Bab 10

34 2 0
                                    

Eny

Adib menguis pasir-pasir halus menggunakan hujung kasut sukannya. Matanya melihat jam. Haish dah pukul 5.10 pm ni. Lama betul make up. Adib mengomel dalam hati. Matanya meliar memandang sekeliling.

"Dib, kau nak main ke tak ni?"

Laungan Alif di gelanggang petanque memaksa Adib mengangkat tangan menandakan dia akan datang sebentar lagi.

"Hampa main dulu. Aku tunggu orang sat."

Adib mengetap bibir sambil jarinya galak memintal janggut yang hanya beberapa helai bersarang di dagunya. Adib tersenyum melihat tuan empunya kasut sukan yang sedondon warna dengannya menghampiri.

"Sorry lambat. I baru bangun tidur."

"Eh tak apa lah. Game pun belum mula."

"Okay. You cakap nak ajar I main petanque kan?"

"Ha'ah. Hmm. Dahlah kasut sama baju pun nak sama colour ke?"

Adib mula memperlahankan suara sambil matanya mula dikecilkan. Nakal! Si temannya hanya tersenyum.

"Wei Dib. Lekaih la hang ni. Lama dah kami tunggu hampa ni."

"Hm. Kawan-kawan you dah kecoh tu. Shall we?"

"Eh. Err. Aaa. Aaa. Oo.. Okay jom jom."

Merek berjalan seiringan menuju ke gelanggang petanque yang sudah dipenuhi oleh beberapa orang students.

"Eh. Eny. Buat apa sini? Kau bukan tak suka peluh-peluh ke?"

"Wah. Eny join kita wei. Selfie sikit."

"Hebat kau Dib."

"Untunglah sama lawa sama handsome."

Adib suka memancarkan muka bersalahnya. Eny hanya tersenyum.

"Chill. I'm okay. No worries. Jom cepat ajar I."

Adib masih dengan wajah serba salahnya. Eny menepuk lembut bahu Adib sambil tersenyum.

"Okay. You pegang boule ni. You stay je berdiri kat sini. Lepas tu you nampak tak macam guli dekat tengah tu? You cuba aim nak jatuhkan boule ni sebelum dekat yang macam guli tu okay?"

Adib menerangkan peraturan dan cara-cara bermain dengan panjang lebar kepada Eny. Dan Eny hanya mengikut segala arahan yang diutarakan oleh Adib. Ada masa Eny hampir tersungkur dek kerana mahu membaling boule ke tengah gelanggang Adib pantas menyelamatkannya. Eny hanya tersenyum manja. Adegan mereka amat mesra sekali sehingga ada yang mengusik mereka berdua dan tidak terkecuali ada yang sound depan dan menyampah. Drama tak berbayar pula senja-senja begini. Adib dan Eny seolah-olah tidak mempedulikan orang lain. Hilai tawa mereka bersama rakan-rakan yang lain jelas kedengaran. Mesra. Bahagia. Dan di meja rostoran yang bernombor 14 yang berjarak 45 meter daripada gelanggang petanque itu ada sepasang mata yang sedang asyik memerhatikan adegan mesra alam mereka berdua dan hanya mengerutkan kening dan menggaru-garu telinga keresahan. Alahai Eny.

B2-02Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang