BAB 9 : Kadet

356 18 0
                                    

"Auni!" Erina berlari ke arahku sebaik sahaja terserempak. Aku yang bergegas ke bilik guru, terhenti. Senyuman mekar di bibirku tatkala melihat Erina melambai lambai kepadaku. Perangainya yang gila masih tidak berubah. Masih lagi ber-spesis-kan sotong.

"Kau nak tahu sesuatu?" dengan penuh teruja dia menggoncang-goncang badanku. Mujur kali ini dia tidak menarik lengan baju aku seperti dahulu.

"Amboi.. Bukan kemain gembira kau ya. Apa dia yang kau nak beritahu itu?"

"Aku dah masukkan nama kau dan aku di pertandingan kawad kaki bomba dan kita diterima!" aku terkaku manakala Erina melompat kegirangan.

"Woi cina! Suka hati kau saja letak nama aku. Bukan reti hendak berbincang. Dibuatnya aku tidak mahu? Tidakkah itu sudah menjadi masalah?" aku memarahi Erina. Bukan aku tidak tahu berkawad, cuma aku risau akan tahun ini. Tahun ini di mana PT3 yang pertama dilangsungkan. Menggantikan PMR. Tahun di mana aku dan yang lain menjadi 'tikus makmal'. Tahun di mana soalan bertukar menjadi KBAT, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Memikir semua itu, menjadikan aku gusar dan tidak duduk diam. Mengapa oh mengapa! Aku mengenang nasibku.

"Ish! Tidak habis habis memanggil aku cina! Kau itu, orang asli!" balasnya. Aku menaikkan tangan. Seolah-olah mahu menumbuknya. Sudah menjadi kebiasaan buat kami untuk bergurau. Walau sudah tidak rapat seperti dahulu, tetapi langsung kami tidak berasa janggal. Kami tetap melayan sesama sendiri seperti biasa.

"Noni! Stop it! Aku ada sebab la kenapa aku masukkan nama kau. Dengar dulu penjelasan aku. Jangan nak cepat sangat naik angin itu. Tidak pasal, muka kau cepat berkedut daripada aku" Erina tersenyum sinis. Cuba untuk menyakitkan hati aku. Perempuan ini memang melampau! Ada ke kata muka aku cepat berkedut daripada dia? Ish! Aku memegang muka aku. Takut takut muka diselubuti garisan kedut. Aku masih muda!!!!!

"Apa dia!" nadaku sengaja tinggikan.

"Kalau kita masuk pertandingan kawad kaki ini, kita kena berlatih di gelanggang Blok E itu selama sebulan"

"Apa kena mengena pula dengan blok itu?" tanya aku bingung.

"Tak akan kau tidak tahu kot. Dia pun akan berlatih di gelanggang Blok E tu" Sudah! Apa lagi dengan si Erina ini.

"Siapa pula dia ini, Erin? Tolong bagi dengan lebih detail please. Jangan buat aku terpinga-pinga macam orang bodoh dekat sini"

"Aril! My love!" entah mengapa mendengar saja nama itu, adrenalin aku meningkat. Sepertinya aku baru lepas ternampak hantu. Muka aku pucat.

"Kenapa pula dengan kau ini? Aku ada tersalah sebutkah?" soal Erina risau melihat keadaan aku yang terdiam. Erina tidak mengetahui akan perasaanku terhadap Aril. Mahu memberitahunya, takut pula hati Erina disakiti. Tidak mengapa! Kau simpan saja perasaan ini Auni. Ya!

"Tidak mahu lah! Kau yang suka pada Aril. Jadi jangan libatkan aku. Kau batalkan saja nama aku. Aku tidak mahu terlibat dengan pertandingan kawad kaki tu. Sudah! Aku mahu pergi ke bilik guru. Ada apa-apa yang mahu dibicarakan lagi Cik Erina Natalie?" Erina hanya menggeleng. Mukanya masam. Keningnya berkerut. Patah hati atau sakit hati? Pfftt... Sudah la! Aku tahu sangat dengan perangai 'drama queen' si Erina ini. Kejap lagi baik la tu. Aku bergegas ke bilik guru yang sebentar tadi tergendala disebabkan oleh Erina. Ada urusan penting yang harus aku laporkan kepada guru pengawasku. Harap Erina tidak marah pada aku.

                                                                       .___________________ .

Subjek Sejarah! Tidak pernah menjadi kegemaranku. Tidak akan pernah. Terlalu banyak untuk dihafal, membuatkan otak aku serabut. Serabut! Lagi lagi dijadualkan pada waktu pertama. Pagi lagi sudah kena belajar Sejarah. Mengapa!

Crush Aku Mr DuckyWhere stories live. Discover now