Gambar itu terletak kemas di dalam frame bersebelahan katilku. Setiap pagi aku melihatnya. Senyuman Aril begitu mempersona. Gambar Aril sahaja yang ditatap, tetapi bukan gambar aku. Sudah la hodoh, hitam pula tu. Jika dibandingkan kulit aku dan dia, jauh sangat bezanya. Patut la dia tidak suka aku. Fikirku sendiri.
Aku merenung gambar itu lama. Sudah lama aku tidak bertemu dengan Aril. Dua minggu selepas pertandingan kawad kaki, langsung aku tidak nampak kelibat Aril. Tiba-tiba terasa rindu. Sudah la selepas ini tiada latihan kawad, kebarangkalian aku dapat berjumpa dengannya sangat tipis. Pfft! Apa guna juga aku jadi mentornya. Aku sendiri juga tidak tahu apa fungsi aku menjadi mentor. Haish!
Aku menggigit tuala kecil di tanganku, geram dengan diri sendiri. Air dari rambutku menitik-nitik membasahi lantai. Tuala dibalut kemas mengelilingi badan.
Dari luar bilik, kedengaran riuh dengan suara-suara. Aikk! Siapa pula yang datang? Lantas aku bersiap. Ku capai tudung lalu menyarungkan di kepala. Aku bergegas keluar daripada bilik dan lantas pergi ke ruang tamu.
"Dinie!!" aku memeluk erat badannya. Dinie, sepupu rapatku dari Ipoh. Jarang kami dapat berjumpa dek kerana rumahnya yang jauh di Perak. Empat bulan sekali baru dia sekeluarga ke KL.
"Amboi.. Dinie dulu dia cari" mak teh bercekak pinggang seria melemparkan senyuman disebelah pak teh. Lantas aku menyalam tangan mereka berdua.
"Wei noni, kenapa hang makin gelap?" lelaki itu aku pandang tajam. Siapa lagi kalau bukan Imran si mulut laser! Perangai dua kali lima sahaja dengan Dzafran!
Mereka semua tertawa termasuk Dinie. Adik beradik ini memang suka ketawa. Cakap sajalah apa pun mesti ketawa. Entah apa yang lawaknya entah.
"Dia kata dia kawad.. boleh percaya tak?" kini Dzafran menyelit. Sejak bila pula dia kemari. Aduh!
"Sibuk la kau!" teriak aku.
"Serius kau masuk kawad?" soal Imran, sinis.
"Iye la.. kau dekat Ipoh sana mana tahu aku buat apa dekat KL ni.. lagi satu..." aku mula menepuk dada.. "dapat johan wei hahahahahaha!!"
"Pftt!" sindir Dzafran, lagi menyakitkan hati aku.
"Sudah sudah.. daripada bergaduh dekat sini lebik baik kau orang tolong pak teh angkat beg" arah mama.
Kami semua memberi bantuan. Selesai mengangkat beg mereka ke bilik tetamu, kami semua berkumpul di ruang tamu. Seperti biasa masing-masing sibuk berbual.
"Aku tetap tidak boleh move on la dengan muka noni, rasa macam berborak dengan orang minyak jerr" aku mengetap bibirku geram tatkala mendengar kata-kata Imran yang cukup pedas.
"Kau dah beli insuran belum? Kalau dah, meh sini aku cederakan mulut kau!"
"Tak matang langsung korang ni" aku menjeling Dzafran. Dinie yang dari tadi duduk di sebelahku terkekeh-kekeh ketawa melihat gelagat kami.
"Eleh, macam la kau itu matang sangat" sindirku.
"Matang! Sebab aku dah ada lesen motor. Kau ada? Tak ada kan? So diam!" pfft! Bodoh.. itu pun dikira matang ke? Ahh apa-apa sajalah.
Kek pisangku suapkan ke mulut. Terasa lapar pula. Mana tidaknya, aku saja belum sarapan. Mujur mama menghidangkan kek pisang dan teh o panas. Boleh la juga aku mengalas perut.
Teh O panas ku hirup lembut di hujung cawan.
"Eh ni aku nak tanya ni, apa kau buat dekat rumah si Aril tu?"
![](https://img.wattpad.com/cover/58386271-288-k36643.jpg)
YOU ARE READING
Crush Aku Mr Ducky
Teen FictionDaripada sekolah rendah Aku bersama rakan karibku, Erina, menghendap Aril. Siapa Aril? Of course la "ke-rash". Namun, kami terpisah akan kerana Aril yang melonjak naik ke alam remaja. Kenangan di sekolah rendah berlalu dengan begitu cepat. Beberapa...