuat kerja terhenti. Dia yang berdiri di luar kaunter aku pandang.
"Encik nak buat apa dengan nombor telefon saya?" Aku bertanya.
"Saja. Since kita ni kenalan sekarang, apa salahnya bertukar nombor telefon?"
"Tak payah kot encik. Kita bukannya rapat sangat. Entah-entah encik simpan nombor saya dalam telefon encik, buat pekasam aje." aku menolak dengan cara baik.
"Eh, tak adalah. Saya janji, saya akan mesej awak sekurang-kurangnya sekali sehari. Haa, tak jadi pekasam punya. Boleh?"
"Errr..."
Yang mesej tiap-tiap hari tu yang aku tak nak sebenarnya! Apa sajalah yang mamat ni nak buat dengan nombor telefon aku?
"Boleh?"
Tu dia... Buatlah muka kesian macam tu. Ingat terkesan dengan aku ke? Ish mamat ni kenapa hensem sangat? Aku nak jual mahal pun susah!
YOU ARE READING
Bukan Cinta Palsu
Romans→fiction novel← ❝The truth is ugly but your fake love is uglier.❞ Melalui satu insiden kecil, telah mempertemukan aku dengan dia. Dia...Nashran Shah. Si lelaki baik yang membantu aku dari awal perkenalan kami. Tapi dia juga, lebih gila dari yang aku...