Sesak manusia menyesakkan dada Syafiq. Tambahan pula musim kemarau matahari tegak terpacak atas kepala. Titis peluh dilap perlahan. Kelibat empat makhluk yang ditunggunya masih belum kelihatan. Keluarganya hilang entah kemana. Dahaga katanya. Ke dewan makan barangkali. Syafiq menyambut mesra huluran salam dan ucapan tahniah yang dihulurkan oleh teman-teman seperjuangannya yang lain. Mereka berbual dan berbalas tahniah. Kelibat empat makhluk yang ditunggunya kelihatan. Di tangan penuh coklat! Hampeh sek nim. Aku kat sini tunggu bagai nok gila panas sek mu kutip coklat! Syafiq membebel dalam hati lantas meminta izin beredar.
"Hai bang Pik!" Ronaldo menyapa ceria. Tubuh Syafiq dipeluk kejap. Yang lain hanya menurut. Syafiq membalas mesra.
"Teruk ah sek mu nim. Lama aku tunggu sini." Syafiq mencebik.
"Sorry Pik. Kitaorang tunggu Naldo tadi. Ramai betul peminat nak bergambar." Bahu Ronaldo ditumbuk perlahan oleh Zul. Adib sudah mencebik. Ronaldo menggosok-gosok hidungnya sambil mengangkat kening ala-ala Ziana Zain. Mereka tertawa riang.
"Mana family hampa?" Adib menyoal.
"Depa pi makan kut." Ronaldo membalas dan ketawa mereka berlima pecah sekali lagi. Geli hati setiap kali Ronaldo cuba menutur loghat utara. Tetapi sekelumit pun Ronaldo ambil hati. Baginya itulah kebahagiaan.
"Tahniah wei tahniah." Faidhi akhirnya bersuara.
"Tahniah juga ah dekat korang semua. Gilalah dah habis diploma kut." Zul menggeleng-geleng kepalanya seolah tidak percaya secepat itu masa berlalu.
"Itulah. Lepas ni aku balik Sarawak susah ah nak jumpa korang semua." Sebak.
"Lek ah Naldo. Ada rezeki jumpalah lagi kita. Janji doh kan nok sambung degree sama-sama." Syafiq menyedapkan hati sendiri yang juga sebak.
"Zul. Aku nok mintok maaf banyok ke mun. Banyok saloh aku ke mun Zul." Zul memandang tepat ke arah Zul. Air matanya tanpa segan silu mengalir laju. Zul tersenyum. Tubuh Faidhi dirangkul erat. Sungguh pedih perpisahan ini Ya Allah. Hati Zul berbicara sendiri.
"Aku pun nak minta maaf dekat kau wei. Cukuplah satu sem kita masam muka. Pedih hati aku. Kau apa tahu?" Tawa mereka pecah lagi. Adib tersenyum bahagia. Terima kasih Allah. Terima kasih.
"Dah ah tu drama swasta. Kang orang cop korang gay kang! Hahahaha." Sepantas kilat jambakan bunga ros merah singgah di kepala Ronaldo. Syafiq tersenyum melihat telatah sahabat-sahabatnya itu. Macam biasalah tidak peduli keadaan sekeliling.
"Wei ipong mana ipong? Bergambar ah apa lagi."
YEAAAAYYY! Serentak itu sorakan mereka kedengaran. Macam-macam aksi mereka lakukan. Melompat. Tiga segi. Swag semua ada. Biaslah semua igers plus iphone. Canteekkkk. Tiba-tiba...
"Wei!" Syafiq menjerit.
"Apahal kau jerit tiba-tiba?!" Mata Zul mengikut ekor mata Syafiq. Matanya tertacap pada satu sudut. Senyuman terukir. Adib mengangkat-angkat keningnya.
Satu..
Dua..
Tiga..
Dengan ketawa yang masih bersisa mereka berlari menuju ke arah PA system yang hanya ada Djnya sahaja. Dan..
You were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
I'll never stop thinking of you
How can I forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be apart of me
how I wish you were still mine
Never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here
I know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so muct to me
and giude the truth from me to you
For all the things I've done and said
for all the hurt that I've cause you
I hope you will forgive me baby
cause that wasn't what I mean to do
You were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
I'll never stop thinking of you
How can I forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how I wish you were still mine
Suara mereka berlima yang bergema di corong pembesar suara menarik perhatian para siswazah dan keluarga masing-masing. Tepukan gemuruh mengiringi nyanyian mereka. Lagu You by Nur Jannah Alia ini sememangnya menjadi kegemaran mereka berlima. Nyanyian lagu Count On Me oleh mereka diikut dengan suara-suara siswazah lain menyanyi bersama mereka. Dan para siswazah lelaki sama-sama berdiri menyanyikan lagu itu bersama-sama mereka diikuti lagu Kenangan Terindah serta diakhiri dengan lambungan topi petak berbaldu lembut itu ke udara. Segala penat lelah terbalas dengan segulung diploma dan ijazah menanti. Mereka berlima berpelukan erat. Berjanji untuk terus bersama. Inilah persahabatan.
ANDA SEDANG MEMBACA
B2-02
Short StoryKau impi cinta gadis. Duka kau genggam. Kau mahu kasih sang arjuna. Air mata jadi teman. Kau damba kasih teman. Masih ada teman berendam dalam tangki air 5 jam ? Atau teman yang sanggup bertumbuk demi menyedarkan kau sedang dipermainkan oleh dunia ?
