Kontrak Cinta SPECIAL EDITION

208 2 0
                                        

"Kita nak pergi mana ni?" Soal Khaira bila dapati kereta Iqram melencong ke jalan lain. Bukan ke rumahnya.
"Adalah." Sepatah perkataan sahaja diberi lelaki senyuman jalebi itu. Khaira ikut sahaja. Dia cuba biasakan dirinya sebagai seorang isteri. Tidak pernah dia jangka menjadi pengantin ekspres. Ini semua kerja gila Iqram Muhaimin, cinta hatinya selama-lamanya. Tapi... mampukah aku jadi seorang isteri yang sempurna, detik hati Khaira.
Perjalanan agak lama membuatkan Khaira sempat lelapkan mata. Risau keindahan malam itu hilang bila dia terjaga dibuangnya ketepi. Penat tidak tidur semalam menuntut haknya.
Mereka sampai di resort. Sangka Khaira, Iqram hendak ambil barangnya sahaja. Dari lobi lagi pekerja resort itu ucapkan tahniah. Khaira turut ucapkan terima kasih dan bersalaman dengan beberapa pekerja resort. Iqram membawanya ke suite miliknya. Masuk sahaja bauan mawar menerpa hidungnya.
"Ni kerja budak-budak tu lah," ujar Iqram jujur. Dia hanya mengarahkan pekerjanya kemas suitenya sahaja sebelum bertolak ke resort. "Dipersilakan masuk wahai puan isteri." Iqram beri ruang untuk Khaira masuk. Teruja Khaira dengan keindahan bilik itu. Bunga mawar segar tiga kuntum mekar segar dalam pasu atas meja kopi.
Iqram buka panel yang membahagikan ruang tamu dan bilik tidur. Terpampang katil yang dihiasi taburan kelopak bunga. Nampak sahaja katil terus Iqram baring. Penat seharian uruskan majlis perkahwinan tergemparnya. Cuak juga jika atas pentas tadi Khaira menolak. Lega segalanya berjalan lancar dan kini Khaira miliknya. Alhamdulillah.
"Buat apa sini?" Soal Khaira yang masih berbaju pengantin. Nasib baik baju pengantin tahun lepas muat lagi."Honeymoon." Sepatah lagi perkataan yang keluar dari mulut Iqram. Dari baring dia duduk dibirai katil sambil menepuk-nepuk pehanya mengajak Khaira duduk di situ. Senyuman jelebi dia sentiasa di bibir.
"Abang... Khaira kerjalah esok!"
"Tahu. Esok kita balik lah sana." Lembut balasan Iqram. Dia ulang tepuk pehanya.
"Baju... baju macam mana? Takkan nak pergi kerja esok pakai baju ni." Khaira gelabah. Mana tidaknya. Ini kali pertama dia berdua-duaan dengan lelaki dalam bilik. Dengan senyuman dan reaksi Iqram lagi menjadikannya tidak keharuan.
"Tu." Iqram tunjuk beberapa beg kertas berisi pakaian wanita yang dibelinya kemarin. Langkah Khaira terdorong ke tepi almari dimana terletaknya beg-beg tadi.
"Pakai yang dalam beg biru tu dulu. Mak yang bagi," ujar Iqram sambil bangun ke bilik air. Biar dia mandi dahulu. Ikutkan dia hendak ajak Khaira mandi bersama tetapi takut tak sempat pakai baju hadiah dari mak Khaira pula.
Khaira jenguk dalam beg kertas warna biru. Ada sehelai baju kain satin berenda. Lembut kainnya, diangkat perlahan. Bila Khaira melihat keseluruhan baju dia terkejut. Terlepas baju itu dari gengamannya. Esh mak ni... kenapalah bagi baju tak cukup kain ni, mengomel Khaira dalam hati. Khaira angkat balik baju tidur itu. Lembut, pujinya dalam hati. Seksinya... tambah Khaira. Tidak pernah dia ada baju macam tu. Diacukan ke badannya. Muat. Perlahan Khaira bergerak ke cermin tepi dinding. Alamak seksinya. Mak tersalah beli ni. Ataupun mak tersalah ambil beg orang. Mak... mak! Khaira kembali menilai baju tidur itu. Halusnya tali... cemana nak pakai sah-sah nampak bra. Takkan tak payah pakai bra... Khaira juga dapati ada seluar dalam berenda disertakan sekali. Pakai dua ni jer... Khaira terus menilai. Oitttt... bahaya bahaya.
Sedang Khaira sibuk berangan kedengaran bunyi Iqram keluar bilik air. Laju Khaira simpan balik baju tadi dalam beg. "Dah tengok baju tu." Iqram mengusik.
"Kita kena balik rumah mak, Khaira kerja esok. Pagi-pagi dah kena ada dekat klinik." Khaira sauk semua beg kertas dan bergerak ke pintu utama. Hendak tak hendak Iqram terpaksa ikut. Bergerak sahaja kereta Iqram meninggalkan resort, Khaira bersuara. "Abang... Sorry yer. Semua ni cepat sangat. Khaira belum bersedia lagi..." "Setahun Khaira... takkan setahun masih belum bersedia." Sukar Iqram terima alasan isterinya. Senyuman manisnya hilang entah ke mana.
"Abang... itu dulu. Lain, kita ada masa tapi ni tergempar. Dah macam kahwin koboi. Khaira tak bersedia langsung." Akhirnya terluah juga isi hati Khaira.
"Habis tu kenapa tadi terima lamaran abang?" Serius perbincangan mereka berdua malam itu.
"Abang nak ke Khaira tolak lamaran abang depan semua orang?" "Tolak aje la. Apa susah! Bukan Khaira tak pernah buat selama ni pun..." Hilang terus kantuk Iqram disogok dengan perbincangan itu. Minyak ditekan memandangkan lebuhraya LARAT agak lengang di awal pagi itu. "Abang... bukan Khaira tak nak kahwin dengan abang tapi bukan sekarang. Sekarang Khaira tengah sibuk. Sibuk sangat-sangat. Khaira tak dapat berikan sepenuh masa pada abang. Khaira pasti abang sebenarnya tak nak honeymoon dekat resort kan... Khaira janji lepas settle semua kerja Khaira kita pergi honeymoon somewhere special." Pandai Khaira memujuk. Kedengaran keluhan dari Iqram. "Tidurlah. Nanti esok mengantuk pula," ujar Iqram tanpa memandang isteri yang baru dinikahinya. "Abang... marah Khaira?" Lirih Khaira lembut. "Mana boleh abang marahkan cinta hati abang." Jemari Khaira Iqram cari lalu digenggam. "Love you sayang." Jemari itu dikucupnya.
Sampai rumah Mak Bedah sudah menjelang dinihari. "Laaa... kenapa balik sini?" Mak Bedah terkejut. "Khaira kerjalah mak..." Khaira terus masuk biliknya. Pandangan Mak Bedah beralih pada menantunya. "Along masuk bilik dulu mak, mengantuk." Kelopak mata Iqram sudah tak mampu menahan lagi. Matanya sepet hanya nampak segaris sahaja. Tanpa memperdulikan Khaira, Iqram cari katil. Walaupun katil itu tidak sehebat katil di suite mahupun di rumah mommynya cukup untuknya hilangkan lelah. Sebelum dia terus terlena, Khaira hampirinya.
"Abang... Khaira pergi kerja dahulu yer." Kekura tangan kanan Iqram, Khaira kucup. "Nak abang hantar?" Soal Iqram dengan mata sebarisnya. Khaira senyum, mata pun tak boleh buka ada hati hendak hantar orang, detik hati Khaira. "Tak pe, Khaira dah janji dengan kawan." "Kawan! Lelaki ke perempuan?" Mata sebaris itu makin membesar. Rasanya kalau Khaira jawab lelaki mahu hilang kantuk suaminya. "Perempuan, abang!" Mata itu makin mengecil. Hembusan nafas lega dilepaskan. "Khaira pergi dahulu yer." Sekali lagi kekura Iqram dikucupnya. Muncung Iqram mula memanjang. Telunjuknya diketuk perlahan minta habuan.
Chup! Pipi Iqram yang di kiss. Iqram naikkan badannya sana duduk atas katil. Bibir Khaira dicarinya. Lama dia bertapa di situ. Cukuplah sebagai permulaan hari mereka sebagai suami isteri.

Hari Khaira berlalu tanpa sebarang cacat cela. Mungkinkah kerana restu seorang suami? Khaira mengharap suaminya dapatkan terima dia seadanya. Nasib kau lah Iqram terpaksa bermadu dengan kerjaya Khaira.
"Doktor Khaira ada seorang patient lagi," ujar seorang jururawat dari sebalik pintu.
"Panggilkan." Khaira sibuk kemaskini rekod dalam komputer.
"Encik Muhaimin!" Kelibat seorang lelaki masuk dan duduk di atas kerusi pesakit yang tersedia.
"Ya encik sakit apa?" Kepala Khaira turut dikalih memandang pesakit tadi. Terus matanya terbuntang terkejut. Pesakit itu mempamerkan senyuman jelebinya.
"Buat apa sini?" Bisik Khaira sambil tangan cekak ke pinggang.
"Puan doktor... sebenarnya dari semalam saya dah sakit. Sakit sangat ni. Dah tak tahan." Berkerut dahi Iqram menahan sakit.
Oh... nak main-main yer, okey! Takpe kita main... detik hati Khaira. Dia tahu Iqram bukannya sakit, saja mengacau sahaja. Bacaan bp pun normal. Dia teruskan lakonannya sebagai doktor dan Iqram sebagai pesakit.
"Sakit mana? Sini?" Khaira acukan teleskop ke dada kanan suaminya. Iqram pernah mengadu sakit dekat situ dahulu.
Iqram mengeleng.
"Habis mana? Sini?" Teleskop beralih tempat ke dada kanan.
"Ke dekat sini?" Sambung Khaira sambil alih teleskop ke perut Iqram pula. Manalah tau suaminya lapar. Tak makan dari pagi tunggunya untuk makan bersama.
Iqram masih mengeleng.
"Aduh doktor makin lama makin sakit dah ni..." Iqram mengaduh. Nafasnya turun naik.
"Cer encik tunjuk mana sakit?"
Iqram toleh belakang pandang nurse yang berdiri depan pintu. Segan pula hendak terus berlakon. Tapi alang2 dah terseluk perkasam biar sampai jadi lauk makan malam.
Iqram alih pandang isterinya. "Saya segan..." ujarnya perlahan.
"Tak payah seganlah encik. Encik nak baikkan..." nurse umur 40an itu pula memujuk.
"Encik ni main-main nurse. Sebenarnya dia tak sakit pun." Khaira pandang Iqram macam seminggu tak makan.
"Eh tak! Saya betul-betul sakit. Dari malam tadi dah sakit. Berdenyut-denyut... " berkerut muka Iqram tahan sakit. Mata sepetnya turut terpejam.
"Cer encik tunjuk mana sakit?" Khaira mula panik. Tetapi dia teruskan lakonannya. Tiada siapa di klinik itu tahu dia sudah bernikah dengan pesakit itu semalam.
Iqram muncungkan mulutnya ke bawah.
"Mana?" Sukar betul Khaira mengagak.
Iqram gunakan isyarat matanya pula. Matanya dihala celah kangkangnya.
Khaira tersenyum.
"Dalam seluar?"
Iqram jatuhkan kepala.
"Dari semalam kan... tengah sakit lah ni?"
Iqram jatuhkan kepalanya lagi.
"Kalau macam tu encik pergi baring dekat sana dan buka seluar nanti saya datang."
Laju Iqram bangun, menuju ke katil tepi dinding bilik doktor itu. Terus dia panjat dan baring. Butang seluar sudah dibukanya perlahan. Was-was dengan tindakan isterinya. Takkan isterinya nak servis dia di sini. Biar betul.
"Nurse! Bawa scapel. Rasanya kena potong sikit bagi tak berdenyut." Arah Khaira sambil bergerak menuju ke katil.

KONTRAK CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang