BAB 10

259 8 0
                                    

Sudah dua hari Khaira tidak datang ke sekolah. Selama itulah jugalah, dia hanya memerap di dalam bilik. Masa itu digunakan sepenuhnya untuk mengulangkaji pelajaran. Risau dia akan ketinggalan pelajaran, pagi ini, dia hadir dan bertugas seperti biasa walaupun badannya masih terasa bisa rembatan tali pinggang Pak Salleh. Harap-harap segalanya berjalan lancar hari ini.

Ketika Iqram memakirkan motosikalnya, Iqram sudah tersenyum girang. Ini kerana buah hatinya Nur Syakhaira bagai menantinya di hadapan pintu pagar sekolah. Rindunya sudah terubat.

Jam di tangannya masih pukul 7.15 pagi. Iqram sengaja berlengah ke pintu pagar. Dia berdiri di hadapan pintu itu. Sengaja berborak kosong dengan Johan dan beberapa rakan sekelasnya. Firdaus sudah awal-awal masuk, hari ini tugas dia menyapu kelas.

Ada beberapa pelajar yang lalu lalang tersenyum sinis pada Khaira dan ada juga yang ketawa melihatnya.

Khaira sedikit pun tidak memperdulikan mereka. Dia setia membelek suratkhabar semalam. Tidak mahu ketinggalan dengan berita terkini negara. Walaupun berita terkini, kejadian di rumah Susan hari itu, masih menjadi bualan hangat pelajar sekolah itu. Dan dia adalah topik utama berita bertajuk 'Parti harijadi meriah dengan kehadiran nenek kebayan...' yang telah tural di sekolah itu 2 hari sudah.

"Beb, kau nak tahu tak, ada peribahasa baru aku belajar semalam..." Sembang Amani yang bersaing dengan Irin masuk ke kawasan sekolah. Suara dia sengaja dikuatkan. Gediknya seperti biasa.

"Peribahasa baru! Apa dia, beritahulah aku..."

"Sudah jatuh, dicurah air..." kata Amani sambil ketawa. Bola matanya menunjuk pada Khaira. Bibirnya turut dimuncung ke arah itu.

"Aku buat ayat ya, apa yer... Hah!... Kesian nenek kebayan itu, dia bagaikan sudah jatuh dicurah air dot dot dot," tambah Irin, sama naik dengan Amani. Beberapa pelajar berdekatan mereka turut ketawa.

"Bagus... bagus. Ada siapa lagi nak buat ayat..." Amani sengaja sakitkan hati Khaira. Sedikit pun tidak dihirau Khaira.

"Sudah-sudah, masuk kelas cepat," arah Najwa, yang turut sakit hati mendengar kawannya disindir.

Amani dan Irin berlalu tetapi masih ada suara ketawa dia dan kawan-kawannya.

Iqram memandang dari jauh turut terasa. Sesekali kepalanya digeleng. Dia tekad jika Amani berterusan dengan sindirannya dia akan bertindak.

Lagi lima minit hendak ke pukul 7.30 pagi, Iqram mengarahkan Johan untuk masuk ke kelas dahulu. Manakala dia bergerak ke kawasan parkir di tepi pintu pagar Sekolah Sri Bistari.

"Habis kau?" soal Johan.

"Saya tunggu Pak Salleh hantar buku, tertinggal tadi.." Pantas otak Iqram memberi alasan. Dia sebenar tunggu anak Pak Salleh, Nur Syakhaira...

Khaira menghampiri pintu pagar itu. Dia memandang pada Iqram yang masih membuang masa di hadapan pintu itu seorang diri. Apa yang ditunggunya. Takkan sikat rambut pun sampai 10 minit.

Iqram masih membelek-belek mukanya di kaca cermin motosikalnya. Rambut sudah disisir rapi. Iqram merapatkan lagi mukanya ke cermin itu. Blackhead di hidung dipicitnya dan kemudian disapu dengan tisu. Bulu-bulu di muka yang baru dicukur pagi tadi diteliti. Sengaja dia pakai kemeja berwarna biru muda pagi itu, ala-ala sedondon dengan baju pengawas Khaira.

"Tuan muda, ada satu minit lagi masuklah cepat, karang Khaira tulis nama marah pula," kata Khaira lembut. Iqram masih tidak berganjak, malah kata-kata Khaira bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

KONTRAK CINTAWhere stories live. Discover now