BAB 3 : Dia atau Hanya Pelanduk Dua Serupa?

460 28 2
                                    


"Wei noni, nanti jangan lupa tau teman aku call parents aku dekat public phone" kata Zaida.

"Nak buat apa?" Soal aku tak bermaya.

"Haih kau ni.. Kata nak balik lambat sikit. Kena la inform mak aku"

"Oh aku lupa. Ok nanti aku teman"

"Kau ni kenapa dari tadi aku tengok macam tak ada mood je. Asal?" Soalan Zaida membuatkan aku sedikit tersentak.

"Tak ada mood? Merepek je la kau ni. Aku okay je" Cuba menafikan sebaik mungkin.

"Kau ni kan Auni! Dah 3 tahun aku kenal kau. Aku kenal sangat dengan perangai kau ni. Aku dapat bezakan kau ok ke tak. You can't lie to me noni" Ai minah ni! Sejak bila dia perhatikan aku? Alang-alang dia dah tahu aku tak ada mood ni, baik aku cerita je la dekat minah ni apa yang membuatkan aku tak ada mood. Kang tak pasal pasal aku pulak yang ditengkingnya.

"Yela yela. Aku cerita"

"Ha cerita la! Cerita la. Aku dengar"

"Malam tadi aku ada mimpi..........." Aduh! Macam mana aku nak cerita kalau si Zaida ni tak kenal siapa mamat tu. Ya! Mamat yang aku mimpi semalam. Aku dah ingat. Aku kenal dia. Dia lah mamat yang aku dan Erina suka dulu dulu. Aril namanya. Puas aku memikirkan siapakah mamat familiar itu pagi tadi. Ternyata Aril. Tetapi satu lagi soalan yang terperap di dalam kepala aku ini. Kenapa aku mimpikan dia? Sudah 5 tahun aku lupakan dia. Mustahil!

"Mimpi?" Suara Zaida memecahkan lamunan aku.

"Aril" Perlahan lahan aku membisik. Takut takut pula ada paparazzi dekat sekolah ni. Nahas aku!

"Aril? Siapa pula tu?" bingung Zaida.

"Aku rasa dia sekolah sini. Ala takkan kau tak kenal?"

"Memang aku tak kenal. Dengar nama dia pun aku dah tak cam. Aril yang dari kumpulan Peterpan tu aku kenal la..hahaha" Ish minah ni! Main main pula dia.

"Ha cepat la. Sambung balik cerita kau tu. Kau mimpi macam mana?"

"Entah la wei. Pelik kot. Aku mimpi aku dengan dia dekat majlis kenduri kahwin. Lepas tu dia cakap dekat aku 'nak ke tak nak' berulang kali. Aku pun dok fikir la apa maksudnya tu....." panjang lebar aku membebel. Takut pula si Zaida ini tidak faham. Harus la aku menerangkan secara lebih detail. Termasuk dari mana aku kenal Aril.

"Pergh! Asal kau tetibe mimpi dia ni? Jap jap jap! Entah entah ada something ni! It's a sign!" Zaida ni agaknya sudah jadi tidak betul macam aku. Sedap mulut dia saja kata petunjuk.

"Ish ni yang aku malas nak cerita ni" rungut aku.

"Fine! Macam ni kau sekarang"

"Dah siapa suruh kau merepek sampai ke Afganistan?"

"Betul la. Kalau tak kenapa kau mimpi dia?"

"Ish kau ni. Abaikan jela cerita ni. Dah jom pergi call mak kau. Bergaduh dekat sini sampai bila takkan habis" sengaja aku menukar tajuk perbualan.

"Oh Gosh! Nasib kau ingat noni!" pantas sahaja dia menghilangkan diri daripada pandangan aku. Akhirnya, termakan juga dia dengan umpan aku. Kata aku dalam hati. Aku mengikut Zaida daripada belakang. Sesampai saja di public phone, aku menyandarkan diri pada tiang yang berada berdekatan dengan public phone itu. Orang ramai sedang beratur di hadapan untuk mengambil giliran. Barisannya panjang sekali. Aku tengok saja aku sudah naik bosan. Aku melilaukan mata ke arah lain. Di gelanggang badminton, terdapat segelintir jejaka senior sedang berkumpul. Apa yang diboraknya entah aku pun tak pasti. Ketawa sana ketawa sini. Hanya mereka yang memahami. Aku terlihat sesusuk tubuh yang aku kenali. Tidak lain tidak bukan, abang saudara aku, berada di antara jejaka yang berkumpul tadi. Huh! Fikir dia hot la tu. Hampeh! Langsung dia tidak ingin memandang aku. Aku ingat lagi kata-katanya yang membakar jiwa nurani aku ini. Tak guna!

["Wei nun!" Dzafran memanggil aku dari belakang. Aku menoleh.

"Apa?" sahut aku lemah. Dia semakin menghampiri aku. Mukanya tegang. Tidak menampakkan senyuman. Ah sudah! Apa pula kali ni.

"Malu kau tau tak!" perlahan-lahan dia menengking aku takut orang ramai dengar. What the? Dah kenapa mamat ni?

"Kalau kat sekolah tu, kau jauh-jauh la sikit dari aku. Anggap aku tak ada kaitan dengan kau. Bukan apa, kau tu form one. Budak baru nak up. Kau kena jauh jauh sikit dari aku. Kan tadi aku dah kena bahan dengan kawan-kawan aku! Malu kau tau tak!" habis saja membebel, dia pergi meninggalkan aku. Wah! Panasnya hati aku. Sampai hati dia buat adik saudara dia macam ni. Huh! Tak faham betul budak zaman sekarang ni. Mengejar sangat populariti dunia. Sampai sanggup abaikan keluarga. Tak guna!]

Aku mengetap bibir. Mengingat kata-katanya itu membuatkan aku sakit hati walaupun sudah dua tahun berlalu. Aku memandangnya tajam. Dalam hati, sudah aku sumpah sumpah makhluk gemuk itu. Tanpa disedari, aku terasa diperhatikan. Aku memandang ke arah sesusuk tubuh yang tegap. Dia sedang memandang aku. Mata kami bertentangan buat beberapa saat lamanya. Eh jap! Tu bukan ke..? Aku memandang sekali lagi untuk membuat kepastian. Ya aku pasti itu dia.

"Woi! Pandang siapa tu?" aku tersentak. Haish kacau daun jer Zaida ni.

"Mana ada aku pandang sesiapa. Sibuk jer"

"Mana aku tak sibuk. Dah muka kau terkerut sana terkerut sini bak nampak gajah terbang tu pasai pa. Mesti la aku busybody nak tau. Yela. Kau kan sekarang suka berahsia. Mana tau kau nampak crush tapi sengaja tak nak bagitau aku" ujar Zaida.

"Memang nampak crush pun. Aril" bisik aku perlahan.

"Ha! Apa dia? Kau nampak Aril? Mana mana?" Aku sangka minah ni tak dengar apa yang aku cakap tadi. Siot betul! Kalau aku tak layan, sampai bila dia tidak akan melepaskan aku.

"Tu...." Aku menunjuk menggunakan muncung. Eh! Terkejut aku melihat gelanggang badminton itu yang kosong. Ke mana mereka menghilang?

"Kau jangan buat lawak la nun. Hambar kau tau tak"

"Ya Allah! Masalahnya siapa yang nampak sekarang ni? Aku kan! Sedap mulut kau jer cakap aku buat lawak. Cepuk kang" Geram aku dibuatnya.

"Dah tu mana dia? Kau pasti ke tu dia? Dengan kau yang tak pakai cermin matanya. Pasti?" Soal Zaida. Ya tak ya juga. Betulkah tadi itu dia? Ke cuma pelanduk dua serupa? Yela kan dalam dunia terdapat tujuh muka yang seiiras dengan kita. Mungkin yang tadi itu salah satunya. Haih! Salah aku juga tidak memakai cermin mata. Dah tahu rabun jauh, masih berdegil untuk memakainya. Takut muka kelihatan tua. Sudahnya, aku juga turut terjerumus dalam hal penampilan remaja.

"Woi! Aku tanya jawablah!" lamunan aku tersentak. Minah ni memang suka sangat kacau daun tau.

"Tak" jawab aku ringkas.

"Dah jom pergi kantin. Sambil tunggu ayah aku datang, aku belanja kau Cloud 9"

"Aik! Cloud 9 jer? Bajet tak cukup ke acane ni kak?" Sengaja aku mengusiknya. Padahal aku tidak kisah pun Cloud9 ke, Choki Choki ke, Sugus ke, Roti Bilis ke, aku terima seadanya. Janji ada orang belanja. Rezeki jangan ditolak dong!

"Diam ah!" Itu saja ayat yang mampu dia bicarakan. Sakit hati mungkin.


***

Hai duckies! Maaf chapter kali ni pendek je. Aku busy sikit lately.. so yeah. Marilah vote, berdosa tau jadi silent reader? Hee gurau je wak.. Jangan la benci saya ala awak ni :')

Vote dan komen ya babeh? 

Saranghae!




Crush Aku Mr DuckyWhere stories live. Discover now