56 : Akhir

8.3K 363 52
                                    

Aku buka mata perlahan-lahan. Pandangan yang mulanya gelap terus jadi kabur saat cahaya lampu di sisi katil menjengah masuk ke retina mata.

Aku capai suis lampu itu dan terus aku padamkan. Mata cuba menyesuaikan dengan keadaan bilik yang suram itu.

Aku atas katil.

Dahiku berkerut.

Semalam, mimpi ke?

Lina cintakan abang.

Aku gerakkan badan mahu turun. Tapi kemudiannya tanganku terlanggar sesuatu.

Tangan, di pinggangku. Tangan itu dipegangku dan hati semerta rasa lega saat aku yakin segalanya yang berlaku semalam bukan hanya mimpi. Bukan hanya ilusi aku yang merindui Nashran.

Aku palingkan badan ke arah dia. Lengan dia di pinggangku aku betulkan. Makin kemaskan.

Nashran yang masih terlena mula menggerakkan badannya sedikit saat aku berpaling ke arahnya. Namun dia terus lena sambil menghadapku.

Aku senyum tanpa sebab.

Dah lama aku tak bangun dan melihat wajah dia sebagai benda pertama yang dipandangku setiap pagi. Dah lama aku tak kejutkan dia bangun subuh andai kata dia terbabas tidur. Dan dah lama juga aku tak tersedar sambil dipeluknya begini.

Dan kerana ego aku, aku hampir terlepas untuk melalui segala perkara itu lagi.

Senyumku melebar. Wajah tenang dia yang tidur mati itu dipandangku. Tentulah dia penat. Entah apa yang dia buat sejak dua minggu lebih ni. Sampaikan Whatsapp pun tak dibukanya!

Ya. Semuanya dah baik-baik saja sekarang. Aku dah maafkan dia, seikhlas hatiku. Aku tak rela kehilangan dia, satu-satunya harta yang kupunya sekarang hanya kerana silam dia yang tak sempurna.

Perlahan lengan dia yang makin kemas melingkar di pinggangku aku angkat. Dia bergerak lagi saat lengannya aku letakkan perlahan-lahan ke atas katil.

Aku tak lepas pandang wajah lena-tak-ada-gaya-nak-bangunnya itu saat badanku perlahan-lahan turun dari katil. Aku berjingkit berjalan memijak lantai marmar bilik itu.

Aku turun ke ruang tamu. Beberapa beg serta briefcase milik Nashran didekatiku. Kalau tak disimpan, sampai bila-bilalah beg-beg ni duduk kat sini. Jam di tengah ruang tamu itu dipandangku.

5.45 pagi.

Wow, aku hanya tidur selama tiga jam lebih!

Sofa kulit yang terdapat di ruang tamu itu dipandangku. Masih basah. Angkara kami jugak!

Aku bergerak ke arah dapur. Beberapa helai kain pengelap dicapaiku dan aku ke ruang tamu semula. Sofa yang basah itu dilapku.

Briefcase Nashran yang terletak di hujung sofa itu diangkatku untuk dialihkan. Baru saja mahu dinaikkan ke atas, beg itu terjatuh ke lantai. Habis berterabur beberapa kertas dan pendrive milik Nashran.

Aku terus tunduk ke lantai dan menyimpan semula barang-barang Nashran itu. Saat tangan memasukkan satu-satu pendrive pelbagai warna dan saiz ke dalam tempatnya semula, aku perasankan satu pendrive putih dengan tulisan dari Sharpie hitam di atasnya.

Bukan Cinta Palsu tertulis. Dahiku berkerut sambil pendrive itu diangkatku.

Tertanya dengan isi di dalamnya, terus saja beg laptop Nashran dicapaiku. Niat mahu mengeringkan sofa yang basah itu terus aku letak ke tepi.

Laptop Asus Nashran dihidupkanku dan aku duduk di bahagian sofa yang tidak basah, menanti laptop itu berfungsi.

Terbuka sepenuhnya, aku sumbatkan pendrive itu ke dalam lubangnya. Device connected, aku tekan bahagian Computer.

Bukan Cinta PalsuWhere stories live. Discover now