BAB 14

241 6 2
                                    

Malam itu peserta bengkel motivasi Kem Lembah Genting dihidangkan dengan BBQ dan tepat pukul 1 sesi 'malam burung hantu' akan diadakan. Setiap peserta akan ditutup mata dan dilepaskan seorang diri di dalam hutan.

"Ingat jangan buka penutup mata kamu sehingga diberitahu. Ini untuk menambah daya ketahanan, ketabahan dan untuk menguji keberanian kamu dalam hadapi cabaran di luar sana nanti. Kamulah generasi harapan bangsa."

"Berita baik! Kamu bernasib baik kerana sesi malam burung hantu kali ini tiada hantu yang mengacau kamu. Hanya kamu dan emosi dan godaan dari dalam diri kamu sahaja. Tepat pukul 4 pagi kami akan bawa kamu balik," pesan Komander Ahmad, pegawai yang bertugas untuk sesi 'malam burung hantu'.

Mereka berjalan perlahan-lahan memasuki denai yang gelap itu dengan mata tertutup.

"Awak duduk sini, ingat tunggu hingga saya panggil," pesan Puan Gayah pegawai disitu juga. Khaira hanya mengangguk. Dia duduk mencangkung sambil terkumat-kumit bibirnya membaca zikir.

Tidak lama terdengar ada tapak kaki menghampirinya dan berdiri tepat dihadapannya. Lelaki itu kemudian ketawa mendengar dia berzikir.

"Sudah-sudah zikir awak tu, jom balik. Komander panggil balik nak hujan," kata Iqram.

"Tadi Puan Gayah kata dia yang panggil." Khaira mula sangsi.

"Dah la, kalau tak mahu balik, duduklah situ sampai pagi. Selamat mandi hujan," kata Iqram sambil mula melangkah pergi.

"Kejap!" Sarung matanya dibuka. Khaira merenung langit gelap. Dia tidak pasti gelap itu gelap nak hujan atau gelap sebab lewat malam. Akhirnya dia akur mengikut Iqram dari belakang. Sesekali Iqram laju di hadapan pantas dikejarnya.

"Tuan Muda! Tunggu saya." Memang gelap denai itu.

Tiba-tiba Iqram tersandung akar pokok dan terjatuh.

"Tuan Muda! Awak okey ke?"

"Okey!" Iqram bangun dan terus berjalan melalui denai di dalam hutan itu. Khaira ikut tanpa mensyaki apa-apa hingga mereka tiba di tepi sungai. Beberapa lilin disusun membentuk bentuk hati. Sekuntum mawar merah ditengah-tengahnya.

"Tada! Untuk awak, kekasih hatiku Nur Syakhaira Salleh," kata Iqram dengan senyuam jalebinya.

. "Tuan Muda... apa ni?. Kita dimana ni, Tuan Muda dah melampau ni..." Khaira makin panik. Dia melihat sekeliling, mereka masih di dalam hutan.

"Alah awak, sekejap jer... susah tau saya cari peluang beromantik dengan awak macam ni," jawab Iqram selamba. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Khaira dihampirinya.

Khaira makin cuak, dia jarakkan badannya dari Iqram.

"Tuan Muda jangan macam-macam... saya ada silat tau."

Iqram ketawa. Lampu suluh itu sengaja disuluh ke badan Khaira, atas bawah atas bawah.

"Silat ke silap," ketawa Iqram makin kuat.

"Malam ini awak milik saya..."

Khaira mengundur ke belakang, dia terpijak batu. Batu itu berlumut dan licin. Kedebuk! Khaira jatuh terduduk. Iqram masih cuba mendekatinya.

Khaira mula mengesot ke belakang. Kemudian dia terhenti, ada batu besar menjadi penghalang. Khaira terperangkap antara batu besar dan Iqram dihadapannya. Wajah Iqram seperti inginkan sesuatu darinya, betul-betul menakutkan Khaira. Oh tidak! Iqram ingin balas dendam pasal hari tu. Ya Tuhan selamatkan aku...

KONTRAK CINTAWhere stories live. Discover now