KRINGG!
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu balik. Kenapa cuaca hari ini panas sangat. Aku menundukkan muka ke meja. Sudah la tadi dimarahi Cikgu Shauki. Sungguh aku tidak ada mood. Ish! Lelaki tu..
"Woi! Kau tak mahu balik ke?" ujar Zaida.
"Kau balik jelah dulu"
"Eyy noni! Mengadalah kau.. cepatlah aku nak beli air cendol depan sekolah tu ni" sampuk Erina pula.
Mendengar air cendol sahaja, aku bingkas bangun. Begitu bersemangat aku tinggalkan kelas.
"Woi! Tunggu!"
Kami bertiga berjalan ke luar sekolah. Seperti biasa, abang cendol itu akan sentiasa berada di luar sekolah selepas tamat waktu persekolahan. Aku menelan air liur sebaik sahaja melihat bekas yang dipenuhi air cendol itu. SEDAPNYA!
"Bang, bagi cendol tiga" ujar Zaida.
"Cendol tiga on the way!" ceria sahaja abang cendol ini. Kami menanti dengan penuh kesabaran. Mataku yang hanya tertumpu kepada cendol tersentap tatkala Erina menggenggam lenganku. Tiba-tiba saja minah ni. Aku memandangnya penuh tanda tanya.
"Ya ada apa Erin?" soal aku tidak berminat. Dia masih mengekalkan posisi itu.
"Tengok depan" mataku mengekori arah mata Erina. Gulp! Aril lagi.. mengapa aku asyik terserempak dengan dia sahaja.
Aril bersama gengnya turut berhenti di gerai abang cendol. Cepat la abang cendol! Kini aku sudah tidak sabar. Aku mahu lari dari sini. Aku berpura-pura seperti tidak mengenalinya. Dari ekor mata, aku tahu dia sedang memandangku. Keadaan menjadi senyap. Janggal. Sebab tadi ke ni?
"Dua cendol dah siap dan satu lagi on the way!" Zaida dan Erina mengambil cendol masing-masing. What! Mana aku punya.
"Noni, kita orang gerak dulu" usik Zaida. Diikuti dengan senyuman sinis Erina. Aku tahu mereka sengaja mengusik aku. Seperti biasa, aku mula menggelabah sebaik sahaja mereka berlalu pergi. Kejam!
"Erh urm bang.. err lagi satu cendol tu tak jadilah.. terima kasih!" ujarku lantas berlari mendapatkan Erina dan Zaida.
Mereka terhenti melihat aku berlari.
"Wei gila.. mana cendol kau?" soal Zaida.
"Korang la kejam sangat!"
"Apa kitaorang pula kena?" aku hanya mampu menjeling. Mereka tidak faham akan situasi aku. Sangat tidak faham.
"Eh tapi hensem juga mr duck kau tu" mata Zaida tertumpu kepada Aril. Begitu juga Erina.
"Mr duck?"
"Come on! Upgrade la sikit nama panggilan dia tu. Kau dok asyik panggil dia itik ajerr. Tak syok. Mr duck lagi best!" aku terdiam.
"Baik Mr ducky je.. lagi sedap!" ujarku. Sedap juga panggilan mr ducky itu.
Kini mata kami bertiga memandang Aril yang sedang berjalan menjauhi sekolah. Daripada belakang pun kau sudah hensem Ril. Aku mendengus halus.
"Pandang la pandang la.. kalau kau pandang aku, kau suka aku" perlahan aku mengujarkan ayat itu supaya kami bertiga sahaja yang mendengar. Tanpa diduga, Aril tiba-tiba sahaja menoleh ke belakang dan memandang tepat ke arah kami lalu tersenyum. Aku terkesima. Zaida tersedak manakala Erina tercekik cendol. This can't be happening! Aku bermimpikah? Aku menampar diriku sendiri. Auch!
Ya! Ini bukan mimpi. I repeat this is not a dream! Dan...
Dia suka aku! Hahahahahahahaha!! Berangan aku sendiri.
YOU ARE READING
Crush Aku Mr Ducky
Novela JuvenilDaripada sekolah rendah Aku bersama rakan karibku, Erina, menghendap Aril. Siapa Aril? Of course la "ke-rash". Namun, kami terpisah akan kerana Aril yang melonjak naik ke alam remaja. Kenangan di sekolah rendah berlalu dengan begitu cepat. Beberapa...