Bab 4

59 5 4
                                    

Ubat gigi pembuka ikatan

Kuliah sudah tiga minggu bermula. Assignment pun ada yang menanti untuk disiapkan. Tetapi lima jejaka yang boleh dikatakan baik rupanya. Sedap mata memandang kata orang masih enak dibuai mimpi meski matahari sedang gamat memancar sinarnya. Mana tidaknya, langsir ungu ditutup kemas. Dikepilkan pula dengan penyepit baju. Seolah tidak memberi ruang kepada anak-anak cahaya menembusi tingkap bilik itu. Gelap gelita! Gua! Nasib baik semua penghuni bilik jenis yang mementingkan kebersihan. Tidaklah hapak baunya.

Bunyi katil silih berganti. Faham-fahamlah berapa tuan silih berganti dan berapa tahun katil itu berbakti pada tuannya. Sunyi. Bunyi katil. Bunyi suara-suara penghuni asrama di luar silih berganti. Di satuu sudut katil ada muka yang bercahaya. Cahaya ipad! Zulkanain ligat dengan game. Game cooking fever! Alahai lelaki.

Zulkanain a.k.a Zul memerhati rakan-rakan biliknya yang masih berdengkur. Ipad diletakkan di bawah bantal.

Bangunlah woi! Aku bosan ni woi. Lapar woi!!!!

Zul menjerit! Dalam hatilah. Gila mahu menjerit tiba-tiba. Mahu terkejut beruk penghuni yang lain. Tiba-tiba langsir diselak. Cahaya menembusi garang. Cahaya menguasai ruang. Secara drastiknya Zul menutupi mukanya dengan tangan. Mata terus mengecil. Panas! Fuh dramatiknya. Syafiq sudah bangun rupanya.

Zul diam. Syafiq diam. Adib yang baru terjaga daripada tidur terkebil-kebil. Faidhi yang sebenarnya sudah sepuluh minit terjaga melihat jam. Ronaldo dengan keadaan mamai bangun dari katil.

Tang!!!!

Bunyi katil dilanggar serentak dengan bunyi aduh.

"Kau okay bro?"

Adib memegang bahu Ronaldo yang sudah terduduk di atas lantai.

"Haa. Okay okay."

Lantas Ronaldo bangun menuju ke bilik air untuk mandi.

Bahu Syafiq, Zul dan Faidhi bergoyang-goyang menahan ketawa. Tanpa mengeluarkan suara masing-masing mencapai tuala untuk mandi.

10 minit berlalu. Adib sudah lama selesai mandi. Faidhi sedang berbual dengan ibunya. Syafiq sedang membaca novel. Zaman sekarang tak pelik lelaki membaca novel. Tambahan pula buku-buku fixi. Banyak koleksi yang sudah Syafiq kumpul. Ronaldo dan Zul masih tidak kelihatan. Tiba-tiba...

"Wei korang!"

Terperanjat mereka bertiga yang ada di bilik itu.

"Ada ubat gigi tak?"

Serentak. Serentak itu juga ketawa tiga jejaka itu terburai. Mana tidaknya, Ronaldo dengan syampu di kepala dan Zul yang dengan bersabun satu badan tiba-tiba menjerit. Hanya kerana ubat gigi. Terguling-guling Faidhi ketawa.

" Nah ambik ah aku punya. Kongsi tau!"

Adib menghulurkan colgate. Ketawa masih bersisa. Ronaldo dan Zul saling berpandangan.

"Nak habis dah ni bro."
Ronaldo terkebil -kebil.

"Ah kau tak nak bak sini! Thanks."

"Woi tunggu aku! Share!"

Ronaldo mengejar Zul. Tergolek semua tong sampah. Mereka ketawa. Adib, Syafiq dan Faidhi turut ketawa.

"Lawak of the day lah bro."

Mereka ketawa. Dan berbual. Bertukar-tukar cerita. Tepuk-tampar bermula. Semuanya kerana ubat gigi. Thank you colgate!

B2-02Where stories live. Discover now