Bab 15

37 1 0
                                    

Aksi

"Hang gila ke apa Dhi? Member kut hang nak taboh lagu ni pasaipa? Buang tabiat ke apa?"

Adib terus menerpa ke arah Zul yang sudah rebah ke lantai. Kepalanya terhantuk di kepala katil. Adib sibuk menilik wajah Zul untuk memastikan agar tiada kecederaan serius. Tiada darah. Adib lega.

"Pasal assignment pun bising ah. Buat jelah semula. Semaklah semua orang!"

Faidhi membentak geram.

"Siapa yang semak sekarang ni? Haritu beria cakap nak siapkan awal apa semua. Nak print lah apa. last-last haram!"

"Mulut mun molek kit Zul, kang aku bagi se lagi kang!"

"Ah kau cakap saja tak guna! Bodohlah perangai kau!"

Bilik mereka sudah menjadi tumpuan para penghuni asrama yang lalu lalang ataupun lebih tepat sengaja mahu melintas untuk melihat filem aksi free. Mentang-mentanglah semua terperuk dalam asrama. Jakun. Keluarlah kalau nak tengok wayang! Adib merengus dan berlari anak ke arah pintu bilik untuk menyekat pandangan mereka daripada melihat tontonan percuma. Kalau bayar tak apalah juga. Akal nakal Adib menerjah fikiran namun segera ditepis.

"Hampa ni pasaipa?! Hampa tau tak aku tak tau motif hampa bergaduh! Semak tau semak?!"

"Kau tanya sendiri ah mamat ni. Habis duit ke awek je sampai assignment sendiri tak siap! Kalau assignment sorang lantaklah. Ni group!"

"Woi Zul. Mulut mun molek kit!"

"Woi diamlah hampa tak malu ke teriak lagu ni?! Nama je senior!"

Adib menjerit kegeraman.

"Ah serabut ah puok mun!"

"Jumpa awek la tu!"

Dush!

Satu tumbukan padu tepat mengenai bibir Zul. Ada darah yang mengalir. Zul bingkas bangun. Belum sempat buku lima singgah di muka licin Faidhi satu lemparan baldi tepat mengenai mukanya. Bukan. Dua. Satu lagi singgah ke muka Faidhi. Babak terhenti serta-merta. Dan..

"Mun dua orang nim dok malu ke orang ke? Malu kit ke junior. Bodoh ngat gi bertumbuk bakpenya? Macam dok bulih settle molek. Berat nanang."

Adib duduk di birai katil melepaskan kegeraman yang bersarang dihati. Ronaldo masih mencari nafas selepas pecut 100 meter sebentar tadi. Faidhi mahu keluar tetapi Syafiq pantas memaut lengannya. Namun disentak kasar. Ohhh. Itu saja yang terkeluar. Ingatkan ada sampai yang melayang dan darah memancut keluar. Syafiq mengeluh. Bukan itu pintanya. Cuma geram bercampur sedih. Zul membaling kasar tisu yang digunakan untuk mengelap darah bibirnya sebentar tadi. Tabahlah duhai tisu yang tak bersalah.


Babe, where are you?

Telegram dibaca. Alia Amani berserta dua emoji bermata love terpapar di skrin telefon bimbitnya.

Tasik. Why?

Butang hantar ditekan.

I chat tak reply. why tak angkat call I?

Malas.

You dah kenapa moody?!

Nothing. Dok jadi keluor. Malas.

Tapi you janji nak keluar makan petang ni.

Sorry Lia. Dok ada mood ah nok keluor.

You ni kenapa? I datang tasik ek? Tunggu.

Chill. I okay.

I datang ok babe.

Tak payah.

Serious?

Yes. I am.

I risaukan you.

No worries dear.

I datang.

Faidhi rimas.

I kabo tak payah datang!!!

Button on off ditekan lama. Dalam masa beberapa saat sahaja skrin bertukar gelap. Faidhi menyepak batu sehingga jauh ke dalam tasik. Antara sahabat dan kekasih. Serabut. Semak otak. Batu disepak lagi. Sepak lagi. Dan lagi. Lagi. Dan...

"Ahhhhh shit !!!!!"

Faidhi menjerit lantang. Tangannya menyelak kasar helaian rambut yang terjuntai di dahi. Kasian rambut menjadi mangsa.

B2-02Where stories live. Discover now