"Auni! Cepat la sikit jalan itu. Aku sudah lapar ini. Kang disebabkan speed kau yang macam siput itu tidak dapat chop tempat duduk. Makan pun tidak dapat. Kau tahu saja la keadaan kantin itu macam mana. Cepat la!" bebel Izzah. Membingitkan telingaku.
"Kau ini kan! Dua kali lima saja dengan Zaida. Tidak boleh tengok aku rileks sedikit. Membebel saja kerja. Tidak penat ke? Asyik bercakap saja. Rehat rehatkan la mulut korang tu. Kang tidak pasal-pasal mulut itu tidak mampu tutup. Nauzubillahiminzalik" giliran aku pula membebel.
"Huk aloh. Dia pun sama saja. Cakap orang. Puih!" balas Zaida.
"Siapa cakap? Aku pendiam apa" Dengar saja pengakuan palsu aku itu, cepat-cepat mereka memukul aku.
"Sakit la!" Aku mengerun kesakitan. Badan saja kurus tetapi bab memukul mengalahkan badak sumbu! Mereka berdua mendahului aku. Haih! Sudah buat aku sakit, tinggalkan aku pula. Kuajaqq!
Aku berjalan menghampiri kantin. Tangan aku pula sibuk memegang tempat yang dipukul dua ekor makhluk tadi. Masih merasakan kesakitan itu. Aku memandang ke hadapan. Tiga orang budak lelaki senior sedang berjalan ke arah aku. Langkah aku menjadi perlahan. Tidak percaya apa yang aku lihat. Antara mereka, si pelanduk dua serupa itu sedang memerhatikan aku. Sebelum mereka melintasi aku, tiba-tiba. . .
"Hai Auni!" Salah seorang daripada mereka menegurku.
"Hai" segera aku membalas walaupun sebenarnya aku terkejut akan tegurannya. Mereka kemudian melintasi aku.
"Ha! Itu la Auni, Ril" Langkah aku terus termati. Aku terkesima. Aku toleh ke belakang. Si pelanduk dua serupa itu sedang menyiku kawannya yang tadi. Kemudian dia menoleh ke belakang dan mata kami bertentangan lagi. Aku yang seakan terkejut terus mengalihkan pandangan. Tidak mahu dia perasan.
"Auni Afiqah! Buat apa tercegat dekat situ lagi MasyaaAllah!" Sekali lagi aku tersentak dengan helah 'kacau daun' si Zaida ini. Tetapi nasib baik jugalah dia berbuat sebegitu rupa walaupun agak annoying. Sekurang-kurangnya tidak adalah aku tercegat di situ sepanjang masa. Apa pula kata orang nanti.
Aku pergi ke arah dimana Zaida dan Izzah sedang makan. Aku duduk. Termenung seorang diri. Apa maksud dia tadi? Dia kenal aku ke? Tapi macam mana pula dia kenal aku? OMG! Melainkan dia ....
BAH!! Satu suara memeranjatkan aku dari arah belakang.
"Opocot Aril kau!" dengan sendirinya aku melatah nama Aril. Pada masa yang sama, satu kantin memandang aku. Ada yang mula berbisik, dan ada juga yang memandang aku tidak puas hati sebaik mendengar nama Aril. Aye! Popular sangat ke Aril di sekolah ini sehingga semua orang berbisik bisik. Dah macam cerita korea la pula. Bisik hatiku pula.
"Kau dah kenapa sewel tiba-tiba melatah nama dia?" Soal Zulaikha yang tadi memeranjatkan aku. Di sebelahnya, Niki sedang ketawa mendengar aku melatah. Aye! Aku cepuk jugak budak ni nanti.
"Dah itu! Siapa suruh terkejutkan aku!" aku bercekak pinggang. Memikirkan kembali ayat Zulaikha sebentar tadi. Dia? .. "Eh jap! Kau kenal dia ke Zu?" Aku menyoal kembali.
"Mestilah aku kenal. Tapi kenal macam itu saja la. Itu pun aku tahu daripada abang aku" jawab Zulaikha.
"So betul la nama dia Aril?" Zulaikha hanya mengangguk. Senyuman aku mula mekar di bibir. Entah apa yang aku rasa sekarang ini. Perasaan yang tidak dapat aku ungkapkan. Oh Gosh!
"Yang kau tersenyum seorang seorang ini dah kenapa?" soal Niki bingung.
Aku hanya mendiamkan diri. "Jom pergi makan! Macam lapar pula perut ini"
"Aigoo! Aigoo! Tukar topik lagi nampak. Anyway aku tak mahu makan" ujar Niki.
"Ah lantak kau lah. Yang penting sekarang ini aku hendak pergi makan. Kau orang nak join tak nak join up to you guys" kata aku tegas.
"Nak join apanya? Kita orang dah beli makanan dah pun. Kau itu yang dari tadi duk tercegat kat situ." Kata Izzah.
"How dare you alls tinggalkan I. Ni yang marah ni!" Aku beredar daripada situ dan terus menuju ke bahagian makanan. Lagi dilayan mereka ini lagi lapar aku dibuatnya. Tetapi kepala aku sibuk memikirkan tentang mamat itu sebentar tadi. Apa yang dimaksudkan oleh kawannya itu? Adakah dia kenal aku? Ataupun ..... Ah! Sudah la Auni! Apa pula kau hendak sibuk pasal dia. Lagi bagus kalau kau makan saja. Ya! Makan! Makan dapat menggembirakan hati aku.
Lalu aku pun beratur menunggu giliran untuk membeli bihun sup kegemaranku.
.___________________ .
"Aduh! Perut aku mengulas" Aku mengeran kesakitan.
"Itulah kau ini! Makan banyak sangat ini la padahnya! Konon nak hilangkan stress la apa la. Lepas itu sakit perut. Elok sangat la tu" bebel Ellyza, yang merupakan salah seorang geng aku. Dia ini kalau bab membebel memang nombor satu. Aku sendiri pun tidak boleh membantah. Dia seorang yang berfikiran matang. Jauh sekali jika hendak dibandingkan aku dengan yang lain. Dia lebih suka bersendirian. Membaca novel cintan cintun adalah salah satu hobinya.
"Ya salah aku. Aku makan banyak. Tapi bihun itu sedap sangat , itu yang aku order sampai 3 ringgit tu hee" Aku tersengih bagaikan kerang busuk, meminta simpati.
"Aku dengan Zaida nak balik dah ni. Sini pula kau buat hal. Kau ok tak?" Tanya Izzah.
"Tak apalah. Korang balik je. Aku tak kisah." Kata aku, menahan kesakitan.
"Tengok keadaan kau ini macam cacing kepanasan saja. Agaknya kau nak ter........."
"Wei! Aku nak pergi tandas. Nak keguguran dah ni. Kau orang nak balikkan? Ok Tatatititutu. Jumpa esok!" Belum sempat Niki menghabiskan ayatnya, aku sudah memotong. Aku bersalaman dengan mereka dan terus berlari menuju ke tandas. Sengaja aku menukarkan ayat 'melabur' menjadi 'keguguran' sebagai password aku dan geng aku yang lain. Mereka sahaja yang memahaminya.
Aku sungguh tidak tahan. Kenapa la aku makan banyak sangat tadi.
Aku membuka seribu langkah menuju ke tandas. Tetapi tandas yang begitu jauh itu menyiksa jiwa nurani ini. Ah sudah! Berjiwa nurani pula aku dekat sini. Tiba-tiba.....
SHRUSHHHHH !!!
"Woi! Buta ke!" habis bergema satu blok dengan suara lantangnya itu.
"Maaf saya terlanggar" aku tertunduk takut. Aku tidak berani memandang. Aku dapat merasakan orang ini memandang aku dengan renungan yang tidak puas hati. Ish! Tengah aku sakit perut sini pula aku boleh terlanggar orang.
"Maaf? Maaf jenis apa ini? Tak sopan betul!" tegasnya. Dah kenapa dia ni. Aku sudah meminta maaf, maafkan saja la. Aduh! Bisik hati aku.
"Apa yang tak sopannya?"
"Ewah ewah! Perempuan ni! Menjawab pula dia" Tegas dia menjawab. Apa! Dia panggil aku perempuan? Berani dia!
"Berani kau panggil aku perem....." Kata-kata aku terhenti sebaik sahaja aku mendongakkan kepala. "puannnn..." Aku seolah-olah tidak boleh mempercayai apa yang sedang aku lihat. Aku terkaku. Rasa keguguran tadi terus hilang. Apa aku nak buat ni?
***
Pfftt.. nampak tak aku buat bab ni ala-ala korea sikit? Ala banyak la cerita korea sama macam ni. Kalau tengok dekat SBS, berlambak. Konon tengah rushing nak pergi kerja, last2 tertumpahkan air coke dekat baju lelaki tu. Acewahh.. Tapi ni aku ubah sikit.. rushing sebab tak tahan nak buang air besar. Clishe hahahahahah!
Seperti biasa, jangan lupa vote dan komen ya?

YOU ARE READING
Crush Aku Mr Ducky
Teen FictionDaripada sekolah rendah Aku bersama rakan karibku, Erina, menghendap Aril. Siapa Aril? Of course la "ke-rash". Namun, kami terpisah akan kerana Aril yang melonjak naik ke alam remaja. Kenangan di sekolah rendah berlalu dengan begitu cepat. Beberapa...