Bab 7

38 2 0
                                    

Berjimba.

Class cancel!

Notification yang membuatkan Faidhi menari-nari seluruh bilik dan memeningkan kepala Syafiq yang sedia pening kerana pengambilan panadol overdose! Padan muka!

"Mun ni dah bakpe Dhi?"

"Mun toksoh risau pasal class. Cancel."

"Yes!"

Faidhi dan Syafiq memusingkan 180 darjah kepala masing-masing untuk melihat si empunya suara. Ronaldo.

"Bakpe mun?"

"Class korang cancel. Aku dengan Zul pun cancel."

"So?"

Adib yang entah dari mana muncul tiba-tiba menyampuk dan so Adib itu amat annoying bagi Ronaldo. Dia mencebik.

"So kita berlima boleh berjimbalah wei. Semua kuliah cancel. Sejak bila korang ni lembab? Wifi kolej pun tak lembap macam korang tau."

Laser saja mulut Ronaldo menutur kata. Geram. Tapi tidak sedikit pun bersarang di hati rakan sebiliknya yang lain. Biasa bro. Lelaki. Jaranglah nak sentap dengan ayat-ayat laser yang keluar daripada mulut-mulut puaka rakan-rakan mereka. Brotherhood katanya.

"Oh."

Itu saja yang kedengaran.

"Nya jak utai balas kitak? Enda meri peransang lalu. Medih ke ati jak!"

Jerit Ronaldo. Hah kau. Ibannya lantas kedengaran apabila kegeraman bersarang dihati lembut jejaka Iban itu.

"Woi tak faham!"

Zul, Syafiq, Faidhi dan Adib menjerit serentak. Ala-ala filem gitu. Ronaldo buat pekak dan pantas merebahkan badannya di atas tilam lalu menekup mukanya menggunakan bantal. Bantal berbentuk dolphin sebetulnya. Alahai. Merajuk. Konon. Comellah lelaki merajuk!

"Wei. Hang janganlah merajuk Naldo."

"Wei Naldo. Janganlah merajuk. Macam perempuan doh."

Ronaldo membatukan diri. Tanda protes. Badannya yang digoncang-goncang oleh Adib dibiarkan saja.Pura-pura tidak mendengar pujukan demi pujukan. Merajuk kononnya. Namum ada senyuman disebalik bantal dolphin merah hati itu. Aku saja je. Pujuklah lagi. Suara hati Ronaldo mula bermonolog sendirian. Mengada sungguh!

"Okay. Petang ni pukul lima siap-siap kita keluar berjimba sampai malam okay Ronaldo sayang intan payung gunung berapi ku sanjung ku sayang."

Syafiq mematikan sesi pujuk memujuk dengan sahutan nyaring yes daripada Ronaldo. Semuanya kerana berjimba.

B2-02Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang