"Wei Noni!! Budak tu hensem gila siot" tak habis habis si Erina ni menarik lengan baju aku. Aku yang tengah khusyuk membaca majalah Kpop ini sedikit terganggu.Aku tidak mengendahkannya. Sebaliknya, aku sambung membelek majalah E-Pop keluaran terbaru itu. Kelihatan Erina seperti 'Sotong' kepanasan dek ternampak siapa entah yang hensem. Aku memanggilnya sotong kerana tulangnya yang lembut seperti sotong. Aku pun tidak berani mengusiknya. Kadang-kadang bergurau pun aku was was. Takut pula aku mencederakan anak orang. Lebih lebih lagi yang bertulang lembut ni. Nauzubillahiminzalik!
"Noni! Kau dengar tak?!" Dinaikkan sedikit nada suaranya.
"Ya Erina aku dengar. Aku bukan pekak macam kau!" Sengaja aku memerlinya.
"Dah tu, asal kau tak layan aku tadi?" katanya sambil bercekak pinggang.
Aku terdiam. Malas aku mahu melayan karenah kawan aku yang seorang ini. Boleh dikatakan macam budak budak juga la perangai dia ni. Tapi apakan daya, dia seorang je yang memahami aku. Walau dia 'annoying' macam mana sekali pun, aku tetap gembira berkawan dengannya.
"Tengok tu! Diam lagi" rungut Erina. Haih! Ini kalau aku tak layan ni, boleh sampai sebulan dia bercekak pinggang dekat sini. Orang tak ada tulangkan! Mana reti erti lenguh.
"Mana budak yang hensem tu? Ha? Ha? Mana?" giliran aku pula yang bercekak pinggang. Sambil itu, mata aku liar mencari kelibat 'Budak hensem' itu di sekitar tapak perhimpunan.
Erina menarik aku merapati dirinya. Kedua dua tangannya diletakkan ke kepala aku. Dipusingkan kepala aku ke arah... err budak hensem tu mungkin?
"Nampak tak?"
"Mana? Tak nampak pun" rungut aku.
"Ish kau ni! Cuba kau tengok betul betul. Dia yang paling hensem dekat situ"
"Yang paling hensem? Tak ada yang hensem pun. Tu! Yang aku nampak cuma Kavi je. Ha tu pun boleh tahan la hensem dia. Tu ke yang kau kata hensem tu?" Ya memang benar. Ketika itu, aku hanya nampak Kavi seorang sahaja. Kavi Don. Budak India sekelas dengan kami. Duduk bersebelahan dengan aku ketika berada di dalam kelas. Aku pun tak berapa nak faham mengapa aku yang menjadi 'The Only One' yang harus duduk sebelah si tambi tu. Mungkin aku je yang sanggup tahan bau minyak wangi cap bunga si tambi tu.
"Ish kau ni buta agaknya. Tu ha! Dekat sa......" kata-kata Erina terhenti. Dia terdiam. Dia pun sedar hanya si tambi itu sahaja yang berada di situ. Aku tersengih.
"Tula.. lain kali, kau kena sure-kan dulu orangnya ada ke tak dekat situ. Baru la kau boleh kata aku ni buta. Macam aku ni ha! Aku dah sure dah kau tu pekak. Baru aku panggil kau pekak!" sindir aku. Sesekali best juga dapat mengenakan si Erina ni. Tak ada la asyik dia je yang menang. This is Auni ok! Everybody knows me.
"Eh serious tadi dia ada dekat situ. Mana pulak dia menghilang?"
"Mungkin dia tak tahan kot bau minyak wangi si Kavi tu" aku beranggapan sendiri. Ada betulnya juga kemungkinan dia lari sewaktu si tambi itu menghampirinya. Pandai jugak aku ni! Boleh jadi Sherlock Holmes.
"Heh banyak la kau! Jangan berangan kau boleh jadi macam Sherlock Holmes ye. Sorry to say but batang hidung kau ni memang tak layak!" jawab Erina seolah-olah dia mengerti apa yang tersimpan di fikiran aku.
"Batang hidung aku memang tak layak pun" jawab aku sambil menunjukkan lubang hidung. Sengaja aku mengusik Erina.
"Kau fikir lawa ke lubang hidung kau tu? Eeee tak makan aku sebulan" giliran dia pula menyindir aku. Lawa ke tak lawa ke, peduli apa aku. Janji aku dapat sakitkan hati kau. Baru padan muka. Bisik aku dalam hati.
YOU ARE READING
Crush Aku Mr Ducky
Teen FictionDaripada sekolah rendah Aku bersama rakan karibku, Erina, menghendap Aril. Siapa Aril? Of course la "ke-rash". Namun, kami terpisah akan kerana Aril yang melonjak naik ke alam remaja. Kenangan di sekolah rendah berlalu dengan begitu cepat. Beberapa...