38 : The Truth

5K 285 36
                                    

Kereta berhenti di dalam garaj di hadapan rumah kami. Dan tanpa menunggu walau sesaat, tanganku terus sahaja membuka pintu kereta bahagian penumpang itu.

"Sayang, please. Dengar abang dulu." Tapi tangan dia juga sama cepat memaut pergelangan tanganku, menghentikan pergerakanku.

"Lina penatlah. Nak rehat." Tangan kiriku mula merungkaikan tangannya pada lenganku. Nashran mengeluh, dan tak hiraukan itu, aku terus berjalan keluar dari kereta Nashran.

Kepala masih rasa berdenyut-denyut kerana tangisan tadi. Meski lengan Nashran hangat memelukku sepanjang aku menangis, tetap juga ia tak mampu meredakan rasa pening itu.

Mungkin sebab aku menangis kerana Nashran?

Marry her with no love.

Mata dah mula berair semula hanya saat minda terngiang semula kata-kata Nashran tadi.

Pintu rumah banglo itu dibukaku dengan kunci yang memang selalu aku bawa ke mana-mana. Langkah longlai aku sambung ke suis di tepi pintu, ditekanku. Menerangkan suasana gelap banglo itu.

Langkah disambungku semula, hala tuju; bilik. Bukan kerana nak rehat atau apa...tapi untuk lari dari Nashran.

"Lina..." Suara dia menyapa gegendang telingaku lagi. Dan hanya dengan mendengar suaranya sahaja jantungku sudah menggandakan degupnya.

Cuba bayangkan sendiri... Bibir yang saban hari menyatakan betapa sayangnya dia kepadaku, bibir yang senantiasa memberi ketenangan dan kebahagiaan kepadaku, dan bibir yang sama itu juga yang telah mengaku tak cintakan aku!

"Tolong. Bagi abang peluang untuk jelaskan. Please?" Setitis air mataku menitis ke pipi mendengar permintaannya.

Nashran, kenapa awak tak mengaku aje yang tadi tu hanya mimpi, atau gurauan atau prank? Awak nak jelaskan apa lagi?

"Please sayang." Dia merayu lagi. Satu nafas berat aku lepaskan sebelum langkahku sambung, bukan ke arah tangga tapi membelok ke sofa di hadapan tv.

Aku duduk di situ dan aku perasan akan Nashran yang tak lepas memandangku. Mataku yang masih basah dilapku sambil aku tundukkan wajah.

"Explainlah." Kataku sepatah setelah aku angkatkan wajahku. Dulu, aku pernah lari beratus kilometer jauh tanpa memberi Ridzqan barang sesaat untuk menjelaskan segalanya. Mengenali Nashran telah mengajar aku untuk teguhkan kekuatan diri.

Aku kena kuat! Makanya tak kira apa pun penjelasan Nashran, aku harus dengar.

Tapi apa reaksi yang perlu aku beri selepas aku dah jelas dengan duduk perkara yang sebenar?

Nashran tersenyum kecil dengan peluang yang diberikanku. Cepat sahaja dia mengambil tempat di atas sofa single di ruang tamu itu.

Aku tundukkan wajahku semula setelah Nashran seperti sudah bersedia mahu menjelaskan segala.

Serius, aku tak kuat.

♚♔♚♔

"Lina tolong! Itu dulu, sayang! I've changed!" Air mata tak henti-henti mengalir keluar sambil langkah aku marakan ke arah bilikku. Bunyi tapak kakiku bergabung dengan bunyi tapak kaki Nashran yang mengejarku di belakang.

Dengan nafas yang seakan tersekat, dunia yang seakan berputar tanpa henti, degup jantung yang tak mengenal erti reda dan esakan yang perlahan meluncur dari bibir, aku teruskan melangkah. Tangan terketar mencapai tombol bilik aku dan Nashran.

"Lina please. Percayakan abang. Abang..."

Dum! 

Saat Nashran sudah pun mencapai tombol, aku juga sama cepat menutup pintu putih itu dan cepat sahaja aku menguncinya dari dalam. Dada turun naik dengan debar yang tak terhingga. Nafas tak teratur, hidung merah. 

Bukan Cinta PalsuWhere stories live. Discover now