Luahan I
Langit petang sudah menempiaskan warna-warna senja. Kelibat dua orang jejaka masih kelihatan bersila di atas gelanggang futsal. Yang lain sudah beransur pulang. Hanya mereka berdua sahaja sedang melepaskan lelah sebelum pulang ke asrama.
"Mun ni lately asyik dengan handphone je aku tengok."
Syafiq memecah suasana sunyi yang menghimpit dirinya dan Faidhi. Faidhi seolah terkejut lalu tersengih.
"Takde mende ah."
Sengih lagi.
"Tengok tu. Mun angau ke sape Dhi?"
Tekaan tepat terkena batang hidung Faidhi. Terlepas keluhan kecil daripada mulutnya.
"Aku suke ke ye wei. Tapi seganlah nok confess."
"Serius ah nim tengah angau."
"Ya. Mun rasa patut ke aku confess?"
"Chill lah. Muda lagi kut nak serius bagai."
"Mun dok pernoh rase Pik. Tolonglah aku."
Excuse me? Sedak molek kabo aku dok pernoh rase pahtu mintok tolong aku! Macam aku nim dok laku mane! Ramjadah!
Syafiq bermonolog sendiri. Egonya tercabar. Tapi...
"Aku dok pernoh rase, maknanya aku dok akan pahang mun. Dah gane aku nok tolong mun?
Faidhi mengeluh lagi. Sedar akan ketelanjuran katanya.
"Okay sorry. Maksud aku, antara kita berlima nim,mun sorang je aku nampok matang sikit. Sebab tu aku berani luah ke mun."
Diam lagi.
"Mun nok aku tolong mende?"
"Tolong cover aku. Sebab aku tak ready lagi nak bagitahu yang lain. Tak pasal kena bahan kekgi."
Syafiq mengeluh. Ni payah ni. Faidhi menyambung kata selepas melihat seolah-olah tiada kata daripada Syafiq.
"Mun jangan saloh sangka Pik. Bukan aku nok rahsia semua ni. Cuma belum tiba masanya lagi aku nok bagitahu ke semua. Tolong aku eh Pik?"
Rayuan Faidhi disambut dengan anggukkan lemah Syafiq.
"Siapa budok tu wei?"
"Betul mun nok tahu?"
"Kang aku dok tolong mun kang...."
"Okay okay okay. Hm. A. Al.."
"Siapa!"
"Mun nim la. Sabo. Hm. Alia."
"Alia mana?"
"Alia Amani."
Mata Syafiq terbeliak selepas gerangan nama itu singgah ke gegendang telinganya.
"Serius kau? Alia Amani? Budak nursing tu? Budak hot tu? Bior betul mun nim Dhi!?"
Mata Syafiq semakin terbeliak apabila melihat perbualan Faidhi dan Alia di aplikasi telegram yang ditunjukkan oleh Faidhi. Bravo bro bravo!
Azan Maghrib mematikan perbualan mereka. Pantas dua pasang kaki itu meninggalkan gelanggang futsal yang menjadi saksi luahan hati seorang jejaka yang mempunyai benteng hati yang kukuh. Mana tidaknya, antara mereka berlima Faidhilah yang paling susah untuk meluahkan isi hati yang terpendam. Tetapi kini benteng itu goyah dek kerana gelodak perasaan remajanya yang sedang menggelegak.
ANDA SEDANG MEMBACA
B2-02
CerpenKau impi cinta gadis. Duka kau genggam. Kau mahu kasih sang arjuna. Air mata jadi teman. Kau damba kasih teman. Masih ada teman berendam dalam tangki air 5 jam ? Atau teman yang sanggup bertumbuk demi menyedarkan kau sedang dipermainkan oleh dunia ?
