Mahasiswa
Kehidupan sebagai mahasiswa tidak begitu mudah walaupun pelbagai tajaan yang berlumba-lumba menabur kemudahan demi kemudahan kepada para mahasiswa. Rutin harian mahasiswa tidaklah begitu membahagiakan seperti yang ditunjukkan dalam iklan dan poster-poster yang menunjukkan kebahagiaan yang menjalar dalam segenap ruang rongga mahasiswa-mahasiswa di Malaysia. Poster-poster yang menunjukkan para mahasiswa saling membantu dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Iklan-iklan yang memancarkan wajah gembira belajar berkumpulan tika hari minggu menjelang tiba. Semuanya indah. Ahhh! Dusta! Tugasan berkumpulan tidak semua ahlinya akan memberi sepenuh komitmen. Hari minggu lebih enak diulit mimpi sampai kesiangan ataupun hari menjelajah dunia bersama rakan-rakan. Jaranglah kelihatan para siswazah belajar berkumpulan pada hari minggu. Kalau ada pun kerana final touch untuk assignments atau kerana exam!
PAAAPPP!
Bunyi hempasan kertas yang kuat memeranjatkan Syafiq yang sudah dua jam hanyut dalam bait-bait aksara novel yang baru dibelinya semalam. Novel segera ditutup dan diselitnya dibawah bantal kekabu bersarung ungu itu. Matanya memerhatikan gelagat Zul yang sedang dirasuk amarah dan makian. Lepaskanlah semuanya Zul.
"Bodohlah! Dia fikir kitaorg tunggul?!"
"Mun maroh ke sape nim Zul?"
"Kawan baik kaulah!"
"Chill. Cerita molek ke aku."
Zul melepaskan keluhan kecewanya dan menceritakan asbab mengapa dirinya hilang kawalan. Manusia yang ditunggu oleh mereka sekumpulan selama dua jam setengah tidak menampakkan diri malah batang hidung pun tidak kelihatan bayangnya. Sudahlah hanya tugasannya sahaja yang belum diserahkan kepada ketua kumpulan. Soft copy pun tidak diserahkan. Mahu tidak mengamuk mereka sekumpulan kerana tarikh akhir assignment cuma dua hari lagi! Call tidak berjawab. Last seen whatsapp pun today 1.45 a.m. Dan manusia itu adalah Faidhi!
"Dah dia bagitahu korang dok dia gi mana?"
"Dia dah reply dah."
"Reply mende."
Zul menyerahkan telefon bimbitnya kepada Syafiq. Conversation whatsapp dibacanya. Matanya terbeliak.
Sorry bro. Lupa. Aku dekat kfc ni. Dengan awek . tolong cover aku.
Chat kedua masuk.
Bagitau Leen esok tengah hari aku submit kerja aku dekat dia.
Dan...
"What the hell mamat nim."
"Haa kau panas. Aku lagi panas wei. Kalau aku dapat aku tumbuk muka budak tu nanti."
Ada nada serius kedengaran.
"Wei mun jangan wei. Bawok istighfar gak. Shuusshh setan gemok setan kurus. Nyah kau daripada tubuh katang sahabatku ini."
Zul tersengih dengan gelagat Syafiq yang menampar-nampar angin seolah-olah mahu menghalau syaitan yang menguasai dirinya sebentar tadi.
"Mun mayang belum?"
Geleng.
"Patutlah."
Tika kalimah Allahu Akbar keluar daripada mulut sahabatnya itu, Syafiq hanya tersenyum lalu merebahkan kepalanya. Matanya dipejamkan. Mahu merehatkan mata sebentar. Katanya. Solatlah sahabat kerana itu menenangkan jiwa gelisahmu.
ANDA SEDANG MEMBACA
B2-02
Short StoryKau impi cinta gadis. Duka kau genggam. Kau mahu kasih sang arjuna. Air mata jadi teman. Kau damba kasih teman. Masih ada teman berendam dalam tangki air 5 jam ? Atau teman yang sanggup bertumbuk demi menyedarkan kau sedang dipermainkan oleh dunia ?
