Aku mencari nama aku pada papan kenyataan. Agak susah untuk mencari kerana ramai pengawas lain yang turut berhimpit mencari nama mereka. Setakat mencari nama untuk ketahui tempat jaga sahaja itu pun mereka hendak kecoh. Lain la kalau mencari nama untuk kelayakan Akademi Fantasia, baru la boleh berhimpit seperti sardin. Aku tersengih sendirian. Aku membiarkan mereka berhimpit selama beberapa minit. Maklumlah, mereka terlalu teruja mendapat tugasan pertama pada sesi pagi. Setelah keadaan menjadi tenang, aku mula mencari namaku.
"Oh yes! Kumpulan enam.. Siapa pula ketua kumpulan aku ni? Yushaireen? Tak pernah kenal. Ah apa apa sajalah. So minggu ni aku jaga..." erk! Aku terpaku. Blok D? OMG!!!!!! Kenapa aku kena jaga blok itu! Aku tidak setuju. Sangat tidak setuju! Kebetulan di sebelah papan kenyataan ini bilik pengawas. Aku pergi mendapatkan senior aku yang bertanggungjawab membuat jadual bertugas ini. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik itu, semua pengawas yang berjawatan tinggi serentak memandang aku. Cuak pula rasa. Ini merupakan tahun pertama aku berjumpa dengan senior senior selepas berpindah ke sesi pagi. Mahu cakap apa ini?
"Ye ada apa dik?" Salah seorang senior menegur aku. Aku tersentak. Melihat abang dan kakak senior ini aku semakin resah.
"Ss..saya nak jumpa dengan emmm....." tergagap aku menjawab. Come on Auni! Jangan biarkan mereka menganggap kau pengawas penakut! "Saya nak jumpa dengan orang yang buat jadual ini" dengan penuh yakin aku bersuara. Mereka berpandangan satu sama lain. Salah seorang daripada mereka bangun daripada tempat duduknya. Dia membawa aku keluar daripada bilik itu.
"Adik nak cakap apa?" sedikit senyuman terukir di bibirnya. Walaupun cuma sedikit, tapi itu sudah membuatkan aku berasa lega.
"Maaf ye kak. Tapi saya rasa saya tidak mampu bertugas di Blok D itu. Boleh bagi saya bertugas di tempat lain?" aku memprotes.
"La kenapa pula? Apa masalah dengan blok tu?" tanyanya penuh hemah. Dengan caranya sahaja, aku sudah tahu dia seorang yang baik.
"Blok tu tak ada masalah. Yang bermasalah sekarang ni murid murid tu" Huh! Macam aku tidak tahu. Blok itu dipenuhi dengan murid tingkatan 4 yang berperangai hantu. Kenapa mesti aku yang harus bertugas di situ? Kenapa! Senior perempuan itu hanya ketawa.
"Adik..." dia memandang tanda nama pada tudung biru aku. "Auni, Sebagai pengawas kita kenalah bertugas seperti apa yang diarahkan. Tugas pengawas memang kena awasi murid-murid nakal. Kalau nak jaga murid yang baik saja, sampai bila murid yang nakal hendak dibendung? Betul tak?" aku hanya mengangguk.
"Jadi Auni kena la bertahan selama sebulan. Selepas itu, Auni akan ditukarkan ke tempat yang lain. Ok? Dah sekarang pergi bertugas. Nanti lambat pula" aku hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Kata-katanya memberikan aku semangat untuk bertugas di blok yang penuh dengan hantu itu. Kejap! Siapa nama kakak tadi?
"Akak!" aku memanggilnya daripada jauh. Dia menoleh seria tersenyum. "Apa nama akak?" senyumannya semakin lebar.
"Niezwa" dia tersenyum sambil membuat 'peace' dan kembali masuk ke dalam bilik pengawas. Sedapnya nama dia. Sudah la orangnya cantik. Putih berseri. Baik. Haih! Best jadi orang cantik ini. Aku mula melangkah ke Blok D. Harap semuanya baik-baik sahaja.
.___________________ .
Seperti apa yang aku bayangkan, blok yang penuh dengan hantu ini tidak pernah berhenti membuat bising. Ada yang membaling kertas dari tingkat atas ke bawah. Ada yang berdating di koridor. Ada yang melepak di tangga. Memandangkan aku lebih muda daripada mereka, jadi aku harus menggunakan kata-kata yang sopan dan menghormati mereka sebagai senior. Aku memulakan tugas di tingkat tiga. Tingkat yang teratas. Dengan penuh kesabaran aku melangkah satu demi satu anak tangga itu. Sampai sahaja di tingkat atas, terdapat segelintir budak lelaki yang sedang tertawa akan sesuatu. Dengan berani aku mendekatkan diri untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Majalah K-pop? Biar betul! Muka bengis macam ini suka K-pop? Pfftt. Aku tertawa kecil.
YOU ARE READING
Crush Aku Mr Ducky
Teen FictionDaripada sekolah rendah Aku bersama rakan karibku, Erina, menghendap Aril. Siapa Aril? Of course la "ke-rash". Namun, kami terpisah akan kerana Aril yang melonjak naik ke alam remaja. Kenangan di sekolah rendah berlalu dengan begitu cepat. Beberapa...