Assignment
Hidung Zul kembang kempis menahan amarah yang masih bersisa dihati. Amarah bercampur dengan pelbagai rasa. Kalau dibuat masakan entah apa rasanya. Ke tong sampah gamaknya. Adib yang hanya bersila di atas katil bersama Ronaldo yang masih blur tentang apa yang sedang berlaku. Mereka hanya mematungkan diri. Jarang melihat Zul yang selama ini berperanan sebagai penenang suasana dalam keadaan bergelumang dengan emosi. Masing-masing tidak berani mengeluarkan suara mahupun berdehem. Ronaldo menyiku lengan Adib sambil mengangkat keningnya seolah-olah what going on here? Pertanyaan Ronaldo hanya dijawab dengan isyarat diam oleh Adib. Ronaldo membalas dengan menjulingkan mata dan pakej dengan mengembangkan hidungnya. Eeeiiuu. Buruk!
Adib mengetap bibir menahan ketawa yang seakan bertelagah dengan otak mahu keluar. Lantas dia berdehem.
"Hang kenapa Zul? Kalut jaa."
Diam. Ronaldo menarik telinga Adib sambil mulutnya mengomel perlahan yang sepatah haram pun tidak difahami oleh Adib. Adib sengih. Ronaldo kalau sudah marah habis keluar bahasq ibundanya. Entah mencarut mahupun memuji. Tengah marah masakan mahu memuji. Ronaldo mengecilkan mata kacaknya kepada Adib. Ah. Mesti kata aku mencarut budak ni. Pantang cakap Iban! Gerutu hati Ronaldo. Matanya kembali tertacap ke arah Zul. Api amarah seoah-oloh membara di atas kepalanya dan asap seakan-akan berebut untuk keluar dari hidung dan telinganya. Marah sungguh!
"Ramjadah betullah. Sebab dia assignment kena reject."
Zul menumbuk locker dua pintu itu. Tepat ke sasaran. Berdentum bunyi locker besi itu memecah kesunyian bilik itu. Adib dan Ronaldo tersentak. Kedua-dua belah bahu sasa mereka terjungkit akibat terkejut dengan tindakan tanpa disangka yang akan atau lebih tepat yang telah dilakukan oleh Zul.
"Mun dah kenapa nok mengamuk?"
Tiga pasang mata tertacap ke arah pintu. Faidhi melonggarkan tali lehernya lalu dicampaknya ke atas meja study. Tiada riak bersalah terpancar dimukanya.
"Sebab kau assignment kena reject. Markah pun kena tolak."
Zul cuba mengawal nada suaranya. Namun, Faidhi...
"Mun pehal? Nok gocoh? Serabut perut ah mun nim."
"Kau dah kenapa nak tinggikan suara?"
Adib sudah mula mengesan aura-aura negatif yang bakal menguasai seluruh isi bilik itu. Ronaldo dengan sepantas lipas terbang menyelinap keluar daripada bilik untuk menjejaki tapak Syafiq sebelum wap aura negatif yang sedang perlahan meresap ke udara pecah menjadi hujan asid dibilik mereka.
Tangan Syafiq pantas ditarik selepas meminta izin untuk membawa Syafiq keluar daripada perbincangan role play yang sedang dilakukan. Adab kena jaga beb tak kira dengan siapa pun tua mahupun muda malah berlainan bangsa sekalipun. Itu prinsip Ronaldo dan oleh kerana itu dirinya disenangi ramai.
"Kenapa?Aku dok ada banyok masa doh ni nok bincang dengan group aku."
Soal Syafiq lantas menyentap tangannya daripada genggaman Ronaldo. Acah drama kononnya.
"Baik kau ikut sebelum bilik kita jadi tempat shooting slot aksi tv3."
"Kenapa wei?"
Ronaldo menepuk dahi. Sengallah mamat ni. Ada aku lempang kang. Bentak Ronaldo.
"Zul dengan Dhi."
"Allah."
Mana Naldo dengan Syafiq ni. Cepatlah. Aku dah rasa bahang negatif ni wei. Adib bermonolog sendirian. Dia sendiri sudah berapa kali menjengah ke luar pintu menanti kepulangan Ronaldo dengan jayanya membawa Syafiq bersama. Amboi. Kali ketiga. Gagal. Bilik seakan-akan sudah siap menyediakan props untuk pengambaran filem hanya tunggu tuan pengarah mengatakan action! Dan Adib amat takut sekali jika syaitan laknatullah yang menjadi tuan pengarahnya yang mengarah para pelakonnya memulakan aksi. Peluk dikesat kasar. Cepatlah.
Gedebukkkk!
Suara bertekak hilang tiba-tiba dan Adib...
"Allah...."

ANDA SEDANG MEMBACA
B2-02
Historia CortaKau impi cinta gadis. Duka kau genggam. Kau mahu kasih sang arjuna. Air mata jadi teman. Kau damba kasih teman. Masih ada teman berendam dalam tangki air 5 jam ? Atau teman yang sanggup bertumbuk demi menyedarkan kau sedang dipermainkan oleh dunia ?