Lina ingat tak...masa tu abang pernah mesej bagitahu yang abang ada urgent meeting kat Shah Holdings. Abang bagitahu yang abang terpaksa balik lewat.
Abang tipu.
Masa tu, Shah Holdings lengang. Abang sendiri, atas kerusi pejabat abang; menangis sambil tangan abang terketar-ketar belek skrin phone abang, merenung balik satu-satu gambar selfie kita masa awal perkahwinan kita dulu.
Tiap senyum manis Lina dalam selfie tu betul-betul buat abang rasa abang ni manusia paling tak guna dalam dunia. Betapa kejamnya abang sebab pernah berniat nak gunakan Lina.
Waktu tu juga abang sedar, yang Lina dah berjaya ubah persepsi abang tentang kehidupan; betapa ruginya bagi orang seperti abang untuk tak cuba menikmatinya secara bersederhana malah terus tamakkan benda yang lebih dari apa yang abang dah ada.
Ya, abang mengaku yang pertemuan kedua kita disengajakan oleh abang dengan niat untuk gunakan Lina; untuk dapatkan jawatan tu. Macam tu juga pertemuan ketiga, saat abang luahkan cinta abang; jujur...ianya hanya sekadar cinta palsu yang tiada nilai.
Tapi lepas tu, betapa Allah nak ajar abang supaya ikhlaskan cinta palsu abang tu... Dia takdirkan pemergian Kak Faz.
Bila Lina cakap Lina nak ikut Kak Faz, pergi dengan Kak Faz dan mati...abang tahu yang Dia takdirkan abang untuk menjadi sumber kekuatan buat Lina.
Mungkin abang datang dengan niat jahat...tapi betapa Dia menyayangi Lina, Dia ubah niat jahat itu menjadi satu rasa yang kuat; ingin melindungi, menemani dan menyayangi seorang Lina seikhlas hati abang.
Percayalah...sayang.
Lepas perkahwinan kita, tak pernah sedetik pun abang teringatkan motif jahat abang yang mengahwini Lina pada asalnya. Yang ada, hanya rasa cinta yang kian menebal saban hari abang di sisi Lina.
Saat abang suruh Lina agar belajar mencintai abang...sebenarnya Lina juga sedang mengajar abang untuk menyayangi Lina sepenuh hati abang.
And I did it, Lina...
I did love you wholeheartedly.
And I always will.
Kenapa Lina tak boleh faham satu perkara tu?
Kenapa Lina tak boleh percayakan abang seperti yang Lina janji dulu?
Abang tahu, bukan salah Lina untuk tak percayakan abang sebab abang tahu yang benda ni terlalu besar untuk Lina terima...
Tapi abang merayu sekarang, Lina... Please... Cuba.
Cuba percayakan abang.
Cuba terima abang.
Tak boleh ke Lina nak percaya lagi sedangkan abang masih di sini meski zuriat itu sudah diambil-Nya?
Mataku semerta terbuka luas. Tapi cepat juga ia mengecil semula bila cahaya yang berada di atas terlalu cepat menerobos masuk.
Tangan yang seakan sedang digenggam dan sepertinya agak basah ditarik perlahan lalu diletakkan ke atas dahi, menghalang cahaya itu dari terus menikam retina mata.
"Lina? Lina dah sedar ke?"
"Auch.." aku mengerang bila terasa badan seakan terkena renjatan elektrik hanya kerana aku cuba bergerak sedikit.
"Jangan bergerak lagi, Lina. Doktor cakap rahim Lina still tak okey sebab kehilangan mengejut tu. Kejap, abang panggil doktor..." Nashran bangun dari kerusi biru di sisi katil itu.
Namun, dengan kekuatan yang ada, aku menggenggam lengannya.
"Kehila...ngan?" Mata berkaca semerta melihatkan wajah simpati Nashran.
YOU ARE READING
Bukan Cinta Palsu
Romance→fiction novel← ❝The truth is ugly but your fake love is uglier.❞ Melalui satu insiden kecil, telah mempertemukan aku dengan dia. Dia...Nashran Shah. Si lelaki baik yang membantu aku dari awal perkenalan kami. Tapi dia juga, lebih gila dari yang aku...