Aku merenung soalan math yang berada di hadapan aku. Linear Equation. Berapa banyak kali aku membaca soalan, tetap aku tidak faham. Hanya soalan sahaja yang mampu aku salin. Jawapan? Tinggalkan ruang. Memang itu sudah menjadi kebiasaan bagi budak PT3. Aku mengurut kepalaku. Tiba-tiba rasa mengantuk la pula! Ah! Esok sajalah aku sambung sekali gus bertanya kepada cikgu. Dengan pantasnya aku menggantikan buku dengan laptop. Aku buka facebook. Aik! Buka facebook tak mengantuk la pula. Gedik betul.
"Wuu siapa chat aku ni? Tengok kejap la siapa. Macam ramai je" dengan perasaan bangga aku klik button chat. Harap-harap mamat hensem yang tegur aku. Aku berharap dalam hati.
Sivabarathi
Auni, esok pengawas ada meeting ke... (2) 5 hours ago
Smart Guy
Hye (1) A week ago
Thedererin
Aril Hensem tadi...... (3) 35 minutes ago
Chibisan
Typing..... (1) 1 second ago
Syafiq Haiqal Anderson
Babe, reply please (12) 2 hours ago
Harapan aku musnah apabila mendapati tiada mamat hensem yang menegur aku. Tidak mengapalah. Aku tidak peduli pun. Yang menarik perhatian aku sekarang ini, chat daripada Syafiq. Bukan kemain banyak dia sent. Dua belas mesej. Fuh! Apa dia agaknya. Aku klik mesej daripada Syafiq.
Syafiq Haiqal Anderson
Auni
U marah dekat I lagi ke
Pasal sketchbook tu
Hehe.. sorry la
Saja nak sweet dengan u
Hahahahahahahahaha
U? sibuk ke?
Hello? Online la cepat!
Tak rindu I ke?
Hello?!!!!!
Babe, reply please
Ish dia ni! Menyibuk saja. Cerita lama diungkit balik. Memang nak kena dia ni!
Auni Afiqah
Diam la Syafiq! Menyibuk tahu menyibuk?
M.E.N.Y.I.B.U.K *Please eja satu2 kalau tak reti nak sebut!*
Syafiq Haiqal Anderson
I.L.O.V.E Y.O.U *Please eja satu2 kalau tak reti nak sebut!*
This person cannot send any message to you now. Please unblock to continue chat.
Huh! Baru puas hati aku! Aku block terus. Padan muka! Sudah la perasan diri lahir di New York, mengacau pula. Menyampah!
Tidak dapat aku sembunyikan perasaan menyampah aku terhadap Syafiq. Ikutkan hati, mahu saja aku baling laptop aku ini ke dinding. Kalau aku anak orang kaya, boleh juga aku berbuat demikian. Tidak sampai sehari, sudah dapat laptop baru. Perghh!
~ When you ready come and get it naa naa naa.. naa naa naa ~
Telefon aku berbunyi. Aku bergegas mengambil telefon aku yang terletak di atas katil. Aku lihat pada skrin. Tiada nama. Aihh! Aku memang pantang sekali nombor yang tidak ada nama ini. Bukan apa, dibuatnya ini orang jahat tidakkah itu sudah menjadi sesuatu yang menakutkan. Sudah la menelefon aku di tengah malam. Ah sudah! Mula la aku berfikiran negatif. Nak angkat ke tidak? Aku masih ragu-ragu. Ah angkat sajalah. Mana tahu ini sesuatu yang penting. Aku slide skrin untuk menjawab panggilan.
"Hello" aku mendahului perbualan dengan ramah.
"Auni!! Kenapa I tak boleh hantar chat dekat you? You block I kan? Kenapa layan I macam ni?" Lahhhhh! Lelaki ini lagi. Tidak habis-habis mengacau hidup aku. Menyesal aku angkat fon.
"Auni! Kenapa you diam. Jawab la! Tak boleh ke layan I baik sikit. I kan soulmate you" welk! sikit saja lagi aku hendak termuntah. Soulmate? Pfftt... Jijik!
"Macam mana aku nak layan kau dengan baik? Dengan perangai kau yang entah apa-apa ni, penat kau tahu tak! Sudah, jangan kacau aku! Anyeong!!" segera aku menamatkan perbualan. Malas aku hendak melayan budak psycho. Makin dilayan makin melarat jadinya. Baik aku diam.
~ When you ready come and get it naa naa naa.. naa naa naa ~
Sekali lagi telefon aku berbunyi. Sah! Mesti Syafiq lagi. Huh! Jangan harap kali ini aku nak angkat. Aku biarkan ia berbunyi berkali-kali. Rasakan!
"Auni! Baik kau jawab telefon kau tu sebelum aku campak ke luar. Memekak je!" dari luar bilik, kedengaran kakakku sedang mengamuk. Hish! Aku dengan geram, terus menjawab panggilan.
"Kau nak apa lagi! Tak puas lagi ke mengacau aku? Dah la kau call aku malam-malam. Cakap benda yang tidak berfaedah pula tu! Bosan la lelaki macam ni!" panjang lebar aku berleter.
"Bosan?" ringkas saja Syafiq menjawab. Suaranya sedikit berbeza berbanding sebelum ini.
"Iya! Bosan.. Lelaki macam kau ni membosankan. Lagi bosan daripada belajar Sejarah!"
"Bosan bosan aku ini, aku bagi juga kau pinjam belakang aku" aih! Sudah kenapa Syafiq ini? Mengigau ke apa? Apa pula kena mengena dengan belakang di...aaaaa..... GULP!
Aku terkaku. Mulutku terkunci. Mana Syafiq tahu tentang hal itu? Aku lihat semula pada skrin telefon. Tetap tiada nama. Ah! Mungkin Syafiq sengaja mahu mempermainkan aku. Fikirku selamba.
"Hei Syafiq! Jangan main-main la.. Aku tahu ini kau. Tak payah berpura-pura"
" Syafiq? Siapa Syafiq? Berpura-pura? Huh! Bila masa aku berpura-pura?" bertimbun soalan yang dituju oleh Syafiq. "Kau merepek apa ini perempuan! Aku Aril! Sarjan Zafril! Aril Zafril Darwisy!" sambungnya.
"Sudah la Syafiq.. Tak ada gunanya kau berpura-pura. Kau nak kata kau ini Sarjan Zafril? Hahahahaha! Lagi aku tak percaya. Sarjan Zafril tu kalau kau nak tahu, dia tak akan cakap lembut dengan aku. Suara dia romantik! Muka hensem bukan macam kau! Perangai mengalahkan hantu! Kau tahu hantu!" tiba-tiba Syafiq terdiam buat beberapa saat.
"Ehem ehem.. hensem? Ermm hensem macam mana tu?" soal Syafiq. Syafiq memang pelik malam ini. Ada sesuatu yang aneh tentang Syafiq sepanjang perbualan kami.
"Dah nama pun Aril Zafril, of course la mukanya pun hensem macam pelakon Aeril Zafriel tu.. Yang kau banyak tanya ni kenapa? Sudah la.. buang masa saja layan kau. Dah! Anyeong!"
"Woi! Aku tak habis cakap lagi......" tuuttttttttt!!!!! Talian diputuskan. Huh! Baru puas hati aku. Lihat sajalah di sekolah nanti, sudah pasti Syafiq akan memarahi aku. Ah! Tidak kisah la aku dengan mamat New York tidak guna itu. Daripada fikirkan dia, lebih baik fikirkan Aril. Oh My Aril! Kenapa kau hensem sangat. Why!
Segera aku memainkan lagu kegemaran aku, 'You belong with me' milik Taylor Swift, sambil melayani hatiku yang sedang dilamun cinta Sarjan Zafril.
![](https://img.wattpad.com/cover/58386271-288-k36643.jpg)
YOU ARE READING
Crush Aku Mr Ducky
Teen FictionDaripada sekolah rendah Aku bersama rakan karibku, Erina, menghendap Aril. Siapa Aril? Of course la "ke-rash". Namun, kami terpisah akan kerana Aril yang melonjak naik ke alam remaja. Kenangan di sekolah rendah berlalu dengan begitu cepat. Beberapa...