Lepas waktu rehat, semua cikgu terpaksa menghadiri mesyuarat. Beberapa kelas terpaksa digabungkan dan pengawas dan ketua kelas ditugaskan untuk menjaga mereka. Kelas 5 Amanah, kelas Khaira terpaksa digabungkan dengan dua lagi kelas iaitu kelas 5 Bistari dan kelas 5 Cergas, kelas adik Iqram, Amani.
Ketiga-tiga kelas itu disatukan dan ceramah 'Akhlak mulia' akan dipasang untuk tontonan pelajar sementara semua cikgu bermesyuarat.
Amani menghampiri Khaira yang sedang sibuk memadam papan putih di hadapan kelasnya.
"Khaira, kau nak extra income tak?" tanya Amani
Khaira hanya memandang polos. Dia tahu Amani sahaja cari pasal dengannya.
"Senang sahaja kerjanya. Bayarannya pun lumayan... nak tak?" tanya Amani lagi. Matanya bersinar. Irin di sebelahnya tersenyum-senyum...
Khaira hanya berdiam diri. Ini pasti suruh Khaira buat kerja sekolah dia lagi. Dulu masa tingkatan tiga mereka sekelas. Memang Khaira dipaksa buat kerja sekolah Amani dan rakan-rakannya. Kononnya dia akan dibayar upah bagi setiap kerja sekolah tetapi habuk biskut pun yang dia tidak dapat.
Perkara itu sampai ke pengetahuan Tuan Azman. Hahaha... Teruk juga Amani kena marah. Padan muka! Khaira pun kena juga dengan Pak Salleh. Hmmm... biasalah nasib melukut ditepi gantang.
Sejak itu Amani makin benci pada Khaira. Sekarang dia hendak buat baliklah tu... Tidak serik-serik lagi ke. Tidak takut kena marah dengan Tuan Azman. Kena caras duit poket baru tahu. Berkerut dahi Khaira berfikir sejenak.
"Kerja apa tuan muda?" Khaira ingin tahu.
"Buat homework aku," bisik Amani lagi, manja. Keningnya sengaja diangkat-angkat. Jari telunjuknya dihalanya ke dagunya.
Rakannya Irin ketawa suka.
Khaira hanya mendiamkan diri. Dia sedar, dia hanya anak suruhan mereka. Amani boleh cipta beribu alasan untuk kenakannya. Dia perlu berhati-hati.
Sikap Khaira yang berdiam diri menaikkan lagi amarah Amani.
"Heyy kau!... Ingat sikit mak kau tu tukang masak aku, bapak kau pulak pemandu aku, jadi kau pulak tukang buat kerja-kerja aku." Amani makin menyombong. Suaranya sengaja dikuatkan biar semua orang dalam kelas itu dengar.
Khaira sudah lali dengan perangai Amani itu. Biarlah semua orang dengar, mereka pun tahu aku memang anak orang suruhan. Satu sekolah tahu... mana tidak, dekat sekolah pun kena dipanggil tuan muda... nasib baik muda lagi... Khaira bermonolog sendiri.
Khaira juga tahu sebenarnya Amani cemburu kerana Tuan Azman selalu puji Khaira di sebabkan kepandaiannya. Jealous lah tu...
Namun begitu tidak dinafikan, Amani adalah gadis yang paling cantik di sekolah itu. Kulit putih yang di warisi dari ibunya dan mata yang besar dari bapanya menjadikan dia gilaan pelajar lelaki. Bukan sahaja pelajar lelaki sekolah itu, tetapi di kalangan beberapa sekolah berdekatan. Kalau nak 'poyo' lagi, kira seluruh bandarlah.
Begitu juga abangnya Iqram Muhaimin, walaupun Iqram berkulit sawa matang dan bermata sedikit sepet, dia yang berbadan sasa juga menjadi perhatian gadis-gadis. Selain menjadi kapten pasukan ragbi dan pelajar cemerlang menambahkan lagi kepopularannya. Tidak dinafikan dia juga popular dengan kegiatan bulinya tetapi hanya pada Khaira sahaja. Ulang suara... Khaira sahaja. Pelikkan...
"Kak Syakhaira, Cikgu Mikail panggil akak dalam bilik dia," panggil seorang pelajar tingkatan tiga setelah pintu kelas itu diketuknya.
YOU ARE READING
KONTRAK CINTA
RomanceKONTRAK CINTA by fariesya fauzy bukan sekadar cinta monyet. Kisah percintaan Khaira dan Iqram yang tidak setaraf dalam semua hal. Mereka kemudian membuat perjanjian untuk berjumpa lagi lapan tahun. Dalam tempoh itu macam-macam yang mereka terpaksa...