BAB 14 : Encik Itik

289 21 4
                                    


6.30 pagi. Suasana sekolah sunyi sepi. Langit masih gelap. Ramai yang masih belum menghadirkan diri. Angin pagi meniup lembut tudungku. Aku memeluk tubuh sambil berjalan lemah di koridor. Menggalas beg sekolah yang beratnya seperti batu. Sungguh aku masih mengantuk. Memikirkan sekejap lagi aku harus bertugas di blok hantu itu, lagi menambahkan rasa mengantuk dan malas dalam diri. Dari jauh, lampu kelasku bercahaya. Sudah tentu ada orang. Aku meneruskan langkahan ke kelas.

Rakan sekelasku serentak berpaling ke arahku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas. Senyuman terukir di bibir masing-masing. Lebih membingungkan lagi, mereka semua berada di mejaku. Ada sesuatu yang mereka sembunyikan.

"Auni!" Zaida memanggil. Aku berjalan ke arahnya.

"Apa kau nak?" dengan tidak berperasaan aku bertanya. Mata separuh terbuka. Mengantuk la katakan.

"You've got to see this" teruja dia ingin menunjukkan sesuatu. Aku kurang berminat. Layankan sajalah minah ini.

"Jeng jeng jeng!" aku memandang ke arah meja aku. Mata aku terbuntang luas melihat surat bersampul merah yang berada di atas meja. Tertulis di situ 'For My Love'. Apakah semua ini?

"Ceh ceh ceh.. dia ada secret admirer. Untung la!" mereka serentak memerli aku.

"Dah jangan sibuk. Pergi main jauh jauh. I need some privacy.. shuhh shuhh" aku menghalau mereka dari mejaku termasuk Zaida. Masing-masing patah hati kerana tidak dapat mengetahui inti surat itu. Berharap aku ingin memberitahu? Sudah tentulah tidak!

Aku mengambil surat itu dengan berhati-hati. Aku ada admirer? Mustahil! Perlahan-lahan aku membuka sampul surat merah itu. Suratnya juga merah. Aku membuka lipatan surat itu.

Dear Perempuan,

Datang kabin, gelanggang blok E sekarang!

Your lovely, SYAFIQ!

Syafiq? Sudah kenapa memanggil aku perempuan? Adakah disebabkan oleh malam semalam? Ah! Tidak mungkin.. tidak mungkin. Hal kecil saja pun. Mustahil dia mahu memarahi aku. Ikutkan hati aku tidak mahu pergi ke gelanggang blok E itu, malas mahu melayan karenah tidak matang Syafiq. Tetapi oleh kerana dia sudah melampaui batas aku harus berjumpa dengannya. Dengan ganas aku bangun dari tempat duduk. Semua memandang pelik ke arahku. Meja aku langgar. Terkumat kamit mulut aku menyumpah-nyumpah nama Syafiq. Sudah la mood aku tidak berapa baik pagi ini. Tambah pula dengan surat bodoh Syafiq itu. Ish! Siap kau Syafiq!

                                                                            .___________________ .

Hampir tiga minit aku menunggu di kabin, masih tidak menampakkan lagi batang hidung Syafiq. Sudahlah gelanggang Blok E ini sunyi. Tambah pula dengan suasananya yang cukup menyeramkan dengan bangunan-bangunan lama dan pokok-pokok besar menutupi awan. Terasa lain apabila bersendirian. Pada kebiasaannya pelajar tingkatan enam yang akan menggunakan kabin ini setiap kali adanya kelas tambahan, tetapi entah mengapa mereka ditukarkan ke tempat lain. Mungkin kabin ini terletak jauh daripada orang. Aku beranggapan sendiri.

PAKK! Bunyi ranting patah. Badan aku ikut terhenjut. Terkejut aku dengan bunyi itu.

"Syafiq kau ke tu?" soalan aku tidak disahut. Aku lihat di sekeliling, tiada orang. Ah sudah! Mana pula Syafiq ini. Rasa seram mulai belenggu di dalam diri.

SESSHH! Kali ini bunyi pokok-pokok yang sedang beralun ditiup angin. Oh My God! I am so gonna kill Syafiq!

BANG! Salah satu pintu kabin terbuka secara tiba-tiba. Orait that's it! Aku bingkas bangun daripada duduk. Segera beredar daripada situ. Tidak tahan lagi dengan suasana gelanggang Blok E ini.

Crush Aku Mr DuckyWhere stories live. Discover now