Memori
Bunyi jeritan, ketawa dan percikan air silih berganti. Suasana sunyi belakang blok asrama lenyap ditelan suara lima manusia. Tangki air yang dikenali sebagai tangki mandatori puaka oleh penghuni-penghuni asrama itu bagaikan sebuah kolam renang berbentuk hati oleh lima manusia yang kini mula menyulam ikatan persahabatan itu. Bagaikan menikmati hukuman yang diberikan.
"Woi. Korang tak sejuk ke? Aku dah lapar ni."
Slanga Sarawaknya jelas kedengaran apabila Ronaldo mula berbicara. Alahai Ronaldo. Bila boleh cakap semenanjung dengan betul ni? Relax ada 6 semester lagi. Suara kecil bermonolog. Suara siapa tu?
"Baru tiga jam wei. Dua jam lagi. Hang rilek je."
Adib cuma menenangkan Ronaldo. Syafiq berdehem. Serentak mereka berpaling.
"Kau okay ke Pik?"
"Janganlah demam."
"Aku ada ubat dalam locker."
"Mung ni sado ah sikit."
Syafiq tersenyum. Baru berdehem begini risau mereka. Belum pengsan lagi. Ni makin sayang ni. Syafiq bermonolog sendiri.
"Doh nok habis sem satu doh. Sek mu tok ada cerita mende-mende ke nok cerita ke aku?"
Adib tersengih.
"Aku ada minat sorang awek ni. Hampa semua kenai kot kalau aku habaq."
"Orang handsome boleh la Dib."
Zul mencantas.
"Hang ni. Aku habaq benda betui nih. Aku suka tengok dia. Baik ja."
"Kalu gitu oyak ah sape name ye."
Riak muka Faidhi kelihatan tidak senang dengan pengakuan Adib. Ronaldo sedar akan hal itu terus menyiku Faidhi. Kening diangkat. Faidhi menggeleng.
"Aku segan la nak bagitau dekat hampa semua."
"Hawau kau segan. Bagitahu je. Mana tahu kitaorang boleh tolong."
Zul tergelak kecil. Adib hanya tersengih. Masih membuat pertimbangan mahu membocorkan atau tidak perasaan yang dipendamnya selama hampir satu semester ini.
"Doh mun ni kenape sengih sorang?"
Faidhi mengetuk kepala Adib seraya itu perang air bermula. Berkocak-kocak air di dalam tangki yang tidak berapa besar itu dan amat menyesakkan nafas mereka berlima. Hilai tawa kedengaran lantang. Mereka tidak peduli akan kesejukan yang mencengkan kulit masing-masing.
"Hoi! Saya suruh kamu semua berendam bukannya berperang dalam tu!"
Suara pensyarah merangkap warden asrama melenyapkan keriuhan mereka. Sunyi sepi. Krik krik. Jarum saat berdetik.
Satu.
Dua.
Tiga.
Empat.
Lima.
Enam.
Tujuh.
Lapan.
Sembilan.
Sepuluh.
"Padan muka kena marah."
"Eh kau pun sama."
"Gaduh la hampa."
"Duk baloh sek mu ni. Berat nanang."
"Ho sambung ah bro!"
Mereka ketawa. Bahagia betul. 5 jam berlalu dengan pelbagai cerita dan emosi. 5 jam penuh memori! Dan berakhir dengan kesemuanya selesema!
ANDA SEDANG MEMBACA
B2-02
Cerita PendekKau impi cinta gadis. Duka kau genggam. Kau mahu kasih sang arjuna. Air mata jadi teman. Kau damba kasih teman. Masih ada teman berendam dalam tangki air 5 jam ? Atau teman yang sanggup bertumbuk demi menyedarkan kau sedang dipermainkan oleh dunia ?
