Muka dia macam pernah nampak. Tapi dekat mana?
"Woi! " satu suara menyambar aku dari belakang.
"Kau ini Hariz. Salam tidak apa tidak. Nasib baik aku ini jenis yang cool"
"Yela. Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam. Jap! Kau bukan sudah balik ke?" tanya aku. Setahu aku Hariz sudah lama pulang ke rumah sewaktu sekolah tamat tadi. Kenapa pula dia berada di sini?
"Aku kan hero Malaya. Mesti la aku pergi dating dengan awek. Kau itu bila nak dating?"
"Malas" jawab aku ringkas.
"Malas malas, dah jom pergi kantin. Rasa macam lapar la pula" .
"Jom jom! Perut aku pun sudah berbunyi dah ni" Aku dan Hariz bergerak menuju ke kantin. Dalam fikiran aku sibuk memikirkan tentang budak perempuan itu.
Seperti biasa sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke kantin, ramai pelajar perempuan berkerumun. Ada yang menegur, ada yang hendak ber-selfie, malah ada yang memberi surat luahan hati. Itu sudah menjadi kebiasaan bagiku. Boring !
"Nak makan apa bro? Banyak lauk sedap ni"
"Bihun sup" jawab aku slumber sambil memasukkan tangan ke dalam poket. Baru macho! Orang macam aku ini kena jaga imej, sekali tersilap habis!. "Riz" Aku memanggil Hariz yang sedang sibuk memesan makanan.
"Pahal?" Jawabnya ringkas. Mukanya berkerut seolah-olah dapat mengetahui apa yang terbuku di buah fikiranku.
"Minta seringgit" Aku menghulurkan tangan kepadanya.
"Kau ini kan tidak sah kalau tak suruh orang belanja. Tak tahu apa mahu jadi dengan kau ini. Frust aku Ril. Nasib baik aku ini jenis member yang boleh pakai kalau tidak sudah lama aku biarkan kau kelaparan. Nah ambil !" Dia menghulurkan seringgit kepada aku. Aye! Membebel bukan kemain lagi ber-frust frust bagai tapi hulurkan juga duit. Bisik hatiku.
Setelah aku membeli bihun sup idaman aku, aku pergi mencari tempat duduk yang kosong di kantin. Bau bihun sup itu membuatkan aku terliur dan tidak sabar untuk menjamunya. Tetapi seperti selalu, fikiran aku melayang entah kemana memikirkan perempuan itu. Walaupun bihun sup kegemaran di depan mata, aku tetap tidak boleh melupakannya.
"Riz aku nak tanya sikit boleh?" Hariz yang sedang menikmati bihun sup itu sedikit terganggu dengan pertanyaan aku.
"Pe?" ringkas sahaja dia menjawab dan kemudian kembali makan.
"Semalam budak perempuan yang dekat public phone itu familiarkan muka dia??"
"Yang mana satu? Yang pengawas ke murid biasa?" tanyanya kembali.
"Pengawas"
"Ouh itu! Adik saudara Dzafran" aku mengangguk tanda aku mengerti.
"Auni namanya" sambung Hariz lagi seakan-akan dia mengenali budak itu. Ah tidak pedulilah aku siapa nama dia. Bukan ada kena mengena dengan aku pun. Lagi pula aku kena menjaga imej aku. Sekali aku merapatkan diri dengan perempuan, imej aku akan jatuh! Orang macam aku ini harus tampak perfect di khalayak ramai. Barulah disukai, digilai dan disayangi. Aku tersengih sendirian.
"Pahal lak dengan kau ini? Baik kau makan bihun kau itu sebelum kembang. Tadi kau juga yang kata perut berbunyi lah apa lah" bebelan Hariz yang tanpa hentinya membuatkan aku semakin hendak menyakatnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Crush Aku Mr Ducky
Genç KurguDaripada sekolah rendah Aku bersama rakan karibku, Erina, menghendap Aril. Siapa Aril? Of course la "ke-rash". Namun, kami terpisah akan kerana Aril yang melonjak naik ke alam remaja. Kenangan di sekolah rendah berlalu dengan begitu cepat. Beberapa...