BAB 2 : Mimpi

500 29 2
                                    


5 Tahun Kemudian.....

Kini aku berumur 15 tahun. Aku telah lama meninggalkan zaman Ribena aku. Gang Krusherz juga telah mengikuti haluan masing-masing. Meskipun Erina sama sekolah menengah dengan aku, kami sudah tidak rapat seperti dulu. Tetapi kami saling berteguran. Suasana di sekolah menengah ini sangat berbeza berbanding sekolah rendah. Di sini sudah tiada permainan teng teng ataupun batu seremban.

Cuti sekolah telah pun berakhir. Esok aku akan memulakan persekolahan aku pada sesi pagi. Biasanya aku bersesi petang. Tetapi naik tingkatan 3 ini, aku harus ke sesi pagi. Kenapa oh kenapa!

"Adik! You better sleep now. Esok dah sekolah" bebel mama.

"Yes ma! Adik tengah susun buku jap" aku bersuara lemah. Why oh why esok sekolah? I need more cuti! Sungut aku dalam hati. Damn!

.___________________ .

"Oh My God! Lain gila kau Noni" Kata Zaida seperti baru berjumpa dengan aku selepas 10 tahun lamanya. Padahal baru 1 bulan cuti. Hampeh~

"Apanya yang lain Zaida oi! I'm still me. The same me" Ujar aku sambil membuat muka seposen.

"Tudung kau tu labuh, so muka kau nampak lain"

"Eleh! Tak labuh sangat kan? Sampai paras bahu je"

"Weish, ni mesti dah bertukar azam baru ni. Ha? Ha? Apa cer? Nak jadi ustazah ke?" Sengaja Zaida mengusik aku. Ini la dia kawan kamcing aku yang terbaru. Yang selalu menemani aku ketika susah dan senang. Juga, kawan gila-gila aku.

"Hai Ustazah Auni!" Lantang suaranya kedengaran di belakang aku. Aku kenal suara ini. Aku pusing ke belakang untuk melihat siapa gerangan itu. Ya tepat sekali tekaan aku. Izzah! Orangnya tinggi lampai. Kulitnya hitam manis.

"What did you just call me?!" Soal aku sakit hati.

"Ustazah Auni" jawabnya sambil melemparkan senyuman manis. Lagi menambahkan sakit di jiwa aku. Ish! Ini pun bukan aku yang sengaja membeli tudung labuh, tetapi aku tersalah pilih saiznya. Ikutkan hati, mahu saja aku memotong lebihan kain yang labuh sampai ke bawah bahu aku ini. Tetapi bila difikir kembali, ada baiknya aku melatih diri menjadi muslimah yang solehah. Mudah mudahan.

Aku hanya mendiamkan diri. Cuba untuk bersabar. Malas aku mahu melayan karenah dua minah ni. Aku hanya melemparkan senyuman selebar lebarnya. Susah juga aku mahu senyum pagi pagi buta ni. Mata masih sembab. Muka? Jangan cakap la. Tak! Aku kena biasakan semua ini. Ya!

.___________________ .

Auni! Oh Auni! Lembut kedengaran suara romantiknya memanggil nama aku. Suasana masih gelap gelita. Tidak menampakkan apa-apa. Hanya kedengaran suara tadi sahaja memanggil nama aku. Aku dimana? Aku memejamkan mata kembali. Suara tadi berterusan memanggil nama aku. Perlahan lahan aku membuka mata. Kelihatan suasana yang gelap tadi bertukar menjadi terang. Aku berada di majlis perkahwinan. Aku sedang duduk di atas kerusi bersebelahan dengan ayahanda aku. Di depan, entah siapa entah aku tidak kenal. Auni! Auni! Sekali lagi suara itu memanggil nama aku. Suara lelaki yang pastinya. Kali ini, aku dapat merasakan suara itu datang dari sebelah kiri aku. Aku yang masih mamai, menoleh ke kiri. Aku terpandang sesusuk tubuh yang tegap sedang duduk bersebelahan dengan aku. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Muka dia seperti aku pernah nampak je sebelum ini. Aku pernah jumpa ke? Tapi dimana?

Rambut menebal keperang perangan ala ala Edward Cullen seperti dalam cerita Twilight. Mata sepet sedikit. Hidung mancung. Bibir tebal. Kulit putih melepak. Hensem. Ish familiar gila la mamat ni.

Aku berfikir sejenak. Ya! Aku pernah jumpa mamat ni. Tapi siapa? Kenapa aku tiba-tiba jumpa dia dekat sini? Kenduri kahwin? Macam tak logik je. Sedang leka aku mengelamun tiba-tiba....

"Nak ke tak nak?" garau suaranya kedengaran tetapi masih bernada romantik. Aku yang dari tadi mengelamun, tersentak. Apa yang dia tanya ni?

"Nak ke tak nak? Apa maksud awak" Welk! Awak? Sejak bila pula aku pandai berbahasa 'awak saya' ni. Hampir sahaja aku muntah hijau di situ. Tak pasal pasal, aku merosakkan majlis orang. Eee!

"A'ah...Awak nak ke tak?" Lagi sekali aku terasa hendak muntah tapi aku tahan. Majlis orang Auni! Majlis orang! Jangan muntah! Kawal diri! Fuh ~

Aku yang kebingungan mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang diperkatakan oleh mamat familiar ini. Nak ke tak nak? Aih! Macam lain saja bunyinya. Ayah aku yang berada di sebelah tersenyum senyum sambil memandang mamat familiar itu. Boleh dikatakan semua orang yang berada di majlis perkahwinan itu memandang kami. Adakah aku menjadi orang terpenting di majlis ini? Kepala aku kusut. Serabut memikirkan semuanya. Aku menutup mata aku kembali. Tenang rasanya. Tetapi keadaan tiba-tiba bertukar menjadi sunyi. Aku buka mata semula. Gelap! Suasana kembali gelap. Majlis kawin, ayah aku, mamat familiar tadi semua sudah hilang. Aku keseorangan di dalam gelap ini. Aku dekat mana?


***

Hai again, my duckies!  Macam mana dengan chapter kali ni?  Boleh bayangkan tak muka mamat twilight tu? Hensem bukan! *gigit bantal*  Opp..opp.. dah jangan berangan. Tak baik untuk kesihatan *acah* 

Well, malas mahu bebel so vote and komen ya? *kasi flying kiss satu kali*




Crush Aku Mr DuckyWhere stories live. Discover now