Bab 19 : Kesal bersalut ego

202 14 12
                                    

"Arghhh!!!!!! Aku benci dia!" tersedu-sedu aku menangis. Sebiji budak kecil.

"Tula kau! Baik sangat nak pergi melawat dia" herdik Afiqah. Aku lagi sedih, dia lagi marah. Tidak guna!

"Nasib baik kau guna otak. Kalau tidak, macam mana kau nak balik?!" ujar Afiqah lagi. Ya.. Mujur saja aku menggunakan otak. Dalam keadaan terdesak seperti itu, terpaksa aku menghubungi Dzafran, siapa lagi kalau bukan abang saudara aku yang tidak berguna itu!

Mukanya masam saja sepanjang perjalanan. Aku juga! Sudah la terpaksa membonceng, tudungku pula menjadi tidak betul disebabkan helmet. Tambah pula air mata yang tidak tahan untuk meletus. Ku arahkan Dzafran untuk berhenti di rumah Afiqah. Mujur saja rumahnya berdekatan di sini. Entah mengapa, aku berasa selesa berkawan dengannya. Semenjak spotcheck hari itu, aku mulai rapat dengan Afiqah. Selalu juga aku pergi ke rumah Afiqah untuk belajar bersama. Banyak perkara yang telahku ceritakan kepadanya. Ada masalah sedikit, aku mengadu kepada Afiqah. Tidakku duga, dia pandai memberi nasihat. Orangnya kecil dan comel sahaja tetapi nasihatnya begitu luas dan ada benarnya juga. Aku memberitahu mama bahawa aku akan menginap di rumah Afiqah untuk beberapa hari. Kebetulan cuti sekolah seminggu.

"Wei.. Dia samakan aku dengan perempuan lain wei!! Uhuk uhuk!" setakat ini, aku tidak tahu sudah berapa kotak tisuku habiskan. Kasihan Afiqah.

"Actually aku tak faham tau. Jenis perempuan macam mana dia maksudkan tu?" Afiqah membetulkan posisi duduknya. Berminat untuk mengambil tahu.

"Ala yang jenis suka cakap direct kalau diorang suka lelaki tu. Bagi surat apa semua"

"Lorhh.. macam tu je. Apa yang salahnya?" soal Afiqah.

"Kau ni tak faham la. Dia kan budak popular dekat sekolah tu. Mestila dia banyak gila secret admirer. And one more thing, mesti la dia rasa rimas" aku mendengus kasar. Geramku masih berbaki. Afiqah mencebik. Seolah-olah dia tidak dapat menerima kata-kataku.

"Rimas ke? I don't think so" aku mengangkat kening, meminta penjelasan daripada Afiqah. Air mata masih lagi mengalir.

"Kalau kau tengok mata dia dalam-dalam, apa yang kau nampak?"

"Soalan bodoh apa ni? Mesti la anak mata dia" jawabku, selamba. Satu lepukan hinggap ke lenganku. Auch!

"Fokus!"

"Fine! Aku nampak mata dia bersinar" terbayang aku wajahnya yang tampan itu. Hensemnya alahai...

"See?"

"Apa yang see?"

"Auni.. Melalui mata dia saja kau boleh tahu. Kata kau mind reader?" perli Afiqah. Aku mencebik. Lantas Afiqah menggelengkan kepala.

"You are so into him!"

"Excuse me?"

"Wake up! Aril kau tu dahagakan pujian. Dia nak diagung-agungkan oleh perempuan. Kalau tidak, kenapa dia plan semua ni kau rasa? Kenapa kau rasa dia tercabar bila kau cakap kau tak suka dia? Well, dia tak nak kalah.. that is the answer. And of course, victory is his" mataku terkedip. Kepalaku terangguk-angguk, tanda faham. Wow! Pandai juga Afiqah ini.

"Kenapa aku tidak pernah terfikir semua ini?"

"Sebab kau hanyut dalam permainan dia. Cinta itu buta..kan?" perli Afiqah. Aku menjelingnya. Bla bla bla... whatever!

Tidak semena-mena, aku telah memulakan peperangan. Jadi, aku perlukan rancangan untuk mengalahkan itik tidak guna itu. Nanti dulu, setakat ini aku masih belum memainkan peranan mentor aku dengan betul. Mungkin, aku perlu membuat sedikit perubahan pada diriku. Biar tampak tegas dan garang. Seperti Abang Aryan, disegani dan ditakuti ramai. Abang Aryan... tentang Abang Aryan. Masihku tidak boleh menerima kenyataan bahawa dia merupakan abang kepada Aril. Tidak pernahku sangka. Aryan dan Aril? Patut la muka sama.

"Nah! Ni baju tidur lama aku" dicampaknya baju tidur itu ke mukaku. Hello Kitty?

"Berapa lama sebenarnya kau simpan baju ni?" aku menahan ketawa. Afiqah bercekak pinggang. Mukanya merah padam.

"Kau ni memang nak kena..." dikejarnya aku satu bilik. Ketawaku meletus. Kini aku tersenyum semula. Aku okay... Aku okay...

.___________________ .

"Kau gila ke Ril! Apa pasal kau pergi bawa perempuan tu ke sini..ha! Tak pasal-pasal dia dah tahu hubungan kita!" aku membiarkan Aryan untuk bercakap sendirian. Biar sajalah orang gila itu. Orang gila tetap saja gila..kan?

"Wei tak boleh do macam ni.. Tak boleh do!" Aryan seperti cacing kepanasan. Kehulur kehilir dia berjalan. Tiada hala tuju.

"Macam mana kalau dia dapat tahu.. Ril! Sekali tu je aku tolong kau..Ril! Aku ketua pengawas Ril" ujar Aryan, bimbang. Tahu pula dia takut.

"Kau yang buat salah tanggung la sendiri" ujarku, selamba.

Aryan terdiam. Dari ekor mataku, dia hanya memeluk tubuh. Ligat memikirkan sesuatu.

"Tak.. dia tak akan tahukan. Ya.. dia tak akan tahu punya" Aryan segera beredar dari bilikku. Membawa langkah ke biliknya. Gila.

Kini bilikku terasa sunyi. Hanya bertemankan bunyi jam di dinding. Mataku terasa berat. Hampirku terlelap di sofa. Tetapi niatku terbatal apabila mataku terpandang buah-buahan yang dibalut rapi bersama bakul itu. Aku terduduk. Perempuan itu lagi! Tidak habis-habis singgah di otak aku! Aku menghela nafas berat. Sekali lagi mataku tertarik kepada buah-buahan itu. Ah! Tak boleh jadi! Aku pergi mendapatkannya sekaligus membuka balutannya dengan rakus.

"Apa yang istimewa sangat buah ni. Mana yang istime..." entah dari mana, sekeping kad kecil jatuh ke lantai membuatkan aku meninjau ke bawah. Perlahanku mengambil lalu membukanya tidak berminat.

Dear Mr Ducky yang lagi poyo dan cover macho,

Aku harap kau dapat telan semua buah-buahan ni supaya kau boleh cepat sembuh. Mahal tau aku beli ni. Pfft.. Aku harap kau cepat sembuh. Ikutkan naluri aku yang jahat ni, aku taknak kau sembuh tapi tulah nak buat macam mana, hati aku ni masih bertemakan manusia. Har har har...

P/S , aku tahu kau demam sebab kena hujan haritu. Lembik! :p

Apa-apa pun, 'mim.. ain.. alif.. fa'

Aku tersenyum senang. Kad itu ku tatap mesra. Ceh! Taknak aku sihat konon. Puii! Siapa yang poyo sekarang ni?

Sekali lagi aku menghela nafas berat lalu berbaring ke atas katil. Mim..ain..alif..fa? Aduh perempuan ni! Sudah la aku tidak berapa mahir tulisan jawi. Dia pula sibuk menyuruh aku memikirkannya. Cerdik!

Setelah lamaku berfikir, akhirnya aku pasrah. Aku tidak dapat menangkap maksud perkataan itu. Silingku pandang lama. Terbayang aku situasi petang tadi. Matanya berkaca. Sudah pasti hatinya terluka. Mengapa aku begitu kisah? Aku sudah menang. Apa lagi yang aku mahukan? Muncul satu perasaan, kesal. Kejam sangatkah aku?

***
Hei hei Duckies.. So how? Best? Gi mana ya cerita gue ini? Menarik enggak? Kalau menarik kasi tolong vote ya 😉

Next chapter will be updated in a few days *kot* 😂

Crush Aku Mr DuckyWhere stories live. Discover now