BAB 11

279 7 0
                                    


"Terima kasih cikgu sebab luluskan proposal kem motivasi yang Mail hantar bulan lepas, tak sangka sudah diedarkan surat pekeliling."

"Sama-sama. Proposal kamu kan...Bagus." Khaira tersenyum.

"Sebenarnya saya takut, cikgu tak terima sebab dah dekat nak exam..." ujar Najwa yang juga bersama Khaira ke padang sekolah. Sebenarnya bukan mereka hendak menyaksikan perlawanan itu sangat. Mereka lebih berminat untuk bercerita dengan Cikgu Mikail berkenaan aturcara kem motivasi pelajar tahun 5 dan 6 atas.

"Lagi dekat exam lagi bagus, bagi semangat lebih sebab ramai yang gementar untuk masuk dewan peperiksaan. Pasal jungle tracking tu, memang sudah ada cadangan dari pihak penganjur tapi katanya ada perubahan, entahlah kita tengoklah nanti," kata Cikgu Mikail.

"Paling saya suka, cadangan sesi memasak tu, rasa tak sabar nak makan air tangan awak. Saya dengar awak pandai memasak," tambahnya.

Khaira ketawa, pantas dia menakup mulutnya. Malu. "Pandailah cikgu ni, mana ada. Yang pandai masak ibu saya. Saya setakat masak air boleh la..."

"Okey la tu, air masak tu boleh bancuh minuman, boleh masak mee segera..."

"Ada-ada sahaja cikgu ni..."

"Memang sedap cikgu, sampai teringat-ingat..." sampuk Najwa.

Pantas Khaira mencubit lengan rakannya, bukan apa takut melalut-lalut cerita keluar dari mulut Najwa. Rakannya itu bukan reti simpan rahsia.

Khaira perasan Iqram asyik memerhatikannya sejak perlawanan bermula. Mukanya ketat seketat-ketatnya. Selalunya Iqram akan mengenyitkan matanya tetapi tidak petang ini. Tertelan asam jawa ke. Pagi tadi elok sahaja, petang dah berubah angin. Samalah anak beranak. Geng puting beliung.

Selesai 45 minit waktu masa pertama, Khaira minta diri untuk pulang. Lagipun dia bukan berminat pun dengan sukan rebut merebut itu. Baginya sukan itu ganas. Lebam sana, lebam sini. Pernah juga ahli pasukan itu patah anggota badan. Entahlah kenapa Iqram suka sangat sukan itu. Walaupun Iqram bukan seorang yang ganas. Tetapi ganas dalam mencuri hatinya.

"Cikgu, saya minta diri dahulu. Nanti lambat sampai rumah," katanya.

"Kenapa tidak balik dengan Amani, kau orang kan serumah?" tanya Cikgu Mikail. Khaira hanya menjawab dengan senyuman.

Dia melangkah perlahan dan berjalan di sebelah padang.

Bukkkk!

Bola rugbi melayang mengena kakinya. Khaira terjatuh. Dia memandang ke padang, arah datangnya bola itu. Errr... cari pasal....

Iqram mengangkat kedua tangannya, tanda maaf. Dia tersenyum sinis. Padan muka kau, tadi gatal tersenyum ketawa dengan Cikgu Mikail.

"Awak tidak apa-apa..." Cikgu Mikail menghulurkan tangan. Khaira tidak sambut. Tangan Najwa dicapainya. Dia bangun berdiri.

"Saya okey..."

Cikgu Mikail menoleh pada Iqram, marah. Iqram buat-buat tidak pandang, perlawanan diteruskan. Sesekali dia mencuri pandang apa yang berlaku di tepi padang itu. Sepatutnya aku baling dekat Cikgu Mikail tu, berani nak kacau awek aku...

Khaira cuba berjalan selangkah, dia kembali terjatuh. Pantas tangan Najwa dipaut kembali.

"Teruk ni... Mari saya hantar awak ke hospital. Najwa, awak ikut sekali," arah Cikgu Mikail. Khaira dan Najwa akur.

KONTRAK CINTAWhere stories live. Discover now