Bab 12

25 2 0
                                        

11 bulan kemudian

Semester baru telah bermula and they are on semester 3! Riak wajah senior sengaja ditonjolkan oleh mereka. Maklumlah hanya mereka berlima dan beberapa orang saja lagi pelajar senior yang masih tinggal di asrama kolej. Mereka membuat keputusan untuk tinggal di asrama kerana malas mahu mencari rumah sewa yang kebanyakkannya hanya mencekik darah students. Sebenarnya malas. Alasan semua tu. Dan oleh kerana hanya beberapa orang sahaja pelajar senior yang tinggal di asrama pihak kolej telah mengizinkan mereka berlima tinggal satu bilik dan mereka memohon untuk tinggal di bilik yang sama seperti semester-semester yang lepas. Dan permohonan mereka disambut baik oleh pihak kolej. Horeeeeeee!!!

"Wah katil baru!"

"Alhamdulillah tak payah aku panjat katil lagi."

"Tapi nampak sempit kan bila single bed macam ni?"

"Ah tak kisahlah yang penting aku nak tepi tingkap."

Faidhi hanya tersenyum melihat gelagat sahabat-sahabatnya. Perangai macam budak-budak! Tetapi itulah yang amat dirinduinya bila berjauhan.

"Wei Pik. Bangunlah. Dah azan tu."

Bahu Syafiq ditepuk perlahan oleh Ronaldo. Walaupun berbeza agama Ronaldo amat menitikberatkan soal kewajipan sahabat-sahabatnya yang lain.

"Thanks bro."

Hampir dua jam lebih mereka semua diulit mimpi tika matahari tegak memancarkan sinarnya.

Ronaldo hanya mengangguk lantas matanya kembali tertacap pada skrin laptop. Mahu dihabiskan drama korea yang ditonton sejak dua minggu yang lalu. Alahai Ronaldo.

"Dhi bangunlah Dhi kita pi makan. Aku lapaq ni."

Faidhi merengus. Pantang nenek moyang kucing dia orang kacau dia tidur. Selimut ditarik menutupi mukanya.

"Dhi cepatlah. Adib nak belanja. Aku lapar ni."

"Kau ni kan Naldo pantang orang belanja."

Ronaldo sengih. Zul menyambung..

"Serius kau nak belanja ni Dib?"

"Yelah. Aku part time masa cuti haritu. Niat memang nak belanja hampa semua. Bangunlah Dhi."

Diam.

Tiba-tiba..

"Aku dok mandi takpe? Lapo doh nim."

"Habat duh perangai kau. Gosok gigi la at least!"

Faidhi membalas kata-kata Zul dengan ketawa. Mana tidak marah. Bangun dari katil terus haaaa depan muka Zul. Tak ke mengamuk mamat tu.

"10 minutes please."

"Woi siapa ambil towel aku?!"

Faidhi muncul dengan tracksuit yang dipakainya ke bilik air sebentar tadi. Bilik tiba-tiba bertukar suram. Suram bak suasana pengebumian. Dan...

"Ramjadah kau Zul!!!!!!"

Zul sudah bersiap sedia untuk melarikan diri walaupun sebenarnya tiada ruang yang luas untuknya melepaskan diri memandangkan bilik itu telah dipenuhi oleh barang-barang mereka yang cuma 45% siap dikemas. Faidhi sudah bercekak pinggang di muka pintu. Hilai tawa sahabatnya yang lain sudah terburai.

"At least aku masih tinggalkan seluar untuk kau. Itu makan dia."

Zul sudah tewas dalam pelukan padu Faidhi. Segenap tubuh Zul sudah dicubit-cubit dan digeletek oleh Faidhi dan paling menyeronokkan sahabat yang berkomplot dengannya sebentar tadi sudah berpaling tadah menolong Faidhi yang semakin ghairah menggeletek tapak kaki Zul.

"Hawaulah korang. Tadi beria suruh aku rembat towel mamat ni."

"Itu cerita tadi. Sekarang cerita lain."

Hilai tawa mereka lantang kedengaran. Sesiapa yang melintasi bilik mereka ketika itu pasti merasakan bahang kebahagiaan mereka. Tetapi ada juga yang terasa bahang meluatnya. Biasalah manusia. Ada saja yang tidak kena.

Nafas kedengaran tidak teratur. Pergelutan sebentar tadi diakhiri dengan semuanya terlentang mencari kembali nafas yang dibawa terbang oleh angin kipas siling.

"Dah cepatlah. Lapar."

B2-02Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang