BAB 2

438 12 0
                                    


Sejak dari itu banyak peraturan dan larangan buat Pak Salleh sekeluarga. Bagi Pak Salleh mahupun Mak Jah ianya bukan satu beban. Mereka sedar siapa mereka, hanya orang suruhan sahaja. Hendak tak hendak sudah setahun juga perkara itu berlaku.

Hubungan Iqram dan Khaira pun tidak serapat dahulu. Iqram terpaksa menjarakkan hubungannya dengan gadis itu kerana takut ibunya bertindak luar jangkaan. Puan Maztura pernah mengugut untuk memecat ibu bapa Khaira jika Iqram masih berkawan dengan Khaira. Khaira juga makin menjauhinya.

Iqram dan kedua adik tirinya pernah beberapa kali diingatkan supaya pentingkan darjat keluarga. Kali ini Puan Maztura lebih berkeras. Iqram dan Anis terpaksa akur. Siapakah mereka hendak membantah walaupun mereka tidak bersetuju.

Berlainan pula dengan Amani yang amat bersetuju dengan tindakan ibunya.

Iqram juga agak hairan kenapa ibunya terlalu pentingkan pangkat dan darjat, sedangkan mereka hanya orang biasa-biasa sahaja, bukan keturunan raja maupun anak Datuk ataupun Tan Sri.

Kehidupan mereka bertiga dikawal sepenuhnya oleh ibu mereka. Dari penampilan hingga ke masa depan. Ini tidak boleh, itu tidak boleh... banyak sangat pantang larang. Tambahan melibatkan golongan bawahan. Anak raja pun tidak berlagak, hidung tinggi seperti ibunya.

"Mommy, mommy...ada surat tidak untuk Along?" soal Iqram sewaktu balik dari sekolah. Memang sejak dua menjak ini, Iqram memang menanti jawapan permohonan kemasukannya ke MTD. Keputusan cemerlang dalam PT3 memang melayakkan Iqram untuk membuat permohonan.

"Entahlah mommy pun tidak tengok dalam peti surat lagi... Jah oh Jah?" pekiknya.

Mak Jah yang baru selesai mengangkat pakaian di jemuran, bergegas ke ruang tamu. Tangannya masih memeluk bakul berisi pakaian.

"Tengok dalam peti surat, ada surat Tuan Muda tak?" pinta Puan Maztura tanpa memandang pada orang gajinya itu. Tangannya sibuk menguis di skrin Tab.

"Tidak apa Mak Jah, biar Iqram yang ambil," kata Iqram sambil segera melangkah ke pintu pagar. Dia tahu jika dia tidak segera bergerak, sudah pasti ibunya akan suruh dia duduk dan menjerit pada Mak Jah supaya segera bertindak.

"Ada apa-apa yang tuan dan puan hendak lagi?" ujar Mak Jah lembut.

"Buatkan saya air fresh orange," arah Tuan Azman sambil menyelak majalah perniagaan.

"Darling, saya nak beritahu awak yang malam ini saya ada dinner."

"Dengan siapa? Saya kenal ke?" tanya Puan Maztura sambil mengasah jari tangannya.

"Tidak, awak tidak kenal. Kawan Tan Sri Isa, ahli perniagaan juga, katanya hendak jual syarikat resortnya. Itulah saya hendak tengok, manalah tahu boleh kembangkan IZE Holdings." kata Tuan Azman lagi.

"Kenapa dia hendak jual, tidak laku ke?.. Janganlah dibeli, nanti jadi beban syarikat sahaja." Puan Maztura memberi pendapat.

"Saya sudah kaji, resort dia profitable. Dia sudah tua, sudah tidak larat hendak usahakan syarikat sebab itu dia hendak jual," terang Tuan Azman.

"Eh!...Dia tidak ada anak-anak ke?"

Puan Maztura mula berminat.

"Ada ramai. Semua sudah ada kerjaya masing-masing... semua tidak mahu teruskan bisnes di sini. Sudah migrated duduk luar negara."

Puan Maztura hanya mengangguk. Nasib dia sudah ada perancangan untuk anak-anaknya dalam perniagaan. Iqram akan menjadi CEO IZE Holdings, manakala Amani dan Anis akan menjaga ALMA Berhad.

"Surat apa itu?" tegur Puan Maztura melihatkan anak sulungnya yang baru berusia 16 tahun itu tersenyum sambil membelik beberapa helaian kertas.

"Mommy... daddy, masa Along dapat Straight A untuk PT3 hari itu, mommy dan daddy dah janji akan tunaikan permintaan Along kan. Jadi sekarang Along nak tuntut..."

Tuan Azman dan Puan Maztura saling berpandangan dan kemudian mengangguk. Memang mereka ada berjanji.

"Apa permintaan Along?" tanya Tuan Azman. Majalah diletak ke tepi. Tumpuan diberi sepenuhnya pada Iqram. Walaupun Iqram anak tirinya tetapi sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Iqram menghulurkan kertas-kertas di tangannya.

"Along nak masuk MTD. Along nak jadi tentera, memang dari kecil lagi Along minat sangat nak jadi tentera. Sekarang permohonan Along sudah lulus. Harap mommy daddy dapat hantar Along ke sana next week..." kata Iqram dengan penuh yakin.

"No!... No!... No!..." Kertas di tangan Tuan Azman dirampas kasar Puan Maztura.

"Mommy nak Iqram jaga IZE Holdings."

"Tapi mommy! adik-adik kan ada, Amani tu lebih minat dalam bisnes, minat kumpul harta. Biar dia jaga semua, Iqram tidak kesah. Iqram hendak jadi wira negara... jaga keselamatan negara. Bila dah selamat senang adik-adik nak bis..."

"No!" Puan Maztura memotong. Bulat matanya memandang Iqram sambil berdiri. Helaian kertas tawaran di tangannya dikoyak dua.

"Daddy!" sokongan bapa tirinya amat diperlukan buat masa ini. Walaupun dia tahu adakalanya bapanya itu banyak berpihak pada Puan Maztura namun kali ini dia amat berharap lelaki itu akan menyokongnya. Amat-amat berharap.

Teringat Iqram masa dia kecil-kecil lagi, Tuan Azman selalu membawa senapangnya dan baju askar untuknya.. Iqram pasti bapa tirinya itu juga mahukan dia menjadi wira negara.

"IZE Holdings need you Iqram Muhaimin..." kata Tuan Azman ringkas. Dagu Iqram bagaikan hendak gugur jatuh tergolek masuk longkang. Matanya mula berkaca, hatinya bagaikan dikoyak-koyak seperti helaian kertas yang dikoyak ibu.

Tuan Azman memandang sayu pada Iqram. Dia faham keinginan Iqram, tetapi Iqram adalah pewaris tunggal IZE Holdings. Dahulu dia yang belikan Iqram senapang mainan tambahan dia tiada anak lelaki.

"Ini tidak adil, mommy dan daddy sudah janji..."

"Janji di mulut sahaja, tiada hitam putih tidak boleh dibawa ke pengadilan. Hanya Along yang boleh ambil alih IZE Holdings. Keputusan kami muktamad," sambung Puan Maztura.

"Tidak adil..." Iqram berlari naik ke biliknya. Beg besar yang digunakan semasa perkhemahan tahun lepas diturunkan dari atas almari. Pintu almari bajunya dibuka. Beberapa helai pakaian dikeluarkan lalu disumbatkannya ke dalam beg itu. 


KONTRAK CINTAWhere stories live. Discover now