Lagi tiga minit hendak ke pukul 7.30 pagi. Khaira sudah awal-awal lagi berdiri di pintu masuk utama. Sebelah pintu pagarnya sudah ditutup. Minggu itu dia bertugas dengan Najwa rakan sekelasnya. Khaira, pengawas tingkatan lima yang amat tegas dan berdisiplin dalam tugasan diberi kepadanya. Sebab itu dia ditawarkan jawatan sebagai penolong ketua pengawas.
Jam di tangannya sudah menunjuk 7.30 pagi. Walaupun jam itu murah dibeli Pak Salleh di pasaraya Mydin, perkhidmatannya tiada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan jam-jam berjenama mahal. Sama sahaja fungsi dengan jam Puan Maztura, sebagai penunjuk waktu. Kalau dibandingkan dengan rupa paras, memang jauh panggang dari api.
Masa untuk tutup pintu pagar sudah tiba dan pelajar yang lewat akan didenda. Laju tangan Khaira mencapai besi pintu pagar. Hendak ditolaknya tetapi dihalang Najwa.
"Kejap Khaira walaupun sudah 7.30 ni, apa kata kita bagi masa lagi satu minit dua minit, hari ini kan, hari isnin, mungkin ada pelajar yang terlewat," ujar Najwa memberi sedikit kelonggaran.
"Okeylah bagi peluang... dua minit. Jangan kita terlewat masuk kelas sudah," kata Khaira walau dia tidak setuju. Perlu ke hari isnin jer nak lewat.. sama kot hari isnin dengan hari-hari yang lain, ketidakpuasan hati diluahnya dalam hati. Di tangan sudah tersedia pen dan buku rekod. Kalau di ikutkan hatinya tiada masa tambahan. No kesian kesian...
Tepat 7.32 pagi pintu pagar utama ditutup mereka.
"Dah jom masuk kelas."
Selang beberapa saat Iqram dan rakan-rakannya cuba buka pintu itu. Khaira yang sudah mula melangkah ke kelas, menoleh. Laju langkah Najwa, tidak sempat dia panggilnya. Khaira menghampiri pintu pagar seorang diri.
"Hah! lambat lagi abang-abang ni," kata Khaira menghulurkan tiga keping kad warna kuning kepada Iqram. Iqram mengambilnya dengan tersenyum lalu dikoyakkan kertas itu. Dia kemudian ketawa.
"Alah lambat sikit kecoh, perempuan kalau period macam itulah... kecoh," kata Johan. Iqram dan Firdaus ketawa lagi kuat. Muka Khaira berubah, macammana malaun itu tahu aku period. Malu betullah.
"Apa kata Khaira jangan tulis nama kita orang hari ni, kira buat tak nampak jer la, boleh tak?" Iqram pula bersuara dengan senyuman jalebinya dan mata yang sengaja dikenyitnya.
Khaira hanya tersenyum sinis. Giginya digetap.
"Buat-buat tak nampak yer." Khaira ulang kata Iqram sambil tersenyum.
Iqram tersengeh-sengeh macam kerang busuk. Matanya sengaja dikebil-kebilkan. Johan dan Firdaus dibelakangnya terangguk-anguk.
"Untuk perhatian Tuan Muda Iqram Muhaimin Bin Ibrahim, Khaira boleh buat tak nampak. Tapi... Tuhan nampak.. tak nak Khaira tanggung dosa bersubahat. Dah!.. Nah ambil saja kertas penalti ini... sebelum Khaira tukar masa kedatangan abang-abang hensem ni semua dari 7.32 pagi kepada 7.40 pagi dalam buku ni." Buku rekod kehadiran lewat diangkatnya. Senyuman masih dibibirnya.
Kertas penalti kuning sebanyak empat keping diselitkan ke dalam kocek baju sekolah Iqram.
"Dengar tu.. dia kata aku hensem. Apa kata lepas ni kita kahwin, cik Khairaku sayang!" ujar Iqram makin galak menyakat.
"Tambah satu lagi kertas kerana menganggu kerja pengawas. Bye!" Khaira menjeling dan segera beredar. Tangannya melambai ala-ala seorang puteri.
Reaksi Khaira mengejutkan Iqram. Amboi!... berbisa. Patutlah ada yang mengelarnya pengawas kerek... singa dan sebagainya. Macammana selama ini dia tidak perasan... Oh! mungkin Iqram tidak pernah datang lewat, Iqramkan bekas ketua pengawas. Memang mereka pernah bermesyurat bersama masa Iqram masih menjawat jawatan ketua pengawas dua tahun sudah tetapi tidak pernah dia mendengar tutur kata Khaira sebegitu. Khaira ... Khaira... dalam comel kau kenakan aku ya. Siap kau! One fine day sayang...
YOU ARE READING
KONTRAK CINTA
RomanceKONTRAK CINTA by fariesya fauzy bukan sekadar cinta monyet. Kisah percintaan Khaira dan Iqram yang tidak setaraf dalam semua hal. Mereka kemudian membuat perjanjian untuk berjumpa lagi lapan tahun. Dalam tempoh itu macam-macam yang mereka terpaksa...