Bab 11

28 3 0
                                    

Sayonara


Final exam baru sahaja melabuhkan tirainya petang tadi. Asrama lelaki semakin sunyi dek kerana jumlah penghuninya semakin berkurangan. Selang beberapa jam ada sahaja bunyi bagasi yang ditarik oleh tuannya melintasi bilik lima jejaka yang sedang sibuk mengemas barang-barang yang ingin dibawa pulang bersama. Selebihnya mereka hanya tinggalkan barang-barang mereka di sebuah stor yang telah dikhaskan untuk para pelajar menyimpan barangan mereka.

Ronaldo membalas lambaikan dan sapaan selamat tinggal yang diucapkan oleh mereka yang melintasi bilik mereka. Maklumlah hanya sedikit baranganya yang dibawa pulang. Susah mahu dibawa naik kapal terbang katanya.

Zul sudah selesai mengemas. Matanya meliar melihat gelagat rakan-rakan sebiliknya yang sudah dianggap seperti adik beradik itu mengemas. Hatinya terusik. Perasaan sayu mula bertandang. Air mata seperti sudah tidak mahu berkompromi dengan jiwa lelakinya. Pantas air mata lelakinya disekat.

"Kau okay bro?"

Faidhi melabuhkan punggungnya disisi Zul sambil menepuk perlahan bahunya. Zul hanya mengangguk. Faidhi menggosok-gosok bahu Zul. Syafiq dan Ronaldo sudah bersandar disisi katil. Adib yang masih belum selesai berkemas turut serta merebahkan badannya ke lantai. Tangannya diletakkan di belakang kepala. Suasana menjadi suram. Hanya bunyi kipas siling yang kedengaran. Suara keluhan saling bertindihan.

"Esok flight aku pukul 12 tengah hari."

Empat pasang mata memandang tepat ke arah Ronaldo. Diam.

"Sorry bro. Aku dok boleh hanto mu esok. Ayah aku ambil pagi. Petang dia outstation."

Faidhi menutur perlahan. Matanya sudah mula berair.

"Eh tak apa wei. Rileklah. Next sem jumpa lagi kan."

Ada sendu dalam suara itu.

"Banyak kan kenangan kita dalam bilik ni? Aku bersyukur dapat kenai dengan hampa semua."

"Aku pun bersyukur wei. Walaupun aku ni bukan seagama dengan korang semua korang layan aku baik gila sepanjang sem ni wei."

Hidung Ronaldo sudah merah menahan sebak. Zul sudah lencun dek air mata. Begitu juga Syafiq. Allah. Lembutnya hati.

"Wei.. "

"Walau apa pun yang terjadi, janji dengan aku tiada rahsia antara kita berlima. Susah senang kita sepanjang sem ni jangan buang dalam longkang wei. Janji ?"

"Janji."

Janji baru yang diikat disambut dengan linangan air mata lelaki dan senyuman penuh makna oleh mereka berlima. Tetapi ada satu jasad yang tunduk keresahan.

"Good night wei."

Lampu dimatikan. Dalam samar cahaya lampu koridor itu ada satu wajah yang dilanda keresahan. Matanya cuba dipejamkan. Selimut ditarik menutupi seluruh tubuhnya. Sayonara semester 1!

B2-02Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang