"Mana pula perempuan ni! Sudah pukul berapa ni. Tak akan tak datang kot" aku berleter sendirian.
"Ha! Cari siapa tu?" Hariz menyergah. Aku sama sekali tidak terkejut.
"Perempuan!" aku menjeling. Menyibuk!
"Aku tahu la perempuan. Tak akan pondan kot" sambung Hariz.
"Dah tu?"
"Aku nak la tahu siapa yang buat kau tertunggu tunggu ni. Mangsa seterus kau ke? Nama dia siapa? Aku kenal ke tidak? Jap! Ke Balqis? Atau Farha? Dayana? Tasya? or the latest one, err sof..sof..siapa ye nama dia.. sof.." sambil memetik jari Hariz berfikir. "Sofia!" sambung Hariz sambil mengangkat keningnya berkali-kali.
"Ish kau ini!" aku mengacah untuk menumbuknya.
"What! Betul apa.. kau cerewet pilih perempuan and kau mempermainkan diorang. So who's next?" Memang benar. Aku memang sama sekali cerewet untuk memilih perempuan. Bagi aku semua perempuan sama!
"Banyak banyak je kau list. Baik kau sebut semua nama je"perli aku.
"Eh mesti! Kalau boleh, setiap alphabet aku senaraikan. Mula dari A to Z.. Amelia, Balqis, Catherine...lepastu D, Dami.."
"Sudah! Sudah! Sekarang bukan masanya kau nak senaraikan nama-nama ex aku. Sekarang ini latihan kawad! Pergi berlatih sebelum aku sepak terajang punggung kau!" angin sarjanku sudah membara. Peranan sudahku tunjukkan. Mahu saja kaki aku naik ke punggung Hariz. Tidak kiralah dia kawan baik aku atau sesiapa sahaja, itu sudah menjadi kerja buatku. Menjadi seorang yang tegas dan ditakuti.
" Ish! Yela yela.." dengan muka masam, Hariz masuk semula ke dalam barisan. Mataku kembali mencari perempuan tidak guna itu. Masih lagi tidak menampakkan gerangannya. Sebagai sarjan kadet bomba, aku memang pantang sekali orang yang tidak menghadirkan diri sewaktu latihan. Nak kena dia ini! Sudah kena lari lima puluh pusingan pun, tidak takut lagi? Luar biasa! Kau tunggu saja Auni. Just wait and see for my next plan. Heh!
.___________________ .
"Ha! Padan muka! Jangan harap aku nak datang latihan kawad! Hahahahahahahahahaha!! Puasnya hati aku!" Aku ketawa sendirian. Boleh dikatakan, hampir semua orang di kantin memandang pelik ke arahku. Peduli apa! Hati sedang gembira. Harus diraikan. Ya!
"Noni!!!!!!!" tiba-tiba sahaja Erina berlari ke arah aku. Ah! Kacau mood aku sajalah Erina ini. Baru hendak bergembira sedikit, sudah kacau. Berseluar celoreng? Sah! Ini mesti baru lepas kawad. Ada berita la tu ~
"Noni!! Guess what?" mukanya pucat seria ketakutan. Sudah kenapa budak ini? Kena sampuk ke?
"What?" ringkas aku membalas.
"Aaa..Aril.. tadi dia mengamuk. Gila! Semua orang dia denda. Semua sebab kau!" mengamuk? Sebab aku? Hahahahahahahahahaha!! Bagus! Inilah yang aku mahu.
"Oh ye?" sengaja aku berpura-pura tidak berminat untuk mengambil tahu.
"Ya! Kau tahu tak minggu ni minggu last dia kena submit nama dengan IC budak-budak yang masuk kawad dekat Cikgu Zaim. And nama kau seorang saja yang belum ada IC dengan nombor telefon. Lepas itu kau pula tak datang latihan hari ini. Mana dia tidak mengamuk" gulp! Sungguh aku terlupa akan kata-katanya semalam.
["Esok jangan lupa ada latihan kawad! Kau tak datang siap kau!" ]
Aku bingkas bangun. Gusar. Seram. Takut. Itulah perasaan yang dapat aku gambarkan.
YOU ARE READING
Crush Aku Mr Ducky
Teen FictionDaripada sekolah rendah Aku bersama rakan karibku, Erina, menghendap Aril. Siapa Aril? Of course la "ke-rash". Namun, kami terpisah akan kerana Aril yang melonjak naik ke alam remaja. Kenangan di sekolah rendah berlalu dengan begitu cepat. Beberapa...