Bab 16 : Perjuangan

257 14 1
                                    

Aku ini sudah la pantang dicabar. Lagi lagi apabila dicabar oleh ketua pengawas sendiri. Makin melonjak naik darahku. Aku berlegar legar di kawasan kantin. Mengawasi setiap gerak geri pelajar lelaki tingkatan tiga. Waktu rehat adalah waktu yang sangat tepat untuk menangkap pelajar yang merokok. Tetapi mereka tidak merokok di kantin sebaliknya di tandas lelaki. Muka yang selalu aku lihat merokok aku tidak lepas pandang. Mereka sibuk mengacau pelajar perempuan yang lalu lalang di kantin. Jahat sungguh. Aku lihat jam di tangan. Waktu rehat hampir habis. Adakah hari ini aku tidak mendapat apa-apa hasil?

Aku lihat semula pelajar lelaki sebentar tadi. Hilang!

"Tak guna!" Sudah tentu mereka tahu tujuan aku meronda kantin. Ini tidak boleh jadi. Aku berlari ke tandas lelaki seorang diri. Meskipun risikonya tinggi, tetapi aku tidak boleh biarkan mereka lari begitu saja. Aku ingin tahu di mana mereka menyimpan semua 'sumber' rokok-rokok itu.

"Berhenti!" suara itu aku tidak mengendahkan sebaliknya terus berjalan ke hadapan.

"Aku cakap berhenti!" tangan aku direntap kasar membuatkan langkah aku terhenti.

"Apa masalah....." aku terdiam tatkala melihat muka Aril!

"Kau buat apa sampai ke sini. Nak skodeng orang ey? Ke..." aku diam. Aku tidak boleh memberitahu tujuan aku ke sini. Tujuan untuk.....

"...tangkap budak merokok?" sambung Aril. Mata aku tidak berkelip. Bagaimana dia tahu?. "Tak payah nak terkejut sangat la. Aku tahu semuanya" erkk! Tahu semuanya!

"Apa maksud kau yang kau tahu semuanya?" soal aku. Aril melepaskan tanganku yang kelihatan merah dek rentapannya yang ganas lantas memasukkan tangannya ke dalam poket. Fikir macho? Aril tersenyum sinis.

"Kau senyum kenapa! Aku tanya kau kan" sengaja aku meninggikan suara. Auni tolong jangan tergoda. It's a trap.

"Kau betul ke tak suka dengan aku?" apa pula ini yang ditanya. Sengaja la tu ~

"Kau tak payah nak lari topik boleh tak Aril!" Aril tergelak besar lalu terus berjalan ke hadapan melepasi aku. Menguji kesabaran betullah dia ini. Nasib la kau hensem. Aku membiarkan dia pergi. Memerhati dia dari belakang. Dia tinggalkan aku begitu sahaja? Ish..

"Goodluck budak. Semoga Aryan tak benci dekat kau" tanpa menoleh sempat dia mengujarkan ayat itu. Aku masih bingung. Kenapa Aril berkata begitu. Tanpa aku sedar waktu rehat telah tamat. Disebabkan Aril, aku tidak dapat apa-apa hasil. Ishh..

.___________________ .

Aku duduk termenung di tempat dudukku. Sekali lagi, kelas aku bising. Tiada cikgu.

"Hai" sekotak hadiah dihulurkan dihadapanku.

"Apa ni?" soal aku bingung. Hari jadi akukah hari ini? Rasanya tidak.

"Hadiah la..It's for you darling. Kalau boleh everyday I nak bagi you hadiah" senyuman Syafiq mekar di bibir.

"Tak payah nak mengada. Membazir duit je. Baik kau simpan aje duit tu. Lagi bagus" aku menolak hadiahnya.

"La.. You ni. Selalu macam ni dengan I. I tau la you tak suka I. Tapi I bagi hadiah ni ikhlas tau untuk you. For you!" bising! Ish.. Tadi Aril, sekarang Syafiq. Macam-macamlah mereka ni.

Aku merampas kasar hadiah dari tangan Syafiq.

"Amboi gelojoh" senda Syafiq.

"Diam ah.. ni sekadar nak tutup mulut kau yang bising tu ish" aku membuka hadiahnya. Ada sekeping gambar beserta keychain. Keychain yang berbentuk love dan gambar..aku?

Crush Aku Mr DuckyWhere stories live. Discover now