Rice cooker
3 bulan sudah melepasi masanya. Peperiksaan pertengahan semester baru melabuhkan tirai. Masing-masing pulun ganti lena yang tertangguh kerana exam. Amboi. Walaupun hanya peperiksaan pertengahan semester semua pelajar bertungkus-lumus mentelaah walaupun study jenis esok ada paper malam ini baru study. Mereka tetap pulun. Memanglah pulun sebab termasuk dalam carry marks. Kalau tidak hanya game, movie dan tidur. Lumrah pelajar universiti mahupun kolej. Ada yang meyangkal? Hadap dulu baru tepis.
"
Hampa ni tidoq ja keja. Bangun aaa. Aku lapaq. Hampa mayang subuh dak ni ? Bangun aaa. Pemalaih btoi hampa nih" Suara Adib mula meninggi kerana penghuni-penghuni perutnya sudah bertelagah dengan emosi supaya diisi.
"Mun nim kaca sungguh aku nok tido. Aku nok qodo tidur wak tangguh nim. Beng kaca lah. Ngatuk dooh lalu doh"Ambil kau. Terkebil-kebil Adib cuba untuk memahami apa yang diperkatakan Syafiq. Faidhi ketawa melihat muka blur Adib. Tidak ikhlas bunyinya. Ada kemelut melanda? Eh. Mengantuk sebenarnya. Pandai-pandai buat spekulasi. Batu api! Zul yang seakan dapat mengesan aura-aura yang pertengkaran kecil akan meletus cepat-cepat bersura.
"Beras ada lagi tak? Masak nasi jom. Naldo kau pergi beli lauk boleh? Sebab kau je dah mandi. Thanks." Zul tersengih. Keningnya diangkat sebelah. Fuh! Ziana Zain. Ronaldo yang entah faham atau tidak maksud angkatan kening itu terus sahaja menyarung selipar dan meninggalkan bilik.
Satu.
Dua.
Tiga."Wei. Wallet aku"
"Agok doh mung nih. Tok ingat sokmo. Aku lepar dale gaung kekgi nyanyuk laluh." Faidhi ketawa. Alahai mudahnya terhibur. Asyik ketawa saja.
Dalam masa 25 minit 39 saat 11 milisaat semuanya terhidang. Air kosong dua botol. Cawan plastik lima biji. Ayam masak merah lima ketul. Nasi masih berasap dalam rice cooker. Set! Kemunculan sang jejaka lima bersaudara mengelilingi santapan pagi merangkap makan tengah hari dan petang. Mereka memandang santapan itu bagaikan lamb chop dan Zinger Hot Box Kfc!
"Wei. Korang tak baca doa ke?"
Tersembur keluar nasi daripada mulut Faidhi setelah kata-kata hikmah itu terpancul daripada mulut Ronaldo seraya itu juga dia menadah tangan membac doa. Manakala yang lain tanpa banyak soal mengikutinya. Makanan dinikmati tanpa banyak kerenah. Tiba-tiba..
"Buat apa tu?"
Serentak lima kepala mendongak 75 darjah untuk melihat gerangan suara yang amat mereka kenali dan seraya itu juga Ronaldo menukar posisi badan agar rice cooker yang dibawa masuk secara haram dapat diselamatkan. Tiada sticker je pun.
"Err.. Ma.. Makan sir. Jemput sir jemput." Zul bertindak sebagai penyelamat keadaan setelah melihat yang lain terkesima dengan kemunculan secara tiba-tiba itu.
"Hm. Boleh juga. Bak sini jap rice cooker tu. Lawa. Beli kat mana?" Deep sangat warden ni pun. Ronaldo mengalihkan badannya yang sedia panas dek wap rice cooker itu.
"Nak kompaun Rm50 atau jumpa saya dekat tangki air belakang pukul 1.30 petang"
Mereka mengeluh. Tiada pilihan. Kalau tidak mengenangkan kertas berwarna-warni di dalam wallet hanya berwarna biru yang tinggal memang mereka tidak akan memilih pilihan kedua. Zul melihat jam 12:45 pm. Ada 45 minit 5 saat saja lagi untuk mereka makan dan solat.
Hawau. Tak ada sticker je pun.
Zul memaki. Dalam hati. Pasrah. Minimum denda yang akan mereka hadapi adalah lima jam dalam tangki air!
Hawau.

ANDA SEDANG MEMBACA
B2-02
Short StoryKau impi cinta gadis. Duka kau genggam. Kau mahu kasih sang arjuna. Air mata jadi teman. Kau damba kasih teman. Masih ada teman berendam dalam tangki air 5 jam ? Atau teman yang sanggup bertumbuk demi menyedarkan kau sedang dipermainkan oleh dunia ?