Bab 3

41 2 0
                                    

Krik Krik Krik

Dua hari berlalu. Makan sama-sama. Minum sama-sama. Kadang pergi mandi pun sama-sama. Tapi lebih banyak bunyi cengkerik daripada bunyi suara merdu penghuni bilik yang mempunyai enam katil tapi hanya lima yang tilamnya dihenyak tubuh manusia. Satu lagi dibiarkan berlipat. Tiada penghuni katanya.

Faidhi seperti biasa. iphone tak lekang daripada tangan. Budak hot katanya. Biarlah. Syafiq sedang baring sambil membaca. Oh. Buku yang baca dia sebenarnya. Takziah ke alam mimpi. Sesusuk tubuh sedang berdiri di hadapan cermin. Adib yang amat mementingkan penampilannya. Kalaulah cermin itu boleh bergerak. Mahu lebam biji mata Adib ditumbuknya. Oh. Ada dua orang lagi. Seorang sedang bercakap di telefon dengan bahasa yang tidak difahami oleh mereka semua. Ronaldo. Anak Iban yang jauh terbang ke semenanjung dan seorang lagi yang sedang berbual dengan jiran bilik sebelah. Zulkanain. Ramah betul budaknya. Baguslah. Berlima. Lelaki. Faidhi, Syafiq, Adib, Ronaldo dan Zulkanain. Sunyi. Sepi. Masih janggal.

B2-02Where stories live. Discover now