Café B2-02
Does anyone know what love really is?
Yes
FRIENDSHIP.Ayat itu jelas tertulis di dinding café berwarna coklat cair itu. Disetiap sudut ada tertulis kata-kata indah. Semuanya tentang persahabatan. Meja-meja kayu di atur rapi. Klasik kelihatannya. Replika-replika vespa dan barangan antik memenuhi sudut café itu. Ada ruangan membaca. Ada ruangan santai. Aroma coffee memenuhi ruang café. Dua unit kedai yang dijadikan sebuah café itu tidak putus dengan pelanggan. Semuanya seakan menikmati keindahan ruangan dalam café itu. Akuarium dengan pelbagai jenis ikan memisahkan setiap ruangan itu menambah lagi keindahan ruangan café tersebut. Segalanya indah. Indah lagi kerana dibina atas dasar kasih sayang seorang sahabat.
"Assalamualaikum Kak Sya."
"Waalaikumussalam. Eh Ati bila sampai? Adib mana?"
"Ada tu ha melayan Harith tengok ikan. Ni abang Zul mana? Akak sorang je."
"Abang Zul dekat belakang. Solat gamaknya." Batrisyia Wahida yang sedang hamil empat bulan itu memeluk erat Harith yang datang kepadanya. Pipi gebu itu digomol rakus. Geram!
"Ha dik bila sampai?" Zul menyapa sebaik sahaja melihat kelibat adiknya di kaunter.
"Baru je bang." Putri Izzati menyambut huluran salam abang kembarnya lalu dicium hormat. Adib menghulurkan tangannya untuk bersalam.
"Sihat Zul?"
"Apa Zul? Abang tahu abang?" Adib ketawa kecil. Zul turut ketawa. Tak sangka Dib kau jadi adik ipar aku. Jaga adik aku baik-baik Dib. Dialah satu-satunya adik yang aku ada. Hati Zul berbicara. Dari awal dia sudah merestui hubungan adik kembarnya itu bersama sahabatnya yang satu ini.
"Mana yang lain ni? Dah pukul bera.."
"Assalamualaikum. Tak payah membebel. On time okay." Bicara Faidhi sebaik sahaja tiba di kaunter di mana mereka semua berkumpul. Faidhi memimpin tangan rakan sekolah rendahnya yang kini telah bergelar isterinya yang sah, Wafa Izzatul.
"Sorry lambat. Baby meragam. Tak sihat." Ujar Wafa Izzatul dan sepantas kilat bayi itu bertukar tangan.
Adib menggelengkan kepalanya.
"Kau kenapa Dib?" Soal Faidhi yang mana semakin kurang loghat Besutnya itu.
"Macam tak percaya wei. Lepas 10 tahun kita semua masih bersama lagi. Tambah pula dengan isteri dan anak-anak."
"Itulah kecil betul dunia. Kau jadi adik ipar aku. Si Faidhi ni boleh kahwin dengan kawan sekolah rendah dia dan aku ni masih tak percaya orang yang aku menyampah masa sambung degree tu lah jadi belahan jiwa aku." Zul mengaduh perlahan akibat dicubit oleh isterinya, Batrisya Wahida. Alahai sayang-sayang. Mereka ketawa.
"Wei ada skype!" Jerit Putri Izzati sambil jari telunjuknya diajukan ke arah skrin komputer. Mata mereka semua tertacap pada skrin komputer. Segaris senyuman terukir.
"Hai koranggggggg !!!" Jerit suara disebelah sana.
"Hai. How umrah?"
"Mesti best kan?"
"Mestilah best wei. Tambah pula ada bini!" Syafiq membalas. Isterinya ditarik rapat. Farah Sofea melambai mesra.
"Aku tak nak tanya ke?" Soal satu suara. Senyuman makin melebar.
"Hai Naldo. Eh Adam. Best kat sana?" Soal Faidhi mesra.
"Best. Malam-malam kat sini sejuk. Nanti kita datang semua ya? Sayang sini!" Ronaldo atau sekarang Muhammad Adam Naufal Bin Abdullah menarik isterinya yang juga kakak kepada Farah Sofea iaitu Farah Syahira ke sisi. Farah Syahira senyum sambil membuat peace.
Syukur pada Ilahi. Seorang sahabat telah menemui sinar hidayah. Semoga terus beristiqamah wahai sahabat sayang. Doa mereka semua dalam hati.
"Jaga café elok-elok!" Pesan Ronaldo dan Syafiq sebelum skype dimatikan. Café yang diilhamkan sempena nombor bilik yang mereka tinggal sepanjang pengajian dahulu.
Skrin laptop ditutup. Hati tenang. Senyuman masih terukir dibibir. Tiga pasang mata lelaki itu merenung satu potret besar yang tergantung di dinding. Senyuman terus terukir. Ya Allah. Jika Engkau turunkan dugaan untuk menguji persahabatan ini, Engkau hadirkanlah ketabahan untuk kami mengharunginya. Jika nikmat yang Engkau kurniakan. Jadikanlah kami hamba-hamba-MU yang bersyukur Ya Allah. Semoga persahabatan ini kekal ke Jannah. Doa mereka penuh kesyukuran.

ANDA SEDANG MEMBACA
B2-02
Short StoryKau impi cinta gadis. Duka kau genggam. Kau mahu kasih sang arjuna. Air mata jadi teman. Kau damba kasih teman. Masih ada teman berendam dalam tangki air 5 jam ? Atau teman yang sanggup bertumbuk demi menyedarkan kau sedang dipermainkan oleh dunia ?