"Kenapa awak tidak bertugas pagi tadi?" kakinya disilang. Kot yang dipakai sungguh menyerlahkan gayanya yang macho dan berketerampilan. Terletak pin 'ketua pengawas' di kotnya. Aryan. Ketua pengawas yang paling disegani ramai. Aku hanya mendiamkan diri. Tidak berani bersuara.
"Awak lewat?" aku menggelengkan kepala.
"..atau awak malas bertugas?" sekali lagi aku menggelengkan kepala. Aduh! Macam mana aku hendak menerangkan apa yang telah terjadi. Sudah semestinya dia tidak akan mempercayai kata-kataku.
"Ss-saya.. ss-saya ada masalah..." tergagap-gagap aku menjawab.
"Masalah apa?" dia mengeluarkan buku kesalahan pengawas dari begnya. Bersedia untuk menulis kesalahan aku pada buku itu. Maaf abang Aryan. I need to say this for my own safety.
"Senggugut" dia terdiam sebaik sahaja aku menyebut perkataan itu. Suasana berubah menjadi janggal. Aduh! Malunya..
Buku kesalahan itu kemudian ditutup. Tidak jadi dia menulis kesalahan aku. Tiba-tiba senyuman terukir di bibirnya menampakkan lesung pipit yang menjadi pujaan semua pengawas. Durhh!
"Lain kali kalau sakit, beritahu abang cepat-cepat. Baru abang tidak salah faham"
"Bb-baik" ringkas aku menjawab. Mahu segera keluar daripada bilik pengawas ini. Terasa seperti disoal siasat pula.
"Tahun lepas awak ketua pengawas sesi petang bukan?" ditambahnya soalan lagi.
"Ya saya"
"Abang dengar awak buat kerja dengan baik. Semua cikgu puji awak. Abang pun nak juga la tahu siapa ketua pengawas petang itu. Rupa-rupanya awak" abang Aryan tergelak kecil. Apa yang lawak sangat pun aku tidak tahu.
"Kenapa abang ketawa?" bingung dengan sikap abang Aryan.
"Bukan apa.. tidak sangka budak segila awak boleh jadi ketua pengawas petang" disambung gelaknya lagi. Dia cakap..aa-aku GILA!!
"Excuse me.. Gila?!" aku bercekak pinggang.
"Eh maaf Ayuni.. abang tak berniat nak panggil awak gila. Cuma yelah perangai awakkan gila-gila. Itu yang susah nak percaya awak jadi ketua pengawas petang tu" gelaknya masih berbaki.
"Takpe takpe. Abang jangan risau. Tahun ini saya dah naik sesi pagi. Jadi jawatan ketua pengawas itu saya dah tak pegang" aku bangun dari tempat duduk. "oh ye lagi satu.. nama saya Auni.. Not Ayuni!" aku terus keluar daripada bilik pengawas itu. Apa-apa sajalah
.___________________ .
"Orait everyone. Today we will have spotcheck for each form. I heard from the other teacher, many of them bring tons of illegal item to school. So I want you to check their bags, their clothes, and their classes. Any questions? If not, I will separate you into a team. Which team to which form" arahan daripada Sir Rasa sememangnya panjang lebar dan tidak pernah lepas berbahasa Inggeris. Mujur, kami faham. Aku memandang pengawas lain. Nampak gayanya seperti ingin bertanyakan soalan tetapi teragak-agak. Takut ler tu~
"Sir! I have a question" aku mengangkat tangan. Semua memandang ke arah aku.
"Yes yes.. go on" balas Sir.
"What if they know about our plan. I-I mean about this spotcheck and they run away before we got them. What should we do?"
"Well that is a good question. If that happen, we will call their names during assembly and let them stand infront of all the student.. more questions?" semua menggeleng. Tanda tiada soalan yang hendak diajukan.
YOU ARE READING
Crush Aku Mr Ducky
Teen FictionDaripada sekolah rendah Aku bersama rakan karibku, Erina, menghendap Aril. Siapa Aril? Of course la "ke-rash". Namun, kami terpisah akan kerana Aril yang melonjak naik ke alam remaja. Kenangan di sekolah rendah berlalu dengan begitu cepat. Beberapa...