BAB 23 : Harimau vs Singa

146 8 4
                                    


Seminggu sudah berlalu. Dinie dan Imran sudah pun pulang ke Ipoh. Sunyi pula tanpa mereka. Namun, perkara itu masih terlekat di fikiran. Amalina...

"Ha! Fikir siapa tu?!"

"Oh mak kau!" latah aku. Satu lepukan hinggap di lengan Zaida.

"Kau bagi salam dulu boleh tak!" marahku, hampir seluruh kantin dengar.

"Hahahahaha kau fikir siapa? Cakap la" desak Zaida.

"Yang kau nak sibuk kenapa"

"Mesti tengah fikir Aril kannn..... Sarjan Zafril wuu"

Aku terdiam tatkala nama Aril disebut. Sebut tentang Aril, sudah lama dia menghilangkan diri. Pernah juga sekali aku bertanya kepada Dzafran tentang Aril, kebetulan mereka sekelas, dan dia menyatakan bahawa Aril sudah lama tidak ke sekolah.

"Kau fikir apa lagi ni?"

Aku tidak mengendahkan Zaida sebaliknya terus termenung melayani perasaan sendiri. Zaida mendengus kasar. Sakit hati tidak dilayan mungkin. Lalu dia beredar meninggalkan aku.

"Ermm Auni.." aku tersentak tatkala namaku dipanggil seseorang. Aku tahu ini bukan suara Zaida. Aku menoleh dan mendapati Kak Niezwa sedang berdiri di belakangku.

"Ye Kak Niezwa, ada apa?" balasku, ramah.

"Akak nak minta tolong ni. Tolong berikan fail ini kepada Aryan boleh? Akak kena balik dah ni. Ayah akak dah sampai. Boleh kan?" satu fail biru dihulur kepadaku.

"Boleh tak ada masalah. Cuma, abang Aryan sekarang di mana?" soalku.

"Itu akak tidak tahu. Tadi dia kata nak pergi ke Blok E. Cuba Auni cari dia di situ"

"Orait boss" ujarku seraya tersenyum.

"Kalau boleh, bagi hari ini juga tau! Penting. Terima kasih Auni"

"Sama-sama"

Aku memerhati langkah Kak Niezwa yang semakin menjauhi kantin sehingga hilang dari pandangan. Lantas segeraku ke Blok E. Pada waktu petang begini, Blok E sudah kosong. Perpustakaan juga sudah tutup. Lagi-lagi di kabin, memang tiada siapa. Aku melilaukan mata mencari kelibat abang Aryan. Puas aku mencari tetapi masih tidak jumpa. Jangan jangan dia sudah balik tak. Aku naik ke tingkat yang paling atas. Mungkin dia ada di situ. Aku mengandai sendiri.

"Ye aku tahu. Tapi kan aku dah suruh kau uruskan semua kotak-kotak tu!"

Langkah aku terhenti tatkala mendengar suara itu. Datangnya seperti dari kelas yang paling hujung. Bukanlah kelas sangat pun, tetapi lebih kepada kelas yang dijadikan stor.

"Tak tak.. sekarang ni masalahnya semua kotak kotak yang ada dekat bawah kabin tu dah kena rampas. Kau faham tak!"

Sepertinya, dia sedang berbual di dalam telefon. Nampak gaya macam sedang mengamuk. Dia ada sebut pasal kotak kotak yang berada di bawah kabin itu. Mungkin ini salah seorang daripada geng Aril. Heh! Apa lagi rancangan mereka selepas ini?

Aku perlu memasang telinga walaupun aku tahu risikonya sangat tinggi. Habis aku jika tertangkap. Lagi-lagi aku yang bersendirian di sini tiada teman. Bahaya. Tetapi apa-apa pun, aku perlu mengambil maklumat dan segera memaklumkan kepada Cikgu Zaim. Nahas kau!

"Serius! Aku tak sangka budak pengawas aku boleh jumpa benda-benda tu. Setahu aku, tak ada siapa yang berani menjejakkan kaki di kabin waktu petang-petang macam ni"

Budak pengawas? Aku mula tidak sedap hati. Aku salah dengar ke? Ku dekatkan diri aku ke pintu.

"Ah! Aku tak kisah. Janji sekarang tak ada siapa yang tahu aku bersubahat. Tutup mulut budak-budak kau. Kalau tak, kau tahu apa aku akan buat dekat kau kan? Don't mess with Aryan!"

Crush Aku Mr DuckyWhere stories live. Discover now