Sampai bila?
Quran ditutup. Kulit keras Quran itu diusap perlahan. Adib memerhati sekeliling bilik. Sunyi sepi. Keceriaan dahulu terbang bersama waktu. Dia mengeluh. Suasana seolah-olah kembali pada awal semester satu. Semuanya kekok. Segalanya sunyi. Selfish. Sudah hampir sebulan lebih peristiwa pertengkaran besar antara Zul dan Faidhi berlalu. Tetapi kehangatan pertengkaran itu masih dirasai. Dia merindui saat-saat manis bersama. Faidhi sudah jarang berada di bilik. Zul seakan hilang suaranya. Bersuara bila perlu sahaja. Hanya Adib, Ronaldo dan Syafiq yang masih bersama kemana sahaja. Faidhi dan Zul lagilah. Memandang pun tidak mahu apatah lagi mahu bertegur sapa. Bila di bilik mereka bertiga seakan mati kutu. Mahu berbual rasa bersalah. Mahu mendiamkan diri terasa janggal. Air mata Adib bergenang. Bimbang jika ada yang mengambil keputusan drastik hendak keluar daripada bilik mereka. Tuhan beginikah pengakhirannya? Air mata segera diseka.
"Kau OK?" bisik satu suara.
Adib terperanjat. Terkejut melihat Ronaldo bersila disebelahnya. Hairan melihat ada tuala di atas riba sahabatnya itu.
"Hang nak pergi mandi ke?" Soalnya kembali.
"Taklah."
"Habis towel tu nak buat apa?" Soalnya lagi.
"Saja tutup lutut." Sengih.
Adib semakin hairan.
"Kan kau pernah kata kalau nak baca yang kau pegang tu kena tutup lutut semua. Aku pakai seluar pendek so aku tutup la guna towel ni. Betul kan?" Wow. Good explaination. Adib tersengih.
"Eh tak tak tak. Betul-betul. Bagus hang nih." Adib menepuk perlahan peha Ronaldo. Alahai Ronaldo. Kuatnya ingatan hang.
"Hm.. Kau tak jawab lagi soalan aku."
"Soalan apa pulak hang nih?"
"Kau OK? Kenapa kau nangis?Ada problem?" Soal Ronaldo lagi.
"Tak. Aku cuma rindu kita yang dulu. Aku, hang, Zul, Dhi, Syafiq semua. Semua tak sama dah aku tengok. Bilik ni rasa macam tak ada orang hang tau. Macam kuboq dah. Suram." Air mata menitis lagi. Cepat-cepat diseka.
"Aku pun. Aku tak pernah rasa macam ni."
"Entahlah wei. Aku pun tak tau nak habaq lagu mana. Semua ego. Susah sangat ka nak huluq tangan minta maaf?" Adib mengeluh. Ronaldo mematikan diri. Sunyi. Azan Isyak berkumandang sayup. Ronaldo membetulkan alas sujud Adib yang sedikit tersasar daripada asal. Adib memandang senang.
"Jap. Berapa lama hang duk perati aku nih?"
"Adalah kejap je. Tapi sempat jugalah tengok air eh apa tu ayaq mata jantan kau tu." Ketawa mereka berdua pecah. Pelik halwa telinga Adib mendengar tutur kata anak Iban itu menutur loghat utara. Dia bangkit mahu melaksanakan perintah yang Satu. Tetapi...
"Sorry. Apa nama alas tu, by the way?" Bahu Adib dicuit. Adib tersenyum senang.
"Sejadah wei sejadah."
Ronaldo mengangguk faham dan Adib meneruskan rukun solat selepas niat penuh tertib. Nun di hujung katil ada sepasang mata yang memerhati setiap gerak-geri hamba yang sedang khusyuk menghadap Allah yang satu.
"Mana hok lain Dhi?"
"Entah." Faidhi menjawab acuh tak acuh sahaja pertanyaan yang diaju oleh Syafiq. Syafiq menggeleng. Aku cuti seminggu pun masih dok ada perubahang ke sek nim? Syafiq mengeluh kesal. Sampai bila? Jari-jemarinya pantas menari-nari di skrin telefonnya. Nama Zul ditekan.
Hi. Butang send ditekan.
Lima minit kemudian.
Hi babe.
Buat apa? dah makan?
Tengok movie. Dah tadi dengan roomate. You?
Good. Jangan tak makan. You dah la ada gastrik.
Tiga minit berlalu.
No worries my dear. You okay sayang?
Of course I risau sayang. Hm. I rindu roomate I.
Tujuh minit.
You?
Yes. Sorry my phone was in silent mode. rindu? Maksud you? Still sama?
Yes. Semua selfish. Ego.
Chill la sayang. I kan ada.
Adib sengih. Hati yang duka lara hilang tiba-tiba. Indahnya cinta dunia.
Yelah sayang. I rindu nak wrestling dengan depa semua. Lagi-lagi Faidhi. Emoji sedih ditekan.
10 minit. 18 minit. 27 minit.
You?
Hey sayang kenapa tak reply?
Eny??????
Adib mengeluh. Tak fahamlah aku dengan perempuan ni. Kalau ada salah cakaplah. Diam mana aku nak faham! Bentak hati Adib. Mobile data dimatikan. Kepalanya dongak memandang langit. Tenang.
Nun disana ada hati yang keresahan. Serba salah mula bersarang dalam diri.

ANDA SEDANG MEMBACA
B2-02
Short StoryKau impi cinta gadis. Duka kau genggam. Kau mahu kasih sang arjuna. Air mata jadi teman. Kau damba kasih teman. Masih ada teman berendam dalam tangki air 5 jam ? Atau teman yang sanggup bertumbuk demi menyedarkan kau sedang dipermainkan oleh dunia ?