Kisah Bermula
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Jawab Faidhi dan Syafiq serentak. Roomate baru. Pandangan mereka bertaut. Sengih. Masih janggal gamaknya.
"Masuk bro masuk. Sila-sila."
Faidhi menepuk-nepuk tilam disebelahnya. Sekadar untuk menghilangkan rasa janggal. Lelaki itu hanya mampu senyum. Janggal juga barangkali. Bagasi orennya diletakkan di tepi katil yang kosong itu. Dia duduk. Memerhati sekeliling. Tiga pasang mata saling berganti. Sengih lagi. Lama-lama kejung bibir mahu senyum.
"Err. Nama apa ni?"
Syafiq memecah keheningan bilik yang mula rasa seram sejuk. Berpenghuni tetapi krik krik saja.
"Adib. Hampa berdua apa nama?"
Uish. Anak mami ni.
"Aku Syafiq. Hok ni Faidhi."
Faidhi hanya tersengih. Aduh! janggal ! Hati Faidhi bermonolog.
"Haa. Baru tiga. Ada tiga lagi la ni kan?"
Adib mula beramah mesra kononnya. Lantas mengeluarkan cadar dan sarung bantal. Bantal ditepuk-tepuk lembut. Kemas. Syafiq dengan laptop. Faidhi dengan iphone 5s. Diam. Adib merebahkan kepala di atas bantal. 5 minit belum berlalu tetapi hanya tinggal jasad di atas katil. Lena bakhang. Jauh perjalanan katanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
B2-02
Short StoryKau impi cinta gadis. Duka kau genggam. Kau mahu kasih sang arjuna. Air mata jadi teman. Kau damba kasih teman. Masih ada teman berendam dalam tangki air 5 jam ? Atau teman yang sanggup bertumbuk demi menyedarkan kau sedang dipermainkan oleh dunia ?