ARIL !! Aku terbangun daripada mimpi tatkala namaku dipanggil berserta jeritan. Perlahanku membuka mata. Matahari sudah pun menyinari ruang bilikku. Aku mengeliat malas. Siapa yang berani kacau tidur aku ini? Bisikku dalam hati.
"Aril sayang.. mai la turun cepat..." lembut dia memanggilku. Namun, aku masih lagi dalam keadaan separuh sedar.
"Aril sayang!" kini panggilannya berlagu. Nanti dulu! Aku tersedar. Lekasku turun dari katil dan segera mendapatkan suara itu. Dengan penuh gesa, aku berlari menuruni anak tangga. Nahh hatiku senang. Aku tersenyum girang melihat wanita itu.
"Mummy!" seruku lantas dirinya dipeluk.
"Hi darling! I miss you so much" rambutku dibelai penuh kasih. Mummy menguncup dahiku lama. Aku memandang Aryan yang sepertinya cemburu. Dipalingkan mukanya ke arah lain.
Mummy melepaskan kucupannya. Aku menatap mukanya penuh mesra. Senyuman lebarku lemparkan. Sudah lama aku tidak bertemu dengan mummy, semenjak dia ke London enam bulan lepas.
"Oh wait! Mummy ada hadiah untuk kamu berdua" ujar mummy lalu mengeluarkan dua bungkusan hadiah dari begnya. Dua hadiah itu diberikan kepada aku dan Aryan. Aku membuka rapi balutan hadiah itu. Senyumanku terukir apabila melihat sepasang kasut hitam berjenama Salvatore Ferragamo Italia, tersusun cantik dan berkilat di dalam kotak. Wow! Sudah pasti mahal.
"Thanks mummy!" ujarku.
"Welcome darl.. incase you need it to go for a date" mummy mengenyitkan sebelah mata. Yes I need it for a date. Just for dating.
"Mummy! Thanks a lot!" giliran Aryan memeluk mummy, erat. Aku meninjau ke dalam kotak hadiahnya. Kemeja putih beserta tali leher, seluar hitam dan kasut yang sama jenama denganku. Lengkap. Kini aku pula mengalihkan pandangan ke tempat lain. Cemburu.
"Welcome too sweetheart.. Memandangkan tahun ni abang habis sekolah, so this is for college. No offense Aril!" mummy seakan tahu apa yang sedang bermain di fikiran. Fine!
Hari berjalan dengan pantas. Tanpa disedari, sudah tiga hari mummy berada di rumah. Sepanjang keberadaan mummy di sini, keadaan menjadi terkawal. Hubungan aku dan Aryan kembali seperti adik dan abang. Dia juga tidak berperangai seperti orang gila. Pakaiannya kemas dan teratur. Bibik juga menjadi sangat pendiam. Bagus!
Kami bertiga duduk di meja makan untuk makan malam. Sudah lama aku tidak merasa masakan bibik. Iyalah, aku saja selalu keluar makan di restauran bersama Hariz. Oh ya.. cakap mengenai Hariz, dia kelihatan marah padaku tentang kejadiaan tempoh hari. Panggilanku tidak berjawab meskipun sudah berpuluh kali aku menelefonnya. Marah sangat tu. Tidak mengapalah. Buka sekolah nanti, aku cuba untuk mengambil hatinya semula. Chill.
Makan malam berlangsung dengan baik. Perutku penuh setelah menambah nasi untuk kali yang ketiga. Sedap juga masakan bibik. Beerrrkk! Aku kekenyangan.
Setelah makan malam, aku membawa diri ke bilik. Perut kenyang, mata pun kian layu. Aku melabuhkan duduk di penjuru katil, berhasrat untuk tidur.
Tuk! Tuk!
Pintu bilik diketuk.
"Masuk!"
Mummy tersenyum mesra. Dia melabuhkan duduk di sebelahku.
"Aril" ujar mummy lembut.
"Ya mummy"
"I'm here for you now" tanganku diusap lembut. Terasa kasih sayangnya mengalir ke tubuhku. Entah mengapa, semenjak mummy pulang hatiku senang tersentuh. Wajah mummyku tatap penuh tanda tanya. Mengapa tiba-tiba dia berkata begitu?
YOU ARE READING
Crush Aku Mr Ducky
Novela JuvenilDaripada sekolah rendah Aku bersama rakan karibku, Erina, menghendap Aril. Siapa Aril? Of course la "ke-rash". Namun, kami terpisah akan kerana Aril yang melonjak naik ke alam remaja. Kenangan di sekolah rendah berlalu dengan begitu cepat. Beberapa...