Bab 18 : Game Plan

193 11 7
                                    

Aku berjalan pulang dalam kehujanan dan kelenguhan. Badanku lemah seolah-olah ada skru yang tercabut. Aril punya pasal la ni! Ish.. Mujur rumah aku tidak jauh daripada sekolah. Alang-alang itu, singgah dulu di kedai mamak berdekatan. Dapat aku membeli aiskrim pop pop kegemaran. Mengingatkan aku sewaktu di sekolah rendah bersama Krusherz. Aku tersenyum sendiri. Tanpa aku sedar, aku tersenyum kepada mamak kedai. Dia juga membalas senyuman aku dengan kenyitan mata. Ah pula! Jangan dia fikir yang bukan bukan sudah. Setelah membayar, segera aku berjalan keluar daripada kedai mamak itu. Rasa semacam pula jika aku berlama di sini. Aku terhenti secara mengejut apabila sesusuk tubuh muncul secara tiba-tiba di hadapanku.

"Warghhh!" aku terjerit kecil. Aiskrim pop pop terjatuh dari genggaman.

"Hei hei.. Chill la" dia bersuara sambil tangannya memegang kedua-dua belah bahuku namun aku sempat menepis tangannya. Aku memandang mukanya lama. Macamku kenal saja. Nanti dulu.. dia ini la yang tegur aku hari itu. 'Ha itu la Auni, Ril'.. ayatnya terngiang-ngiang di fikiran.

"Eh Auni!" dia tersenyum lebar. Aku tidak memberi sebarang respon. Aku bingung. Dia kenal aku?

"Oh sorry.. saya Aiman" dihulurkan pula tangannya untuk salam perkenalan. Aku sekadar mengangguk. Tidak membalas hulurannya. Pfft~

"Macam mana tahu nama?" ringkas aku menyoal.

"Ahah.. siapa tak kenal awak. Awakkan musuh ketat Aril"

Aku tergelak kecil. Musuh? Hahahahahaha! Sudah tentulah Auni. Mana mungkin Aril suka kau. Terang-terang dia menganggap kau musuh. He hates you. Bisik hatiku.

"Awak ni berani la. Saya suka tengok awak" ujar Aiman lurus.

"Was that suppose to impress me?" sindir aku.

"If you want to" Aiman tersengih. Matanya dikenyitkan. Strange.

"Believe it or not.. awak cantik sangat" aku terkesima dengan ayatnya. Me? Cantik? Aku menahan ketawa. Sepanjang aku bersekolah, tidak pernah lagi orang mengatakan aku cantik. Tidak termasuk Syafiq, sudah menjadi kebiasaan.

"Thanks?" aku terbitkan senyuman janggal. Banyak soalan yang bermain di fikiran. Apa yang dia mahukan sebenarnya?

"Okay minta maaf kalau buat awak tersinggung.. tapi awak nak apa sebenarnya? Awak nampak macam dah lama kenal saya je" kini aku lebarkan senyuman. Tidak mahu dia tersinggung dengan kata-kataku. Aku memandang mata lelaki ini. Terlihat ada sesuatu yang disembunyikan disebalik matanya. Ah mungkin perasaan aku sahaja.

"Takkan awak tak ingat saya. Baru tahun lepas kita bersembang. Lupa?" Aikk! Bila masa pula aku...... Kejap!

Aku mula menunjukkan reaksi dengan memetik jari berkali-kali. Cuba untuk mengingati lelaki ini.

"Ouh time tu... Dengan Hariz sekali kan?" soal aku teruja.

"Ha ingat pun!"

"Hee maaf.. Yela waktu tu awak tak pakai cermin mata. Memang la saya tak cam siapa awak" ujarku. Dia tidak membalas sebaliknya hanya melemparkan senyuman sinis.

Awkward ~

"Ok lah.. Saya kena balik. Nice to meet you" aku cuba untuk melepaskan diri dari kejanggalan.

"Macam mana dengan aiskrim awak ni? Nak saya ganti?"

"Tak mengapalah.. berapa sen je pun" aku mengutip aiskrim pop pop yang tadi jatuh ke lantai lalu buangnya ke tong sampah berdekatan. Betapa sedihnya hati ini tidak dapat merasa keenakan aiskrim pop pop pada cuaca begini. Tiada rezeki.

"Jumpa lagi Aiman!" lantas aku meredah hujan tanpa menoleh ke belakang.

"Hati-hati balik!" suaranya kini sayup kedengaran. Cepat juga aku berjalan. Tup tup.. Aiman sudah jauh ketinggalan.

Crush Aku Mr DuckyWhere stories live. Discover now