Sahabat
Aku tahu aku bukan yang terbaik.
Tapi ketahuilah kau
Bahawa dirimu yang terbaik untukku
Sahabat
Tidak pernah aku niatkan
Mahu menyakiti apatah lagi meninggalkanmu
Tidak terdaya diri ini melakukan
Sahabat
Aku tusuk jarum kepercayaan
Aku sulam indahnya keikhlasan
Agar menjadi cantiknya persahabatan
Jangan sekali kau kapak kukuhnya ukhuwah
Sahabat
Aku mahu kau tahu
Kau berharga persis mutiara
Aku mahu kau tahu
Jiwa ini lemah tanpamu
Sahabat
Aku mohon
Terokalah sejauh mana alam
Selamilah sedalam mana kau mahu
Satu pintaku
Usah kau buang yang Maha Pencipta
Sahabat
Pintaku
Usah kau rakus mengejar dunia
Usah kau meratap perginya cinta manusia
Usah kau tenggelam dalam fatamorgana
Usah kau mengalah dengan ujian
Tuhan menyayangimu
Sahabat
Pesanku
Sandarkan segalanya pada sang Ilahi
Tegur aku jika diri ini alpa
Tarik aku jika diri ini jauh
Kerana aku memerlukan sahabat sepertimu
Bersama menuju gerbang Syurga
Sahabatku sayang
Serahkan hatimu pada Allah yang satu
Pasti terbentang luas untukmu segala kenikmatan.
Salam sayang,
Seorang sahabat.
ANDA SEDANG MEMBACA
B2-02
Short StoryKau impi cinta gadis. Duka kau genggam. Kau mahu kasih sang arjuna. Air mata jadi teman. Kau damba kasih teman. Masih ada teman berendam dalam tangki air 5 jam ? Atau teman yang sanggup bertumbuk demi menyedarkan kau sedang dipermainkan oleh dunia ?
