37 : Jangan

4.2K 258 30
                                    

Aku hanya mampu mengukirkan senyum di bibir saat seorang lelaki turut melangkah masuk ke dalam lif itu. Pintu tertutup, dan lif mula bergerak. "Tingkat 4?" Dia bertanya tiba-tiba.

"Ya..." aku menjawab ringkas. "Oh, samalah kita." Dia tersenyum manis.

Bunyi rel lif yang sedang membawa kami ke atas kemudiannya menemani sunyi suasana di dalam lif itu.

"Emm, Puan Jazlina?" 

Aku terkejut apabila namaku disebut oleh orang yang tak kukenali itu

"Ya?"

"Ah, betullah! Saya ingat saya salah orang tadi!" Dia ketawa lembut, tingkahnya tampak comel. Penampilan dia yang ceria, pastinya berjaya mencairkan hati ramai perempuan. Tambahan lagi dengan senyum manisnya yang tampak sangat ikhlas dan sweet!

"Er... Encik ni siapa?"

Serentak juga, pintu lif terbuka di tingkat 4. Aku cepat-cepat melangkah keluar, diturut oleh lelaki tadi.

"Saya Hakim."

"Oh..." Macamlah aku boleh kenal dia siapa hanya bila dia sebut nama!

Dia tergelak lagi dengan reaksiku. "Maaf, puan. Saya bekerja di bawah suami puan dan Encik Nadin."

"Oh, ye ke? Sorrylah... Ni first time saya datang sini... Er, macam mana awak tahu saya isteri Nashran?" Aku yakin aku tak perasankan wajahnya di majlis perkahwinanku. Mungkin pekerja baru?

"Well, memang tak logiklah kalau saya tak kenal puan bila dah setiap kali masuk office Encik Nashran aje, saya memang takkan terlepas tengok gambar perkahwinan puan yang besar tergantung dekat dinding office tu, kan?" 

Wah, Nashran gantung gambar kahwin kami dalam office dia! How sweet

"Ah... Macam tu..." Aku hanya mengangguk, sambil-sambil menyimpan senyum dari terukir lebar.

 "Puan datang sini... Nak jumpa Encik Nashran ke?"

"Ha'ah. Office dia mana satu eh?" 

"Hm, meeting dah habis... Tapi tadi, lepas Encik Nadin angkat call masa kitorang duduk kat bawah, terus dia kalut-kalut lari ke lif. Mungkin dia pergi jumpa Encik Nashran kot... Ah, jomlah... Saya tunjukkan... I'm sure they aren't taking care of any important business right now."

♚♔♚♔

"Terima kasih... Awak sambunglah kerja awak. Saya boleh masuk sendiri." Aku ucapkan terima kasih saat tangan Hakim sudah menuding menunjuk pintu lut cahaya yang sudah hanya beberapa langkah di hadapan kami.

"No problem, ma'am. Any help, meja saya kat situ aje." Kali ini dia menuding pula kepada meja putih yang dipenuhi fail, di bahagian kiri pejabat berpendingin hawa itu.

Aku hanya tersenyum buat kali terakhir sebelum langkahku sambung ke arah pintu pejabat itu.

NASHRAN SHAH TAN SRI NAZMI SHAH
CO-CEO SHAH HOLDINGS

Aku tersenyum membaca papan tanda yang ditampal di hadapan pintu pejabat itu. Nafas ditarik sedalamnya sebelum tombol dipulasku.

"ENOUGH NADIN!"

Tangan terhenti dari menarik daun pintu itu lebih luas saat jeritan kuat Nashran menyapa telinga bila sahaja pintu itu terbuka sedikit, cukup untuk mataku mengintai ke dalam.

Guess, bilik ni soundproof?

"Kenapa? Kenapa abang tak nak Nadin sebut sendiri dosa yang abang buat kat Lina hah?! Sebab abang malu dengan diri abang sendiri, malu dengan dosa yang abang sendiri dah buat?!"

Bukan Cinta PalsuWhere stories live. Discover now