BAB 16

225 8 1
                                    

Subuh itu Puan Maztura dikejutkan dengan berita kehilangan anaknya Iqram. Pak Salleh dan Mak Jah diheretnya sekali ke Kem Lembah Genting setelah pegawai itu turut memberitahu Khaira anak orang suruhannya turut hilang.

"Macammana tuan boleh biarkan anak saya duduk seorang-seorang dalam hutan tu?" Puan Maztura mula mengamuk.

"Tuan tahu tak dia tu satu-satunya anak lelaki saya, tuan tahu tak dia pewaris IZE Holdings." Tambahnya lagi. Beberapa kali tangannya mengetuk meja pegawai itu.

"Puan, anak puan hilang di kem. Dia tidak masuk hutan pun," terang Puan Gayah. Senarai peserta yang masuk hutan dihulurkan kepada ibu Iqram.

"Habis macammana anak saya boleh hilang?" Segalanya bagaikan misteri. Selama sepuluh tahun kem itu beroperasi tidak pernah lagi peserta hilang dalam kem.

Tiba-tiba datang seorang pegawai berlari menuju mereka yang sedang berkumpul di pejabat pentadbiran. Semua peserta sedang tidur kepenatan pulang dari sesi 'malam burung hantu itu'.

"Dah jumpa... On the way sini," katanya tercunggap-cunggap.

Iqram dan Khaira yang kebasahan berjalan perlahan masuk ke bilik pentadbiran. Bila Khaira melihat ibunya segera dia mendapatkan ibunya. Mereka berpelukan. Muka Puan Maztura yang macam singa lapar tidak berani dia pandang.

Iqram tercegat kaku. Badannya mengigil kesejukan. Jaket yang dipakainya ketika masuk ke dalam hutan itu diberikan kepada Khaira.

Puan Maztura menghampiri anaknya. Satu tamparan dilepaskan ke pipi Iqram.

"Malukan keluarga, kena tangkap basah macam ni," bebelnya.

"Maaf puan. Ini bukan kes tangkap basah. Ini kes hilang," ujar En Fahmi membetulkan keadaan. Iqram dan Khaira dijumpainya berasingan. 50 meter jarak antara mereka.

"Dah balik!... Kejut anak saya seorang lagi Amani binti Azman, saya hendak dia balik juga," arah Puan Maztura keras. Encik Fahmi yang cuba menerangkan peraturan di kem itu ditengkingnya kasar.

Akhirnya Puan Maztura balik dengan kedua anaknya. Pak Salleh dan Mak Jah yang datang sekali dengannya ditinggalkan tanpa sebarang kata. Iqram hanya turut di belakang ibunya tanpa berani kata apa-apa.

Dia serba salah, takut kata-katanya akan membuat ibunya makin marahkan Khaira. Dia takut kata-katanya akan membuatkan ibunya mendera Khaira. Lagi menakutkannya jika kata-katanya boleh membuatkan Pak Salleh dan Mak Jah hilang pekerjaan. Tambahan dengan badan seram sejuk dan kepala berdenyut-denyut, dia memilih untuk berdiam diri sahaja.

Amani yang turut pulang asyik tersenyum lebar. Ibunya adalah penyelamat. Bosan dia tinggal di kem itu. Khaira dipandangnya dengan penuh kebencian sebelum dia masuk ke dalam kereta. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menampar gadis itu yang malukan keluarganya. Boleh pula berdua-duaan dating dalam hutan. Tak padan dengan pakai tudung baju labuh berstokin tetapi perangai macam bohsia. Bertambah sakit bila melihat perempuan itu dengan abangnya.

Amani sempat melambai ala-ala diva pada Khaira sewaktu kereta Honda City milik Puan Maztura itu bergerak meninggalkan tiga beranak itu.

"Tak pe, sekejap lagi saya nak ke bandar, saya boleh tumpangkan pakcik sekeluarga sampai ke stesen teksi," ujar Encik Fahmi yang turut bersimpati dengan keluarga Pak Salleh.

"Maafkan Khaira mak, ayah.." kata Khaira perlahan. Tangan ibunya diraih dan dikucupnya. Pak Salleh dari tadi hanya berdiam diri. Riak mukanya sukar diduga Khaira. Apa pun hukumannya, Khaira diterima dengan redha.

"Mommy.. Amani rasa baik mommy buang sahaja si Khaira tu. Entah apa guna-guna dia buat bagi Along gila dekat dia. Tengoklah tu Along kat belakang tu, macam orang bodoh jer," bisik Amani pada ibunya. Sudah lama dia perasaan abangnya seperti sukakan gadis itu.

Puan Maztura menjeling pada cermin, Iqram tersandar di belakang sambil matanya dipejam. Tak sangka anaknya yang pijak semut pun tak mati itu sanggup memalukan dia seperti itu.

Sampai sahaja mereka di rumah, Puan Maztura segera ke stor belakang rumahnya. Stor yang menjadi tempat Pak Salleh anak beranak tinggal sejak mereka bekerja di situ. Barang-barang milik Pak Salleh sekeluarga dikumpulnya lalu dihumban ke luar pagar.

"Mommy!... Along , mommy!" jerit Amani. Terkejut dia bila abangnya rebah bila dia cuba kejutkan abangnya dari tidur. Disangkanya Iqram tidur tetapi sebenarnya dia pengsan. Berapa lama Iqram pengsan dia pun tidak pasti. Puan Maztura bergegas membawa Iqram ke hospital terdekat.

"Anak puan ni demam panas. Kami kena tahan dia beberapa hari," ujar Doktor Zaleeq selaku doktor keluarga itu.

"Puan pun nampak lemah, baliklah berehat di rumah. Iqram kami jaga," tambah doktor itu lagi. Puan Maztura hanya mengangguk.

Memang badannya lemah, kepalanya berserabut dengan masalah yang baru timbul. Masalah keluarga dan masalah syarikat sama-sama memeningkannya. IZE Holdings hadapi masalah kewangan akibat pembelian resort lama. Pengubahsuaian yang banyak perlu dilakukan dan cerita-cerita wujudnya buaya di kawasan pantai resort membuatkan pelangan yang menginap makin berkurangan.

Tuan Azman ke Bali, bukan sekadar bermain golf tetapi mencari rakan pelabur yang baru. Mereka akan hadapi masalah yang besar jika tidak dapat rakan pelabur dalam masa 6 bulan ini.

"Mommy jom balik, biar Amani drive." Puan Maztura akur.

Sampai sahaja di rumah, angin tsunami bagaikan kembali meresap masuk ke tubuh badan Puan Maztura bila melihat Pak Salleh sekeluarga sedang mengutip barang mereka yang dicampaknya keluar. Dia pantas ke biliknya, peti besi dibuka. Wang dimasukkan ke dalam sampul surat sebelum dia dapatkan Pak Salleh.

"Nah! Gaji kau bulan ni. Kutip barang kau dan berambus dari sini. Aku tidak mahu melihat muka korang lagi. Tak sedar di untung," jerkah Puan Maztura. Sampul surat dilemparkan ke muka Mak Jah.

"Ampun puan, saya janji tak buat lagi puan... puan hukumlah saya, saya terima. Jangan buat mak ayah saya macam ni," rayu Khaira. Kaki Puan Maztura disujudnya. Mak Jah dan Pak Salleh hanya diam. Barang mereka kutip dimasukkan dalam beg.

Khaira masih merayu. Air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi. Perkara yang amat ditakuti selama ini kini sedang berlaku. Ya Tuhan mana kami nak pergi.. rumah kampung dah separuh rebah dituip angin.

"Puan.. terimalah mak dan ayah kerja balik.. Biar Khaira sahaja yang keluar, tolong puan. Mereka tidak buat salah." Amani disebelah ibunya sesekali menendang Khaira dari memeluk kaki ibunya. Senyuman kepuasan sentiasa terukir di bibirnya.

Rayuan Khaira bagaikan langau di telinga Puan Maztura.

"Hey! Berambuslah cepat, jangan kau buat drama dekat sini. Berambus... jijik aku tengok kau ni.." Badan Khaira ditolak Amani.

"Jangan korang berani tunjuk muka depan rumah ni lagi..." Tegas amaran Puan Mastura sebelum dia melangkah masuk di dalam rumahnya.

"Berambuslah cepat!!" Sekali lagi badan Khaira disepak Amani. Puas hatinya dapat lakukan begitu pada gadis itu. Kali kedua dia ingin lakukan yang sama, Pak Salleh sudah menarik Khaira ke belakangnya.

"Terima kasih. Halalkan makan minum kami selama ini. Kirim salam saya pada tuan," kata Pak Salleh, badannya tunduk sedikit mengadap Puan Maztura yang masih di daun pintu. Isteri dan anaknya dibawa keluar dari rumah itu. Ke mana? Dia pun tidak pasti.

Sesekali Mak Jah menoleh ke banglo dua tingkat itu. Sudah hampir 5 tahun dia dan suaminya bekerja di situ. Selama 5 tahun juga Puan Maztura tidak pernah bercakap lembut dengannya. Sakit peningnya haram dia ambil tahu. Keringatnya diperah hingga habis hampas. Namun Mak Jah bersyukur di rumah itulah dia mampu sekolahkan anak tunggalnya.

"Ke mana kita bang?" tanya Mak Jah sayu.

"Kampung."

Jeda Khaira memandang pada kedua orang tuanya.

"Habis periksa Khaira macammana.." tanya Khaira takut-takut, tangan ibunya dipegang. Sejak dari dalam kem lagi, Pak Salleh tidak bercakap dengannya. Tiada jawapan dari orang tua itu, hanya helaan kasar sahaja darinya.

KONTRAK CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang