50 : Risau

4.4K 249 8
                                    

"Awak okey?" Aku melangkah perlahan menghampiri katil sambil bertanya saat aku lihat Nashran sedang terketar-ketar di bawah selimut. Bilik suram dengan hanya lampu dari dalam bilik air yang menyinari.

"Se...Sejuk." Katanya pendek, saat aku sudah duduk di sisinya di katil itu. Kipas sudahku tutup malah tiada satu jendela pun yang kubuka. Dan aku tahu demam Nashran masih belum kebah memandangkan pembuluh darah dia masih beku meski badannya panas.

"Saya ambil selimut ekstra ya? Nanti saya tanya Ridzqan." Aku bangun dari katil dan mahu melangkah pergi. Namun pergerakanku terhenti saat tangan panas Nashran memaut lenganku.

"Tak payahlah. Dah lewat ni. Ganggu pula." 

"Tapi awak..."

"Lina aje dah cukup."

"Hah?"

"Peluk abang?" Saat itu juga, darah menyerbu muka buat ia jadi panas amat. Aku telan liur perlahan dengan permintaan selamba Nashran itu.

"Emm..." Aku terkelu tak tahu mahu membalas apa.

"Kalaupun...ianya hanya kerana simpati pun tak apa... Make me warm?" Dia bersuara lagi, buat perasaanku kian berbelah bahagi.

Dan dalam rasa serba tak kena itu jugalah, aku membalas; "Okey." 

"Thank you."

Perlahan, selimut maroon bercorak bunga dark purple itu diangkatku sedikit. Jelas badan Nashran masih terketar-ketar dengan kuat saat tubuhku aku baringkan di sisinya. Nashran berpeluk tubuh dari dalam selimut; cuba sedayanya mahu menghangatkan diri.

Ragu-ragu, aku mula lingkarkan lenganku pada pinggang Nashran dan aku rapatkan kepalaku pada dada Nashran. Jelas telinga mendengar tiap bait detak jantung Nashran. Beberapa saat, pelukan makin aku kemaskan hinggalah ketaran Nashran berkurang.

Nashran yang asalnya berpeluk tubuh mula membuka lengannya dan menarik bahuku lebih dekat padanya. Detak jantung Nashran di telingaku makin kuat bergema. Pelukan kian kemas setiap saat.

"Am I bad 'cause I'm manipulating your sympathy for me?"

"Ini bukan simpati."

Dan bilik yang sunyi; hanya detak jantung kami yang bergema di telinga masing-masing.

♚♔♚♔  

"Lina... Bangun sayang." Suara lembut itu sayup-sayup menyapa telinga saat mataku aku buka perlahan. Pandangan yang kabur aku jelaskan dengan menggosok-gosok kedua belah mataku. Nashran yang sedang duduk di sisi katil dipandangku saat penglihatanku kian terang.

"Kenapa?" Jam di dinding bilik yang sudah cerah diterangi lampu itu dipandangku. Pukul 5 pagi!

"Abang kena balik KL..." Dahiku berkerut. 

"Ke...Kenapa?" Soalan sama; yang pasti jawapannya berbeza.

"Works." Dia bangun dari katil dengan senyum di bibir. Bagasinya yang belum pun sempat dia keluarkan seluruh barang di dalamnya yang terletak di hujung katil dikemasnya.

"Awak ni biar betul!" Aku tegakkan kedudukan dudukku di atas katil itu sambil pandang tepat ke arahnya. Minda masih tak boleh nak proses apa sebenarnya yang berlaku dek mamai yang masih menguasai. Nashran kena ke KL? Sebab kerja!

Okey, dia senyum lagi. Dah tahu aku akan marah, dah tahu aku akan halang, tapi aku pun dah tahu marah aku dan usaha aku mahu halang takkan dia endah punya.

"Jangan risaulah. Bukannya abang nak pergi luar negara..." dia menyambung kerjanya menyimpan segala bajunya yang dia bawa ke mari ke dalam bagasinya semula.

Bukan Cinta PalsuWhere stories live. Discover now