Bab 8

36 2 0
                                    

Nasi kukus



"Shit!"

"Kau pehal nak carut petang-petang ni?"

Carutan Syafiq memecah kesunyian yang melanda dalam kereta Viva yang disewa satu jam 24 minit 32 saat yang lalu. Empat pasang mata tertumpu kepada si pemandu.

"Aku langgo lampu meroh!"

Stering kereta menjadi mangsa kegeraman Syafiq. Dan...

"Lahhhhhhhhhh..."

Tindak balas pantas yang serentak daripada Faidhi, Adib, Ronaldo dan Zul.

"Hang ni aku ingat apalah tadi tiba-tiba nak mencarut."

"Tah kau ni. Kacau je aku nak main game"

"Holoh mun. Setakat game masok tu toksoh bising ah!"

Senyap.

"Wei. Chill lah. Aku gurau je.

Zul membalas tenang. Zul. Always tenang. Terima kasih Zul!

"Jom pergi pantai!"

As usual Ronaldo sebagai perancang perjalanan hala tuju mereka apabila weekend tiba. Memang mahu menjelajah semenanjung budaknya!

Syafiq terus fokus pada pemanduannya. Walaupun pemanduaannya ibarat Toretto yang pandai cilok jalan keselamatan penumpangnya amat dititikberatkan. Dalam kesunyian yang mencengkam ada segaris senyuman pada bibir dua orang sahabatnya yang asyik dengan telefon bimbit mereka belakangan ini. Senyuman apa?


Sudah satu jam setengah mereka menghitamkan kulit mandi laut. Bagaikan tiada hari esok. Maklumlah sudah seminggu mandi cuma sekali gara-gara catuan air di asrama! Jimat katanya.

"Woi korang toksei kelik ke?"

Laungan Faidhi daripada atas batu besar itu mematikan gelak tawa rakan-rakannya. Ronaldo melabuhkan duduknya di sisi Faidhi. Adib turut menghampiri. Zul dan Syafiq berlumba berenang ke arah teman-teman mereka. Tak masin ke air laut?

"Hampa nak balik dah ke?"

Faidhi mengangkat bahu. Syafiq menggeleng. Zul seperti biasa. Ikut saja katanya. Ronaldo dengan cebikannya. Adib mengeluh.

"Aku laparlah."

Suara sayu Ronaldo menyentap hati mereka yang juga hanya mengalas perut dengan roti dan air masak.

"Aku ada singgit."

"Lepas tolok duit kete aku pun ada singgit."

"Mak aku tak bank in lagi. Dalam wallet ada biru satu angka sekeping"

"Aku ada 90 sen ni je wei."

"Okay. Total Rm4.90. Nasi kukus tu jom. Share?"

Faidhi dan Ronaldo berlari ke arah gerai yang menjual nasi kukus di bawah pokok besar itu. Berkat kesungguhannya menyelongkar beg galasnya Faidhi berjaya menjumpai dengan syiling 10 sen!

Lima jejaka 18 tahun itu bersila diatas pasir sambil menikmati keenakan nasi kukus yang entah sejak bila menjadi kegemaran mereka dengan nikmatnya tanpa mempedulikan pandangan pengunjung pantai yang pelik melihat lima orang lelaki berkongsi satu bungkus nasi kukus yang tidak seberapa itu. Mujur ada air mineral seorang satu. Mereka kekenyangan.

Adib tunduk untuk membasuh tangannya dengan air laut. Tiba-tiba

Bussssshhhhhhhhh!

Adib berjaya ditolak ke dalam air oleh Zul dan Faidhi. Mereka ketawa. Dan ketawa mereka dimatikan oleh tolakan Syafiq dan Ronaldo.

"Bongoklah! Masin wei! hilang rasa nasi kukus aku! "

Jerit Faidhi. Ronaldo dan Syafiq berlumba menjatuhkan badan mereka ke dalam air masin. Mereka ketawa lagi. Mandi sepuasnya. Bro, tomorrow never die.

B2-02Where stories live. Discover now